15.2.10

Siri Kembara 4 : Belajarlah Untuk Bersyukur Dengan Nikmat Yang Ada.Nescaya Jiwa Anda Akan Menjadi Tenang.

Assalamualaikum.

Kembali lagi kita di dalam Siri Kembara.Kepada anda yang baru dengan blog ini,sebelum membaca artikel ini,ada baiknya jika anda meluangkan masa untuk membaca artikel-artikel sebelumnya dalam Siri Kembara ini.

Ini bagi memudahkan pemahaman anda.Secara ringkas,mari saya tuliskan dahulu perjalanan Siri Kembara kita setakat ini.

Siri Kembara ditulis untuk menceritakan pengalaman saya (penulis) sepanjang 9 hari berkembara ke Mesir.Terlalu banyak ilmu yang saya peroleh untuk diceritakan dalam satu artikel.

Oleh sebab itulah,saya berkeputusan untuk menulis Siri Kembara ini.

Baiklah.Dalam artikel terakhir Siri Kembara sebelum ini diceritakan bahawa saya dan rakan-rakan telah berlepas dari Moscow ke Mesir.Perjalanan mengambil masa 4 jam 40 minit.Tetapi,flight kami didelay selama sejam kerana cuaca yang melampau sejuk pada hari itu iaitu sekitar -23'c (pertama kali dalam hidup saya melihat air panas terpaksa dishowerkan kepada badan kapal terbang bagi meninggikan suhu kapal terbang itu).

Dari situ kita boleh melihat sesuatu.Betapa besarnya kekuasaan Allah mencipta alam ini dengan kepelbagaian.Itulah bukti kewujudan-Nya bagi golongan yang mahu berfikir.

Berbalik kepada topik,jadi selepas 4 jam 40 minit perjalanan yang meletihkan,kami pun sampai di Terminal 3 Lapangan Terbang Cairo (القاهرة‎).

Suasana lengang di Terminal 3 Lapangan Terbang Kaherah sekitar pukul 11 malam (Kualiti gambar yang diambil penulis ini kurang memuaskan.Maaf.)

Rakan-rakan saya yang lain semuanya berhenti terus di Cairo.Saya,sebaliknya mengambil satu lagi penerbangan dari Cairo ke Alexandria (الإسكندرية).Ini kerana rakan baik saya,Abdullah Ammar adalah seorang pelajar perubatan di Alexandria.That's why i pergi Alex.

Jadi,saya pun check-inlah flight menuju Alexandria itu.Selepas check-in itu,seperti biasalah,saya menunggu waktu penerbangan kerana ada lebih kurang 40 minit sebelum pintu dibuka.

Jadi,saya berkesempatan pergi ke tandas sebentar.Amatlah mengecewakan hati saya apabila melihat kualiti tandasnya yang tidak memuaskan (macam familiar bukan?).

Apabila disebutkan oleh saya kualiti kebersihan yang tidak memuaskan ini,bukanlah bermaksud tandas itu dipenuhi tahi yang berpeleseran di merata-rata tempat.Bukan begitu.

Tetapi,saya maksudkan kurang memuaskan,kerana sebagai sebuah lapangan terbang yang terletak dalam sebuah negara Islam,ianya adalah sesuatu yang mengecewakan untuk melihat keadaan tandasnya sebegitu.

Maafkan saya kerana tidak mengambil gambar.Mungkin akan ada orang yang berkata "Biasalah tu bro.Lu jangan kusut sangat isu tandas pun nak bising."

Tetapi,kita kena ingat.Kita orang Islam.Islam tidak mengajar umatnya bersifat pengotor.Islam mengajar umatnya menjadi seorang pembersih.Kerana seseorang yang pemalas dan pengotor itu,sebenarnya secara perlahan-lahan sifat buruknya itu bakal membentuk jiwa dan peribadinya.

Lagipun,kekotoran itu sifat syaitan.Itulah sebab mengapa Islam begitu menitikberatkan kebersihan.Dan ada lagi satu fakta menarik yang ingin dikongsi bersama anda.

Tandas-tandas di Russia tempat saya belajar ini,walaupun buruk,tetapi,mereka amat mementingkan kebersihan tandas mereka.Malah,jika dibandingkan tandas majoriti pelajar Malaysia dengan tandas pelajar asing,memang jauh langit dengan bumi kualitinya.Jika anda (pelajar Malaysia) tidak berpuas hati dengan pernyataan saya,anda boleh lawat sendiri tandas pelajar asing di sini.

Begitu juga halnya di Malaysia.Tandas awamnya,Ya Allah.Begitu kotor.Apakah itu?Kita sibuk membuat kempen kebersihan dan sebagainya.Tetapi seakan tidak memberi kesan.Sebenarnya kesilapan ini berpunca dari rumah lagi.

Di masjid juga sama (tidak semua).Bayangkan,masjid tempat kita bersembahyang,rumah Allah,tetapi tergamak kita untuk tidak menjaga kebersihan ruangan tandasnya.

Hurm.Saya sudah membebel panjang.Harap anda faham apa yang ingin disampaikan tentang isu tandas ini.Cermin diri sendiri sebelum hendak emosi terhadap saya.

Berbalik kepada cerita kita lagi.Jadi,menunggulah saya penerbangan seterusnya.Untuk diringkaskan cerita,hampir dua jam kemudian,saya sampai di Alexandria.Alhamdulillah.

Sampai-sampai sahaja di Alexandria,kami (penumpang-penumpang penerbangan Cairo-Alexandria pada malam itu) dibawa menaiki bas ke Terminal Lapangan Terbang Borg El Arab (مطار برج العرب الدولي).

Sebelum itu,elok juga diingatkan bahawa kawan saya pernah memberitahu bahawa saya "Jangan terkejut melihat Lapangan Terbang Borg El Arab itu nanti".Di dalam fikiran saya ketika menaiki bas itu, mungkin kawan saya bergurau.Tetapi,saya amat-amat terkejut apabila setibanya di terminal,terminal itu memang tiada imej lapangan terbang.

Sungguh memeranjatkan.Hanya sebuah bangunan yang usang.Seperti sebuah terminal bas.

Niat saya memberitahu anda semua ini,bukannya hendak menyuruh kita berlagak atau apa.Tetapi,cuba bayangkan,Alexandria adalah bandar kedua terbesar di Mesir.Tetapi,Lapangan Terbang utamanya tidak mencerminkan tarafnya.

Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda di sini adalah,cuba renungkan.Betapa kita di Malaysia,hidup dengan penuh aman damai.Hidup tanpa gangguan.Sehinggakan kita boleh membina kemajuan negara kita.

Kita boleh makan sehingga perut boroi setiap hari.Mungkin ada Lapangan Terbang seperti itu di Malaysia,tetapi mungkin di bandar kecil.Bukannya di Pulau Pinang atau Langkawi.

Cuba lihat betapa kita perlu bersyukur kepada Allah.Allah memberi kita rezeki yang banyak sehinggakan seorang penagih dadah pun masih boleh makan dengan bergaya di pusat serenti.

Cuba anda fikir apakah hikmah di atas penanugerahan rezeki ini kepada kita?Belajarlah untuk bersyukur.Sepatutnya dengan rezeki dan keadaan aman yang dikecapi kita selama ini,kita patutnya bangkit menjadi umat Islam yang bermaruah.Belajar bersungguh-sungguh dan menuntut ilmu samada dunia atau akhirat.

Bangkit menjadi umat Islam yang cemerlang peribadi,sahsiah,kerjaya dan imannya.Bukan makin hari makin berhibur.

Tetapi,melihat keadaan umat Islam di negara kita,saya tertanya sendirian sementara menunggu kawan saya mengambil saya di Lapangan Terbang Borg El Arab "Adakah sememangnya benar kita ini manusia yang tidak bersyukur?"

Berhentilah mengkritik negara sendiri.Sebaliknya belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan mula memperkasakan diri.Jangan asyik cakap sahaja tau.Buatnya tidak.Tentang politik,usah dipersoal jika sudah ternyata jelas kita sebagai marhaen tiada kuasa mengubahnya.Buat apa yang kita mampu,iaitu mengubah diri kita dahulu.

Berubahlah menjadi seorang umat Islam yang pembersih dan bersyukur.

Itu sahaja bagi Siri Kembara kali ini.Saya tamatkan artikel kali ini dengan ketibaan saya di Lapangan Terbang Borg El Arab.Maafkan saya jika Siri Kembara ini ditulis dengan momentum yang agak perlahan.Memang sengaja ditulis sedikit demi sedikit kerana saya hendak ulas semua benda supaya anda buka mata anda.

Sehingga episod seterusnya,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Laut Alexandria yang jernih.Gambar adalah koleksi peribadi penulis.

2 comments:

  1. Manusia zaman sekarang tidak tahu bersyukur terhadap limpah nikmat daripada maha esa. Yang mereka tahu hanyalah merungut. :(

    ReplyDelete
  2. wah, rasa nak g jalan je kat sana...=)

    ReplyDelete