16.2.10

Siri Kembara 6 : Mengenal Erti Persahabatan Dan Kepentingan Beriman Kepada Qada & Qadar

Assalamualaikum.

Kembali lagi kita di dalam Siri Kembara.Dalam artikel yang lepas,telah dinyatakan kepada anda bahawa saya telah selamat sampai di rumah kawan saya.

Jadi,artikel ini akan menyambung siri kembara yang sebelumnya.Dan untuk pengetahuan anda,Siri Kembara ini mungkin berbeza dengan konsep penulisan saya yang sebelum ini,kerana ia lebih berbentuk peribadi.Tetapi,tetap ada ilmu untuk dikongsikan bersama.

Selamat Membaca untuk anda.Insya-Allah mendapat manfaat.

30 Januari 2010

Hari pertama saya di Mesir (Alexandria) menyaksikan saya tidak banyak bergerak ke mana-mana.Ini kerana kawan-kawan saya bakal menghadapi peperiksaan pada 31 Januari 2010.

Tentu anda mengatakan begini bukan di dalam hati "Kenapa datang time orang ada exam?"

Sebenarnya,perkara ini berlaku di luar jangkaan.Ini kerana setelah saya sudah membeli tiket penerbangan,kawan saya baru mendapat tahu bahawa jadual peperiksaan beliau dipercepatkan.

Jadi,bak kata orang-orang tempatan "takleh watpala".

Hidup Mesti Diteruskan Dengan Keyakinan Tinggi Walau Apa Jua Terjadi

Ayat di atas merupakan point pertama kita pada hari ini.Ayat ini timbul dari situasi saya di atas.Apa yang ingin disampaikan adalah,dalam hidup ini,kebiasaannya akan selalu datang waktu ketika di mana sesuatu berlaku tidak seperti yang kita rancangkan.

Sebagai umat Islam,kita tidak boleh terus menggelabah.Kita mestilah redha dengan qada' dan qadar.Kita mesti yakin bahawa apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.

Cuba lihat,jika saya menggelabah,tentu saya sudah membatalkan trip saya ke Mesir.Yalah.Anda hendak melancong time orang hendak exam.Tentu tidak nice bukan bunyinya?

Tetapi,sebaliknya,saya hanya bertenang dan pergi ke Mesir dengan doa supaya Allah mempermudahkan urusan saya di Mesir dan supaya percutian saya ini bakal membawa manfaat kepada saya khususnya dan seluruh umat manusia umumnya.

Okay.Berbalik kepada topik.Jadi saya pun bangun tidur dengan kadar agak lewat pada hari itu.Sebaik sahaja saya bangun,Ammar sudah memasakkan saya nasi putih dan ayam goreng.

Dalam hati saya bermonolog "Wah.Kawanku memasak ayam.Girangnya hati"

Konsep Persahabatan

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah tentang persahabatan.Begini.Saya sudah hidup hampir 20 tahun di atas muka bumi ini dan saya mempunyai satu pandangan peribadi tentang persahabatan yang mana mungkin anda juga akan bersetuju dengan saya tentang perkara ini.

Sepanjang saya hidup,saya sudah berkawan dengan pelbagai jenis orang,tetapi setakat ini,saya baru menjumpai tidak sampai 10 orang manusia yang boleh digelar sahabat.

Pada saya,konsep berkawan dalam kalangan masyarakat dunia (bukan semua) hari ini seakan tidak kena.Kawan diukur berdasarkan populariti,harta dan sebagainya.

Banyak kali saya jumpa orang yang dia hendak berkawan dengan kita kerana nama dan glamour.Yang mana dalam bahasa pasarnya boleh diterangkan lebih kurang begini,

"Lu bai..time gua senang..lu ada..tapi time gua susah..lu takde bai..lu time gua nak berubah..lu bukan support gua..tapi time gua fun..lu melekat dengan gua..apa cita ni bai"

Jadi,kesimpulan yang saya dapat dalam erti persahabatan adalah begini.

"Kawan biar tidak ramai pun takpe,kerana kawan yang ramai itu hanya ibarat semut yang mengelilingi gula.Bila gula dah habis,takde sekor pon nak hang-out kat situ lagi.Tetapi,carilah sahabat.Iaitu kawan yang susah senang bersama kita.Yang berkawan dengan kita bukan kerana faktor material,sebaliknya kerana faktor manusia.Carilah kawan (sahabat) yang boleh membawa kita kepada jalan yang lebih baik.Tetapi,yang paling penting dalam semua ini adalah,beri masa untuk menilai mereka semua.Kerana sahabat hanya boleh ditemui tatkala ribut taufan melanda.Tatkala itu berlaku,sesiapa yang stay bersama kita itulah sahabat."

Tetapi,adat hiduplah.Jika anda mahu mendapat sahabat,anda perlulah menjadi sahabat kepada orang lain juga.Nampak senang bukan?Tetapi hakikatnya adalah susah.

Dan terdapat juga kawan yang tidak mahu membantu kita berubah ke arah kebaikan.Itulah hakikatnya.Jadi,seperti yang pernah ditulis oleh saya dalam salah satu artikel terdahulu,untuk berjaya kita perlukan pengorbanan yang amat besar.Kerana tidak ramai manusia yang ingin berubah.

Okay.Berbalik kepada topik kita.

Jadi,saya dan Ammar (rakan saya) pun makanlah hidangan nasi putih ayam goreng itu.Kawan-kawan rumahnya yang lain tidak bangun lagi ketika itu kerana penat study mungkin.Ammar ini pula beliau tidak tidur dari semalam kerana study.Jadi,adalah tidak manis untuk saya bertanya kepada beliau soalan begini "Eh,nak keluar mana hari ni?".

Jadi,sebagai seorang sahabat yang memahami,saya pun lepak santai sahaja di rumahnya ketika itu.Tidak lama kemudian,kedengaran azan Zuhur berkumandang.

Untuk pengetahuan anda,di Mesir ini,hampir setiap lorong jalan ada masjid.Dan untuk pengetahuan anda juga,masjid-masjid di sini sentiasa penuh dengan orang.Indah bukan?

Gambar menunjukkan salah sebuah masjid di Mesir.Gambar dirakamkan oleh penulis dari dalam bas.

Patutnya,kita juga kena begitu di Malaysia.Masjid perlu diimarahkan.Bukan dibina berjuta-juta tetapi tiada orang yang pergi masjid.Masjid itu perlu menjadi pusat sosial,ibadat,akademik,ilmu umat Islam.Tetapi,perlulah ada etikanya.Bukanlah bermaksud di dalam masjid kita boleh melompat-lompat menjerit-jerit sesuka hati.

Kita orang Islam.Jagalah adab kita.

Tidak lama kemudian,kawan-kawan rumah Ammar yang lain pun bangun.Seorang demi seorang datang bersalam dengan saya.Tidaklah ramai sangat.4 orang je ahli rumah itu sebenarnya.Tetapi,seorang ahli rumah itu,Pali tiada di rumah kerana pergi study group di rumah lain.

Yang tinggal hanyalah Ammar,Allif,dan Halim.Tentu anda tertanya-tanya bukan.Habis tu,siapa seorang lagi yang bersalaman dengan saya?

Barulah saya tahu bahawa ada seorang tetamu lain yang berada di rumah itu ketika itu.Beliau adalah seorang pelajar Malaysia dari UK yang datang untuk bercuti juga.Tetapi,atas menghormati permintaan privasi beliau,eloklah jika kita gelarkan beliau sebagai Pejuang Cinta sepanjang siri ini.

Jadi,jika tiba-tiba saya menggunakan perkataan Pejuang Cinta,anda tahulah siapa beliau.

Jadi,saya pun berboraklah dengan Pejuang Cinta sementara rakan-rakan yang lain mengulangkaji pelajaran.Barulah saya tahu bahawa Pejuang Cinta ini sudah menetap di Mesir seminggu,tetapi beliau menetap di Mansoura (المنصورة).

Banyak juga persamaan yang kami ada yang saya dapati sepanjang borak-borak panjang kami itu.

Nampak tak sesuatu dari sini?

Begini,pertamanya,bukankah saya sudah cakap,saya pergi ke Mesir time rakan-rakan saya sedang menghadapi peperiksaan.Agak kecewa di situ.

Tetapi,hikmahnya adalah saya mendapat ramai kawan baru yang baik.Bukankah itu lebih bermakna dari saya pergi berjalan-jalan kosong?

Benarlah orang berkata.Pengembaraan mematangkan minda.Tetapi,untuk mengenali hati budi seseorang,memerlukan kita hidup bersama dengannya.

Setelah lama berborak panjang,saya kemudian berbaring semula.Dan tertidur sehingga pukul 9 malam (Jangan salah faham.Saya sudah menunaikan solat sebelum tidur).

Sedar-sedar sahaja dari tidur,saya mendapat tahu Halim dan Pejuang Cinta sudah menghidangkan makanan malam.Ayam merah.

"Wah.Bangun tidur terus makan lagi."

Dari sini,kita dapat lihat juga sesuatu,betapa perlu kita melayan tetamu dengan baik.Kerana tetamu itu membawa rahmat untuk kita.Dan bagi sudut seorang pengembara pula,saya amat bersyukur.Cuba lihat,segala-galanya berjalan dengan lancar.

Itulah saya hendak cakapkan.Jika kita sentiasa mengingati Allah,pasti Allah mengingati kita.Lihatlah.Bangun tidur sahaja sudah dihidangkan makanan.Itu semua rezeki dari Allah.Kita kena ingat.

Jadi,makanlah kami semua bersama-sama ibarat keluarga ceria.

Selepas makan itu,Halim mengajak saya dan Pejuang Cinta untuk pergi lepak di kedai minum untuk berborak-borak.Kami bersetuju.

Untuk pengetahuan anda,dalam borak-borak ini,sebenarnya siapa sangka satu diskusi ilmu bakal berlangsung.Tetapi apakah isi perbincangan kami?Tentu itu yang bermain di minda anda.

Nantikan artikel seterusnya dalam masa terdekat ini untuk mengetahui jawapan persoalan di atas.

Sehingga artikel yang seterusnya,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Semoga mendapat manfaat dari penulisan saya.

Salah sebuah tempat perlancongan di Alexandria.Bakal saya ceritakan tentang tempat ini dalam isu-isu yang akan datang.

No comments:

Post a Comment