17.2.10

Siri Kembara 7 : Jangan Menyerah Kalah Sebelum Kalah.Berusahalah Untuk Menjadi Manusia Yang Lebih Baik Pada Setiap Ketika.

Assalamualaikum.

Saya kembali menulis lagi sementara ada kelapangan masa ini.Untuk Siri Kembara 7 ini,saya akan banyak menulis.Dan artikel ini mungkin membosankan bagi orang yang tidak minat membaca.Tetapi,jika anda luangkan sedikit masa untuk membaca,percayalah,akan ada ilmu yang anda akan dapat.

Dalam Siri Kembara yang lepas,saya telah menceritakan apa yang saya lakukan di Mesir pada tarikh 30 Januari 2010 yakni hari pertama saya di sana.

Merujuk kepada artikel sebelumnya juga,saya mengatakan pada malam tarikh tersebut,saya dan rakan-rakan saya pergi ke kedai makan untuk berborak-borak.

Tetapi,yang pergi hanya saya,Halim dan Pejuang Cinta.

Pada malam itu,banyak yang kami perbualkan.Ada topik santai,topik remaja dan juga topik serius.Tetapi saya lebih berminat dengan topik serius.Antaranya yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan di sini adalah flip-flop iman.

Kita semua tahu kita hidup ini sementara sahaja.Purata setiap kita hidup adalah 80 tahun.Dalam 80 tahun itu pelbagai perkara kita lakukan.Dan dalam 80 tahun itu,graf iman kita sering naik turun.

Anda tentu perasan bukan?Ada masa kita baik,ada masa kita terlanjur melakukan dosa.

Tetapi,ini bukan bermaksud kita bebas untuk melakukan dosa sepanjang waktu dengan harapan iman kita akan naik semula nanti.

Tidak.Apa yang hendak dikatakan di sini,adalah,cuba bayangkan jika kita meninggal dunia semasa kita sedang berbuat dosa.Sedang membuat maksiat.Sedang tidak bersolat.

Sia-sia sahajalah amalan kita selama ini.Benar.Jika seorang itu beriman sepanjang hayatnya sekalipun,tidak semestinya dia akan mati dalam keadaan beriman.Dan jika seseorang itu tidak beriman sepanjang hayatnya,tidak semestinya pula dia akan mati dalam keadaan kufur juga.

Hidayah itu milik Allah.Tetapi,kita sebagai manusia diberikan pilihan dan akal untuk memilih perkara baik dan buruk.Jadi,kita perlulah sentiasa bermohon kepada Allah agar sentiasa ditetapkan iman.

Macam ni la mudahnya.

"Jangan mendekatkan diri dengan dosa/perkara buruk.Ingat Allah selalu.Kalau agak-agak nak buat dosa tu,ingat Allah.Stop terus dari melakukan perkara tu.Memang nampak senang,tapi susah sebenarnya.Berdoalah banyak-banyak kepada Allah ditetapkan iman.Syaitan memang akan sesatkan kita sentiasa.Tapi kuatkan hati."

Banyak lagi sebenarnya perkara yang kami bincangkan,tentang konspirasi dunia,tentang masalah remaja Melayu,tentang isu moral,tentang motivasi hidup dan sebagainya.

Tetapi,apa yang penting sebenarnya selepas sahaja kita berdiskusi perkara-perkara sebegini,perkara yang paling penting sebenarnya adalah pelaksanaan.Jika tidak,kita tidak ubah seperti pemimpin politik yang suka bercakap lebat.Jangan jadi begitu.Lakukanlah perubahan ke arah kebaikan dalam setiap hari anda,walau hanya dengan kuantiti yang kecil.

Benar.Memang susah untuk berubah.Tetapi,mulakanlah sedikit demi sedikit.Jangan putus asa.Allah akan memandang usaha kita.Jangan menyerah kalah sebelum terbukti kalah.

Okay.Untuk sesi borak-borak itu sahaja yang dapat saya tulis.

Kemudian,setelah 3 jam berbual panjang,Halim mengajak kami pulang kerana dia hendak pergi ke rumah kawannya pula.Study group mungkin.

Sampai-sampai di rumah,kawan-kawan saya yang lain sedang tekun mengulangkaji.

Dan di restoran tadi pun,Halim ada menyentuh tentang ilmu perubatan juga dengan kami.

Keadaan ini membuatkan saya terdiam.Anda mahu tahu kenapa saya terdiam?Anda boleh baca di sini.

Kemudian,pada malam itu (atau lebih elok kita sebut awal pagi),sedang saya duduk berbaring di ruang tamu rumah mereka,Allif keluar dari bilik dan berborak bersama saya.Kami berbual-bual sebentar.

Kami sependapat bahawa walaupun belajar di luar negara seperti Russia,Egypt,India dan negara-negara lain amat susah,tetapi kami tidak boleh berputus asa.

Begini.Walaupun kami ini belajar di Egypt sebagai misalnya,sebuah negara yang tidak begitu maju,tempat tinggal yang tidak memuaskan,sistem belajar yang susah,tetapi itu bukan alasan untuk kami menyerah kalah kepada takdir sebegitu sahaja.

Begitu juga dengan saya dan rakan-rakan yang belajar di Russia,kami tidak boleh mengatakan hidup kami telah musnah apabila sampai di Russia (masalah bahasa adalah sesuatu yang besar bagi kami).Sebaliknya,saya dan mereka semua sebagai umat Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

Ingat.Allah suka hamba-Nya yang bertawakal kepada-Nya.Mungkin nasib kita hari ini tidak begitu indah.Tetapi,percayalah.Satu hari nanti,mentari akan datang menyinari diri kita.

Yang penting adalah usaha.Dan kami (saya dan Allif) juga bersetuju bahawa belajar di luar negara membuatkan kami semakin matang dalam menguruskan kehidupan.

Selepas perbualan itu,saya masuk tidur.Sementara rakan-rakan yang lain terus mengulangkaji.Mereka tidak tidur pada malam peperiksaan itu untuk pengetahuan anda.Betapa tekunnya mereka mengulangkaji.Melihat mereka tekun mengulangkaji seakan memberi motivasi kilat kepada diri saya agar terus rajin berusaha.

Banyak lagi yang ingin ditulis.Tetapi,saya sudah penat untuk menulis.Izinkan saya untuk berhenti setakat ini.

Sehingga episod seterusnya,Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

Pemandangan pantai di Alexandria ketika hampir waktu senja.Bukti kekuasaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment