18.2.10

Siri Kembara 8 : Sesungguhnya Suatu Gambar Itu Bisa Memberi Seribu Makna

Assalamualaikum.

Kembali lagi di dalam Siri Kembara.Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar peribadi dalam artikel ini.

31 Januari 2010

Rakan-rakan saya semuanya menduduki peperiksaan pada tarikh ini pada waktu pagi.Sementara menunggu mereka pulang,saya dan Pejuang Cinta berehat di rumah mereka.

Kemudian,pada pukul 12,Allif pulang ke rumah.Dia mengajak kami keluar berjalan-jalan sekitar bandaraya Alexandria.Sebelum itu,dia mengajak kami keluar makan dahulu.

Pergilah kami ke satu kompleks membeli belah bernama Saint Stefano.Masuk-masuk sahaja ruangan food court itu,saya terkejut apabila mendapati sesuatu (walaupun mungkin perkara itu perkara biasa).

Yalah.Semua kedai makan yang ada di food court itu adalah produk barat.

Dari situ saya terfikirkan sesuatu,kita umat Islam sering mengatakan kita mengecam Barat dan sebagainya kerana tindakan mereka menceroboh negara-negara Islam.Tetapi,kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan produk mereka.Malah,ada sesetengah negara,berbangga mengaku menjadi pengimport terbesar produk-produk tertentu dari negara Barat.

Saya akan mengulas isu ini dalam artikel seterusnya.Jangan risau.

Kemudian,selepas itu,Allif bertanya kepada saya dan Pejuang Cinta,ke manakah destinasi pilihan kami selepas ini?Mahu pergi ke taman-taman atau tempat bersejarah?Dengan bergayanya kami memilih untuk pergi ke taman-taman melihat suasana pantai dan merasai angin laut.

Jadi,pergilah kami ke Montaza Palace.Kami pergi ke sana menaiki van (saya tidak tahu apakah nama van itu dalam bahasa tempatan Mesir).Untuk pengetahuan anda,Alexandria ini adalah bandar di tepi pantai.Rumah kawan saya betul-betul terletak di hadapan Laut Mediterranean.

Dan,Montaza Palace itu terletak di penghujung bandar Alexandria itu.Sepanjang perjalanan,kami menikmati permandangan di sekitar.Sangat lawa.Serious tenang melihat pemandangan itu.Betapa indahnya ciptaan Allah.


Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang kami ambil pada hari itu di Montaza Palace.Lama juga kami berada di situ,lebih 3 jam.

Seronok berjalan di situ kerana cuaca pada hari itu berangin dan panas.Indah bukan?Taman di situ juga besar.Jadi,kami pun berjalan kaki di dalamnya.

Selamat menatap gambar.

Tiket masuk ke Montaza Palace.Berharga 6 Gineih.

Anda boleh lihat dalam gambar ini,menara Montaza Palace yang tinggi itu,dan rumah api.Terdapat juga kapal-kapal di situ.Indah bukan?

Lihatlah kanak-kanak ini.Kecil-kecil lagi sudah berdikari pergi memancing sendiri.Semangat yang perlu dikagumi. 

Itulah dia gambar-gambar yang saya dapat kongsikan.Betullah orang berkata,bercuti ini dapat membawa ketenangan,dapat mematangkan minda memerhatikan alam ini.

Renung ayat Quran di bawah ini.

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [3:139]

Oh ya.Saya terlupa memasukkan gambar Montaza Palace.

Inilah Montaza Palace dari tepi.

Itu sahaja untuk kali ini.Dalam artikel seterusnya bagi Siri Kembara ini,saya akan membincangkan suatu isu yang agak berat.

Nantikan kemunculan isu seterusnya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.




1 comment: