18.2.10

Siri Kembara 9 : Malam Perlawanan Akhir Piala Afrika Di Egypt / Kenapakah Tiada Palestin Di Dalam Google Maps?

Assalamualaikum.

Artikel ini akan ditulis ringkas.Sila rujuk artikel-artikel sebelumnya untuk memudahkan pemahaman.

31 Januari 2010 (Malam)

Rakan-rakan saya baru menduduki peperiksaan pertama pada tarikh ini pada sebelah paginya.Jadi,pada malamnya,kami semua keluar makan bersama (kecuali Ammar yang tidur).

Sebelum itu,adakah anda tahu apakah yang berlangsung pada tarikh ini yang membabitkan negara Mesir?

Anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Pada tarikh itu untuk pengetahuan anda,Mesir telah menang dalam perlawanan akhir Piala Afrika menentang Ghana.

Dan,pada malam itu,hampir semua orang penduduk Alexandria keluar dan berpesta di jalan raya.Ada yang memakai celak,ada yang memakai cat di muka bercorakkan bendera Mesir,ada yang membunyikan hon kereta sekuat-kuatnya,ada yang memandu kereta terhuyung hayang sebagai tanda kegembiraan dan bermacam-macam lagilah.

Dari yang tua sehinggalah yang muda,dari ibu sehingga anak dara,dari suami isteri sehingga pasangan muda,dari lorong kecil hinggalah lorong besar,semua pihak dan semua tempat mereka bersorak kegembiraan.

Pada mula,saya agak teruja juga melihat.Tetapi,apabila sekian lama,masih lagi ramai orang bersorak,saya mula teringat satu benda.

Ya.Begitu lemahnya umat Islam pada hari ini (termasuk saya).Orang kata kebenaran mesti dinyatakan walaupun pahit.Itulah dia.

Begini,cuba lihat peta di bawah.


View Larger Map

Seperti yang anda lihat,Egypt terletak berdekatan dengan Israel.

Baiklah.Sebelum itu ada satu perkara yang saya hendak tanya anda yang saya baru perasan.

Kenapa apabila disearch negara Palestine di Google Maps,yang keluar hanyalah sebuah tempat bernama Palestine di Texas,USA?

Kenapakah tiada negara Palestine di dalam Google Maps?Setahu saya Palestin terletak berdekatan dengan sekitar Mesir dan Jordan.

Tetapi,tiada disebut Palestin.Yang ada hanyalah Israel.

Anda boleh lihat di bawah ini jika masih tidak percaya.


View Larger Map

Inilah peta yang keluar apabila ditaip oleh saya perkataan Palestine.Kemudian saya pun taip pula perkataan State Of Palestine,kerana di Wikipedia,mereka menggelarkan negara Palestin itu dengan terma itu.Palestine itu bermaksud perkara lain pula.

Tetapi,hasil di Google Maps still sama.Peta yang ditunjukkan adalah Palestine,Texas,USA.

Adakah anda semua sedar ini semua wahai Umat Islam?

Dan cuba lihat apakah definisi Palestine di laman web Wikipedia.Adakah anda semua nampak sesuatu?

Saya sebenarnya pun baru tahu benda ini tadi.Perkara ini menguatkan lagi hujah saya untuk cerita saya ini.

Begini.Malam itu semua penduduk Mesir bergembira.Walhal negaranya terletak berdekatan betul dengan negara Palestin.

Dan,kita semua tahu bahawa rakyat Palestin sedang menderita.Ditembak dan diambil rumah.

Kita mengatakan Islam itu bersaudara.Tetapi,lihatlah kita.Islam kita tinggalkan,sebaliknya kita memuja dunia berlebih-lebihan.

Cuba anda fikirkan.Kononnya,bola sepak menyatukan manusia tanpa perkauman.Tetapi,jika dilihat realiti ini,saya rasa,mungkin lebih kepada melalaikan umat manusia.

Yalah.Saudara seagama sedang merana,kita boleh lupa diri apabila pasukan menang bola.Cuba fikirkan sesuatu di sini.Patutlah kita lemah.

Di bawah ini saya sertakan video yang saya rakamkan pada malam itu.Tetapi,maaflah.Audio tidak jelas kerana menggunakan perkakas biasa sahaja.

video

Untuk pengetahuan anda,video itu diambil setelah keadaan agak lengang,tetapi still bergembira.

Seperti hilang akal kita bergembira.Jika ditenung,di Malaysia juga ada situasi lebih kurang sebegini.Ingatkah tatkala kerusi stadium dibakar semasa satu perlawanan bola?

Apakah rasional kita emosi melebih sebegitu?Ingat.Bola bukan segalanya.Islam itulah cara hidup.

Dan tidak jauh dari negara kita ada juga umat Islam yang sedang ditindas misalnya.Cuba anda buka suratkhabar.Sekeliling Malaysia itu ada beberapa tempat di mana umat Islam sedang ditindas.Adakah masih mahu anda hidup leka dan lalai?

Sebenarnya,jika kita tidak mampu menghulurkan bantuan tenaga untuk rakyat Palestin atau mana-mana negara umat Islam yang lain di dunia pun,cukuplah jika kita mendoakan mereka dan menegakkan agama Allah di tempat kita.

Ini tidak.Kita pula yang melebih-lebih bersuka ria.

Anda fikirkanlah.

Semua perbuatan kita ini akan dihitung.Pernah satu penceramah datang ke sekolah dahulu berkata kepada saya bahawa ada seorang pemimpin Palestin berkata,

"Kami tidak mengharapkan anda mengangkat senjata untuk kami.Tetapi,cukuplah anda mendoakan kami di sini.Dan menunjukkan rasa keprihatinan untuk kami."

Lihat?Adakah anda tidak malu dengan diri anda.Anda bergembira.Tetapi,saudara seagama anda?

Anda fikirlah apakah jenis dunia yang kita jalani sekarang.Kiamat sudah dekat.Ingatlah.

Harap anda faham apa yang ingin disampaikan.

Okay.Berbalik kepada Kembara saya,selepas makan-makan,kami pun pulang ke rumah.Ini kerana keesokan hari saya akan bertolak ke Kaherah.

Saya akan sambung siri ini selepas ini.

Tetapi,anda fikirlah.Bagaimana "mereka" ini dengan selamba sahaja menghapuskan Palestin dari peta Google.Adakah masih mahu anda consume sekian-sekian barang?Belilah apa yang patut sahaja.

Harap penjelasan ini membuka mata anda.Saya pun terkedu semasa menulis ini.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

Nantikan sambungan seterusnya selepas ini.Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita Umat Islam.

Adakah kita masih mahu terus hidup begini?Melayang ditiup angin.Tiada kekuatan.

3 comments:

  1. Yahudi & Nasrani menguasai dunia melalui 6S - Sex, Screen, Sport, Smoke, Song, & Sains Teknologi. Hanya dengan sebiji bola seluruh dunia lupa segala. Artis dan movie star jadi ikutan, pakar rujuk dan idola. Lagu2 yang di hafal dari pagi sampai senja. Dan merokok lah untuk mencari inspirasi, atau dadah kalau mau. Ber Facebook, MySpace, YouTube, ber YM lah, ber Twitter lah, ber Internet lah kau siang dan malam. Maka redhalah mereka melihat prilaku umat Islam hari ini. Kerana kita sudah mengikut telunjuk mereka.

    "Tidak redha yahudi dan nasrani sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka" (al-Baqarah:120)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    @zainab
    thanks for reading

    @school of tots
    betul apa tuan cakapkan tu.. semua benda ni sebenarnya adalah keperluan nafsu semata,tiada nilai jiwa.

    tetapi kita hari ini seperti tidak boleh hidup tanpa mereka berenam.Nampak seperti agenda mereka berjaya bukan?

    Dahulu jika tidak saya merupakan seorang peminat muzik secara melampau (muzik barat dari segala sudut),tetapi lama kelamaan saya sedar semua itu hanya menjauhkan saya dari mengingati Allah.

    bayangkanlah jika 24 jam dengar lgu,bila saya hendak berfikir /beribadat /bertasbih /mengingati Allah?

    Sesungguhnya saya bersyukur diberi kesedaran oleh Allah .

    Assalamualaikum dan teruskan membaca.

    ReplyDelete