5.3.10

Baik Atau Buruk/Syurga Atau Neraka - Setiap Perkara Diciptakan Berpasangan

Assalamualaikum.

banyak untuk diperkata
tetapi biasanya tidak dapat diungkap dalam satu kata.

hari ini - hari khamis masih ada
tetapi yakinkah kau untuk memiliki satu lagi jumaat?

hamba itu definisi hidupnya untuk patuh pada tuannya
apakah definisi hidupmu wahai hamba-hamba Allah?

hidup yang singkat jika tidak fun bukanlah hidup
tetapi apakah fun itu benar-benar berbaloi?

adat jantan mencari betina,lelaki tertarik kepada wanita
tetapi jantan-betina itu samakah dengan lelaki-perempuan?

teknologi untuk kehidupan lebih baik
atau teknologi pemusnah saraf norma tabii?

dua karib pergi berkelana
adakah hasil keduanya sama?

zaman ini zaman blog
adakah tahu mereka blog itu boleh membawa aib jika tersilap guna?

jadikan hari ini lebih baik dari hari esok
adakah wujud tekad itu sebenarnya di dada?

wahai gadis bergaya
adakah sama gadis bertudung berbaju ketat dengan gadis freehair?

hurm..
adat manusia

setiap kisahnya
perlu dimulakan dengan "pada suatu masa/permulaan"

dan hidup ibarat kisah
adakah penamat hidupmu sesuci permulaannya?

terakhirnya
ketahuilah bahawa hidup itu ibarat keretapi

untuk berubah dan berdakwah jangan ditangguh
takut dikhianati waktu silam

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). [34:28]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [9:24]

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

4 comments:

  1. saya nak minta izin copy paste dalam blog saya boleh? sungguh tertarik dgn mesej yg disampaikan. (^____^)v

    ReplyDelete
  2. boleh
    silakan
    saya juga meminta jasa baik anda meletakkan link blog saya di artikel itu nanti
    supaya artikel saya yang lain tidak terbazir begitu sahaja
    at least orang leh baca

    :D
    selamat berblog
    smoga mendapat manfaat

    ReplyDelete