15.3.10

Bila (Destinasi Pilihan)

Assalamualaikum

bila kau rasa gusar
ingatlah bahawa Allah itu Pelindung kepada hamba-Nya yang beriman

bila kau rasa gentar dengan ancaman dunia
ingatlah - ancaman neraka itu lebih besar lagi

bila kau keseorangan di tempat sunyi
buatlah sesuatu kerana Syaitan sering mendatangi kita ketika bersendirian

bila kau bosan,hambar dan merasa nasibmu amat malang
ingatlah bahawa ramai orang lagi di dalam dunia yang lebih malang darimu

bila kau ditimpa masalah
bukalah al-Quran,tenangkan hati,kerana di sana ada penawarnya

bila kau berbuat dosa (besar/kecil,sengaja/tidak)
segeralah kau bertaubat kepada-Nya kerana maut menjengah tanpa salam

tatkala dirimu menggatal dilanda badai nafsu
sabar,sabar..beristighfar..Allah sedang melihatmu

sesungguhnya hidup ini singkat
setiap hari banyak godaan,ujian,dugaan dan segala umpan bawaan syaitan

setiap hari juga kebanyakan kita tertewas
tapi jangan tewas itu membawa lena

ketika alam menyaksikan hampir 24 jam kita berdunia saban hari
tolong - pastikan tatkala takbir diangkat,dunia dilupakan sebentar

mungkin agak bosan apabila ayat yang sama diingat setiap hari
sehingga satu nasihat bermakna dinilai tiada makna

entahlah
barangkali hanya satu lagi boleh dipesan

apa juga yang dilakukan di dunia ini
destinasi akhir kita semua hanya dua

dan ianya bukan suatu yang boleh dipilih
sebaliknya ditetapkan berdasarkan amalan sehari dunia ini

fikirkanlah
semoga mendapat sesuatu dari penulisan secebis ini

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal


3 comments:

  1. tq 4 sharing this ilmu,,i appreciate that,,realy meaningful,,tq again:)

    ReplyDelete
  2. salam..
    good artikel..dalam apa keadaan pun,kita perlu kembali kepadaNYA..tiada apa yg lebih besar dan hebat melainkan urusan ALLAH..

    ReplyDelete