4.3.10

Kerana Ianya Satu Kewajiban (Wajah Baru Pena Maya)

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menulis di sini.Ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah yang melanda saya.Selain itu,faktor kesuntukan masa juga mengehadkan lagi peluang saya menulis.

Alhamdulillah.

Pada malam ini,saya punya masa yang agak terluang.Jadi,saya telah melaksanakan sesuatu yang sudah lama terpendam di hati saya.

Menukar layout blog ini.

Simpanan cache Google menunjukkan layout lama Pena Maya.

Ya.Itulah yang saya ingin lakukan sejak lama dahulu.Ini kerana saya perasan,layout yang lama saya dahulu adalah kelam.Dan meletihkan mata untuk membacanya.

Oleh kerana saya menulis ini untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai,jadi layoutnya juga mestilah menyelesakan mata para pembaca saya bukan?

Jadi,inilah dia seperti yang anda dapat lihat,layout baru Pena Maya.

Selain itu,terdapat beberapa tambahan ciri pada Pena Maya.

Antaranya :

1) Di bahagian atas blog ini,anda akan dapat lihat terdapat link memuat-turun Al-Quran yang telah saya letakkan bagi memudahkan anda semua.

2) Terdapat juga butang yang membolehkan anda berkongsi artikel-artikel blog ini di Digg,Facebook dan sebagainya (sila klik pada tajuk artikel terlebih dahulu untuk melihat butang itu) .

3) Blog lebih cepat dibuka/dilayari.

4) Penukaran tagline blog.Sebelum ini tagline blog ini adalah "Ianya Bukan Tentang Betul Atau Salah,Sebaliknya,Suatu Perjuangan Menyatakan Pendapat Secara Jujur".Tetapi,saya telah menukarnya menjadi "Kerana Ianya Satu Kewajiban".

Mesej di sebalik tagline baru ini adalah kewajiban berdakwah.Dakwah adalah kewajiban bagi setiap manusia Islam untuk pengetahuan anda semua.Banyak ayat Al-Quran yang menyebut tentang ini.Akan saya ulas perkara ini dalam artikel-artikel seterusnya.

Itulah antara ciri-ciri baru blog ini.

Mungkin ada di antara anda yang merasakan tidak perlu untuk saya menulis artikel ini.Tetapi,tidak mengapa.Memang sudah menjadi minat saya untuk menulis.

Nantikan artikel-artikel seterusnya selepas ini.Tidak lupa juga sambungan Siri Kembara yang sudah lama tidak disambung.

Harapan saya,semoga dengan penukaran layout baru ini,semangat saya untuk berdakwah melalui penulisan akan bertambah.Dan semoga penulisan saya itu,dapat membawa diri saya (terutamanya) dan umat Islam yang lain ke arah kebaikan.

Insya-Allah.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment