28.3.10

Muzzakarah/Perjalanan/Kick-Start

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menulis.Jadi,tentulah sudah banyak isu yang saya tidak updatekan kepada anda.Dengan penulisan artikel ini,harap sedikit sebanyak,dapat saya sampaikan kepada anda beberapa perkara yang bakal ditulis sebagai panduan diri sendiri juga.

Memperkenalkan : Muzzakarah

Tentu anda pernah membaca banyak laman weblog komuniti yang didirikan oleh pelajar.Kebiasaannya weblog ini isinya berkisarkan tentang aktiviti dalam komuniti pelajar itu.

Menyedari tiada lagi laman weblog dengan konsep sebegini dalam kalangan komuniti pelajar di sini,saya dan beberapa orang pelajar telah menubuhkan Muzzakarah.

Apakah Muzzakarah?

Muzzakarah adalah laman weblog yang ditubuhkan oleh satu komuniti pelajar dengan misi berdakwah.

Ya.

Ini kerana dakwah itu bukan hanya menjadi tanggungjawab seorang yang berkelulusan Al-Azhar kepada manusia yang lain,sebaliknya ia adalah satu kewajiban yang perlu dilakukan oleh kita semua.

Tidak mengira anda itu apa dan siapa.

Cuba lihat ayat di bawah ini.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103:1-3]

Di dalam ayat di atas jelas dan terang dinyatakan bahawa kita adalah golongan yang rugi melainkan jika kita berpesan-pesan dengan kebenaran.

Kerana manusia itu tabiinya memang sering terlupa.Itulah sebab mengapa kita sebagai rakan di sekeliling perlu menegur dan menyampaikan kepada rakan di sekeliling juga.

Dan apabila ditegur,janganlah mudah melenting.

"Alah.Engkau tu cam baik sangat jek."

Jangan sesekali yang ditegur menyatakan ayat di atas ini kepada yang menegur.Sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab kita yang ditegur untuk memperingatkan kembali yang menegur kita akan kesalahannya.

Kerana beliau juga manusia.Manusia sememangnya tidak sempurna.

Itulah namanya mutualisme.Ada give-and-take.Kalau kita expect dari orang je,tidak bolehlah.Kerana mungkin semua orang berfikiran sedemikian.

Jika kita saling tegur-menegur,ingat-memperingati serta mengikhlaskan hati,nescaya bahagia dan diredhailah komuniti.

Berbalik kepada Muzzakarah,adalah menjadi harapan kami supaya weblog ini dapat menjadi medium untuk kami menyampaikan ilmu kepada diri sendiri,rakan-rakan sekeliling malah semua umat manusia.

Semoga usaha kami dirahmati Allah.

Screenshot Muzzakarah.Anda boleh klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.

Perjalanan

Apabila langit terbelah,Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;Dan apabila bumi diratakan, Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong, Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, - Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) ! (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! Maka Aku bersumpah, demi mega; Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya; Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya; Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
[84:1-25]


Cuba renungkan ayat di atas.Saya harap anda baca tafsir ini kerana ianya merupakan firman Allah SWT,Pencipta kita.Apalah guna kita membaca buku kejuruteraan dari kulit ke kulit,jika kita tidak pernah memahami tafsir Al-Quran itu sendiri.

Di dalam ayat di atas (ada saya boldkan),dinyatakan ayat yang dimaksudkan "hidup di dunia ini adalah sebahagian dari perjalanan kita berjumpa Allah SWT".

Saya membaca Tafsir Surah ini semalam dan di dalam nota penerangan di bawah muka surat tafsir itu ada dinyatakan bahawa sedar tidak sedar,tanpa disedari setiap manusia hidup setiap hari di dalam satu perjalanan dengan matlamat akhir untuk berjumpa Tuhan.

Ya.Itulah destinasi terakhir kita.Dunia ini adalah satu persinggahan.Di dalam persinggahan inilah tempat kita hendak mengumpul point-point kita yang akan menentukan di manakah destinasi kita selepas ini.

Cuba bayangkan maksud ayat ini.Tidakkah anda merasa gentar.Saya mengaku saya gentar,takut dan cuak.

Ini kerana,walaupun kita tahu kita akan berjumpa Allah,tapi dek kerana tergoda dengan godaan dunia,seringkali kita melakukan dosa.

Di sinilah terletaknya tanggungjawab kita untuk memperingati di antara satu sama lain di samping cuba untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan setiap hari.

Banyakkan doa.Jangan berputus asa.

Ingat.Rahmat Allah SWT sentiasa ada bersama dengan orang yang beriman.Insya-Allah.

Kick-Start

Rakan seperjuangan saya,Hadi Pahmi baru-baru ini telah menerbitkan sebuah lagi video berkualiti.



Di dalam video itu,ada satu mesej yang menarik perhatian saya.

"Benda,takkan jadi kalau kau tak start" - Dialog ini yang diungkapkan oleh salah seorang watak yang dilakonkan oleh Azam Ramli (rakan seperjuangan saya juga) memberi definisi yang mendalam pada saya.

Ya (saya memang suka berkata YA oleh kerana nadanya yang bersemangat).

Suatu benda tidak akan jadi,jika kita tidak mulakan.Suatu benda tidak akan jadi,jika kita tidak usahakan.Suatu benda tidak akan jadi,jika hidup kita hanya penuh dengan penolakan.

Allah tidak akan menolong manusia yang tidak menolong dirinya sendiri.


Kesimpulan

Dari ketiga-tiga isu ini,kita dapat menyimpulkan artikel ini dengan tiga perenggan ayat.

"Dari saat kita dilahirkan,sebenarnya kita berada di dalam satu perjalanan untuk berjumpa Allah.Jika di dunia ini kita baik,maka baiklah kita.Jika tidak,celakalah kita di akhirat kelak.Persoalannya,adakah kita mahu celaka itu?Pastinya tidak bukan?Jika tidak mahu,jangan bertangguh lagi.Mulakan perubahan sekarang.Dekatilah orang-orang baik,bahan bacaan baik dan perkara-perkara baik.

Ini kerana bahan-bahan begitu sahaja yang dapat mendekatkan diri kita kepada kebaikan.Bukannya rancangan televisyen mengarut dan sebagainya.Dan,jagalah sembahyang sebagai permulaan.Jangan malas.Jangan ikutkan sangat kata Nafsu Syaitan.Syaitan itu tidak lebih hanya mengajak kita ke neraka sebagai geng diorang sahaja.

Dan,jika ada rakan/keluarga kita yang leka dalam perjalanan ini,tegurlah mereka.Kerana mereka juga seperti kita,sering leka.Ingatlah Allah selalu.Banyakkan doa supaya dikuatkan iman.Insya-Allah,Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta Maha Pengampun.Banyakkan bertaubat.Jangan bertangguh lagi.
"

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. tq 4 sharing:) semuge berjaya dalam usaha dakwah..:)

    ReplyDelete