2.3.10

Sesal

manusia itu lemah
benar
sememangnya iman itu ada turun naiknya
sememangnya diri ini tidak terlepas dari dosa

Ya Allah Ya Tuhanku
ampunkan dosaku
hidup terhuyung-hayang
penuh kepura-puraan
seperti sesumpah yang bertukar warna
bukannya tidak tahu itu semua hanya mengundang dosa
tetapi dek kerana jiwa yang masih lemah
maka layulah dengan rayuan syaitan
setiap hari pabila celik matanya
kesal dengan dosa silam
kesal dengan segala titik hitam dalam hati
kesal dan bertanya di mana silapnya
tetapi masih
tetap tidak berubah

ah.

sudah cukup-cukuplah semuanya
sampai bila mahu begini
sampai mampus?
sudahlah
banyak berkata tetapi tidak bertindak tiada guna juga
bimbang kita ini nanti menjadi pakar falsafah sahaja
tidak ubah seperti sampah bunyinya

hentikan membebel
selamat tinggal dunia syaitan
selamat tinggal dunia silam
selamat datang nota baru

Ya Allah
berikanlahku kekuatan dalam melakukan perubahan ini
sesungguhnya tidak mahu lagi 'ku kekal di dalam cara hidup ini

p/s: tiada kena mengena dengan hidup @ mati.

5 comments:

  1. sentiasa bersyukur...syukur al`hamdulillah.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...salam singgah....kita sebagai makhluknya mesti sentiasa beringat.....apa yang saja yang dilakukan mesti didahului dgn nama allah....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabatku Umar. Babah terjumpa sesuatu di dalam buku Quranic of Attraction. Datanglah ziarah blog babah...

    ReplyDelete
  4. walaikumsalam Babah
    insya-Allah saya akan baca dan ziarah..
    maafkan saya sudah lama tidak menjenguk blog Babah.

    agak sibuk jadual saya sejak akhir-akhir ini..

    apa-apapun terima kasih kerana berkongsi..
    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. salam.T___T.kondisi sama.juga mahu mengubah diri.semoga sama2 berjaya.

    ReplyDelete