31.3.10

Siri Doa Sebagai Senjata Mukmin (1) : Pengenalan (How Do You Speak To Your Lord?)

Assalamualaikum.

Hari sudah lewat malam ketika saya dengan izin Allah SWT berkesempatan untuk menonton satu video ceramah oleh Yasir Qadhi yang bertajuk How Do You Speak To Your Lord? di Youtube.



Satu ceramah yang menarik dan amat bagus sekali.

Jadi,saya berkeputusan untuk mengadakan satu lagi siri dengan konsep yang sama dengan Siri Coca-Cola Muslim dahulu.

Oleh kerana nama video ini yang agak kurang komersial,jadi saya menamakan siri ini sebagai Siri Doa Sebagai Senjata Mukmin.

Untuk bahagian pertama ini,saya akan kongsikan dengan anda video itu dahulu.Dan insya-Allah jika ada kelapangan dalam sambungan yang akan datang,saya akan menulis terjemahan syarahan ini.

Kerana saya yakin,ramai dalam kalangan kita masih mempunyai internet yang berkelajuan rendah.Tetapi bagi rakyat Malaysia di luar negara (terutamanya pelajar) yang mempunyai internet berkelajuan tinggi dan masa terluang,ambillah peluang ini untuk menonton ceramah ini.

Berbalik kepada topik kita,insya-Allah juga selepas melakukan terjemahan bagi syarahan ini,saya akan memberi pendapat saya.

Setakat ini sahaja untuk kali ini.Harus diingatkan,sebanyak manapun kita menghadirkan diri ke kelas agama,ceramah atau membaca artikel agama,apa yang paling penting adalah tindakan susulan dan tekad kita untuk menukar diri kita.

Jika kita ikhlas dan banyakkan doa,insya-Allah dipermudahkan oleh Allah urusan kita merubah diri.

Ingatlah itu.

Selamat Menonton.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

4 comments:

  1. Salam,

    dah dengar separuh.. alhamdulillah n masyaAllah benarlah bagus ceramah ni.. insyaAllah nak buat N3 di blog saya.. hrp izin ya. terima kasih atas perkongsian ilmu ni.. insyaAllah nnt sambung dgr lagi.. mudah difahami tetapi agak slow..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    ada juga orang yang komen kat blog saya ni kerana betul-betul komen..

    Okay..Tulislah..Lagi ramai orang tulis lagi bagus..

    Kalau bukan kita yang berblog ni buat..sape lagi..

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  3. Salam Umar

    kak dah ikut tutorial tu.. alhamdulillah.. dah tak lindung gadget. terima kasih ya.

    ReplyDelete