16.3.10

Siri Kembara 12 : Penamat Suatu Kembara (Kesuntukan Waktu Menyebabkan Artikel Ditulis Ringkas)

Assalamualaikum.

Cerita Sungai Nil?

Begini,dahulunya ketika masyarakat setempat masih lagi jahil,mereka sering melakukan pemujaan di sekitar Sungai Nil.Kononnya,pada pendapat mereka,Sungai Nil itu mempunyai penjaganya yang sendiri.

Pada satu ketika,Sungai Nil tidak mengalir lama.Kemarau.Ketika itu,Tamadun Islam sudah memerintah Mesir.Maafkan saya kerana saya tidak pasti apakah nama Khalifah yang mengetuai kerajaan Islam di Mesir ketika itu.

Kemudian,hendak dijadikan cerita,ketika kemarau panjang ini berlaku,orang-orang Mesir ini kiranya hendak melakukan ritual lagilah untuk menyeru roh Sungai Nil supaya mengalir kembali.

Apabila disebut ritual,mestilah ada korbannya bukan?

Korbannya adalah seorang gadis perawan.

Ish.

Khalifah yang mengetuai Mesir ini kemudian meminta pendapat Khalifah Umar (saya tidak pasti Khalifah Umar yang mana satu) yang ketika itu mengetuai Kerajaan Islam Pusat (Kerajaan Abbasiyah jika tidak silap saya).

Khalifah Umar kemudiannya menulis suatu surat yang ditujukan kepada Sungai Nil.

Gambar Sungai Nil diambil penulis ketika berada di dalam bas.

Huh?Tentu anda musykil bukan?Ya.Kepada Sungai Nil.Beliau menyuruh surat itu dilemparkan ke dalam Sungai Nil.

Tidak lama kemudian,air di dalam Sungai Nil mengalir kembali,malah dengan lebih laju dan deras.Tentu anda tertanya-tanya apakah kandungan isi surat itu.Dan bagi orang yang berfahaman karut,tentu berkata surat itu mengandungi jampi serapah.

Sebenarnya,di dalam surat itu hanya ditulis sesuatu yang berbunyi lebih kurang sebegini

"Wahai Sungai Nil,mengalirlah kembali engkau,supaya tiada lagi orang melakukan ritual"

Apakah yang boleh kita fikir di sini?

1) - Sungai Nil (dan semua sungai di dalam dunia ini) sebenarnya adalah makhluk ciptaan Allah juga.Mereka melakukan sesuatu mengikut perintah Allah.Itu sebab jika kita menzalimi kucing (yang juga merupakan makhluk Allah),pada hari kiamat nanti,kucing itu akan menjadi saksi perbuatan jahat kita.

2) - Manusia diciptakan untuk menjadi Khalifah di muka bumi.Itulah sebabnya Sungai Nil mengalir semula ketika itu.Ini bermakna,manusia diciptakan dengan satu tanggungjawab.Kita dicipta untuk memimpin dunia ini.Ke arah kebaikan berdasarkan jalan Allah,yakni Islam.

Faham?

Tamat sudah cerita Sungai Nil.

Oh ya,tentu anda tertanya-tanya,kenapa tiba-tiba bercerita tentang Sungai Nil ini?Sebenarnya ini merupakan sambungan Siri Kembara yang terdahulu yang boleh anda baca dalam artikel sebelumnya.

Pada hari itu juga,penulis dan rakan-rakan berkesempatan menunggang kuda.

Sebelum itu,kami sempat melihat Piramid.Tetapi,tiada apapun sebenarnya yang menarik untuk dikongsikan tentang Piramid itu.Mungkin ada,tetapi penulis tidak berminat menulis tentangnya.

Seriously cakap.

Menunggang kuda memang menyeronokkan dan mendebarkan.Menunggang kuda yang dimaksudkan penulis ini bukannya menunggang kuda secara perlahan-lahan,tetapi menunggang kuda yang memecut laju.

Haha.Teringat lagi kenangan menunggang kuda di padang pasir itu hari.Berseorangan di atas kuda yang sedang menggila berlari.

Pada malam itu,penulis berkesempatan mengunjungi makam cucu Nabi Muhammad SAW,Hussein.

Mendengar cerita tentang Hussein ini,sememangnya menyedihkan hati penulis.Peristiwa ini memecah-belahkan umat Islam.

Rasulullah pernah bersabda,pada akhir zaman nanti (sekarang),umat Islam akan berpecah belah,tetapi hanya satu yang selamat yakni yang mengikut jalan Sunnah Al-Jamaah.

Anda boleh google untuk mengetahui maklumat tentang perkara ini.


Gambar-gambar ini menunjukkan suasana di dalam Masjid Hussein ini.Tenang sahaja hati penulis memasukinya.Gambar kedua menunjukkan barang-barang peninggalan Rasulullah SAW.

Sebelum menyambung penulisan,mari hadiahkan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia.Semoga roh mereka dirahmati Allah.

Penulis kemudian berkunjung ke pasar cenderahati berdekatan dengan tapak masjid itu.Sempat juga membeli beberapa cenderamata.

Malam itu kami pulang agak lewat.Setibanya sahaja di rumah,saya terus tidur lena.Keesokan paginya,saya bersiap-siap untuk pulang ke Alexandria kembali ke rumah Ammar.

Terima Kasih diucapkan untuk semua rakan-rakan di Cairo yang melayan saya dengan layanan 1st Class.Insya-Allah saya akan datang lagi nanti.

Hari-hari seterusnya di Alexandria menyaksikan saya berjalan-jalan di sekitar Alexandria.

6 Februari 2010 - Saya pulang ke Moscow kembali dengan menaiki pesawat EgyptAir.

Itulah keseluruhan perjalanan saya di Mesir.Banyak sebenarnya hendak diceritakan,tetapi jadual yang padat menyebabkan saya tidak boleh menulis panjang.

Tetapi,jangan risau,Insya-Allah ilmu yang saya dapat di Mesir,akan saya selitkan di dalam artikel-artikel mendatang.

Kesimpulan yang saya dapat dari perjalanan di Mesir selama 9 hari adalah,

"Hidup kita ini ringkas.Tanggungjawab kita amat banyak jika dibandingkan dengan waktu yang kita ada.Jadi,janganlah bazirkan waktu hidup dengan sia-sia"

Semoga anda semua mendapat pengajaran dari Siri Kembara ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments: