15.4.10

Bagaimanakah Nasib Diri,Jika Esok Hari Ditakdirkan Mati? (Beristighfar,Beristighfar Dan Beristighfarlah) - Sebuah Artikel Renungan Untuk Kita Semua

Assalamualaikum.

(Sila baca artikel ini sehingga habis)

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
beristighfarlah
ucapkan Astaghfirullahalazim
ucapkanlah dengan penuh keinsafan
mengharap keampunan dari-Nya
kerana Dialah yang menguasai Hari Pembalasan (link)
tiada yang lain
Dialah yang Maha Pengasih
Dialah yang Maha Pengampun (link)
Dialah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
katakanlah Astaghfirullahalazim
sambil mulut menuturkannya,mengucapkannya
mintalah keampunan di dalam hati
sebutkan dengan perlahan
istighfar sesayu mungkin
setenang mungkin
"Ya Allah,Ya Tuhanku,ampunkan dosaku"
jangan malu
akuilah kesilapan kita
dunia ini tidak dapat bawa kita ke mana-mana (link)
jika tiada bekalan akhirat abadi

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
tenang hati 'pabila diucap kalimah ini
tidak perlu rush dalam mengucapkannya
tidak perlu terburu-buru hendak mengira sehingga 100 istighfar
mengapakah demikian?
ini kerana
jika hati tidak diserta sambil diucap istighfar itu
apa guna?
apa yang hendak dikata di sini
sertakanlah hati dalam beristighfar
begitu juga dengan ibadat lain
lupakan sebentar perihal dunia fana yang lain buat beberapa ketika

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
beristighfarlah kita
kerana ia lebih baik
mungkin beribu kali lebih baik
daripada kita menyanyi kosong
berbual kosong
bicara kosong
mengelamun kosong
dan pelbagai lagi perkara kosong
kerana hidup ini sementara sahaja
bila-bila ketika sahaja nyawa bisa dicabut

saudara-saudariku
perjalanan kita di dunia
tidak lama
janganlah hanyut dengan tuntutan serakah dunia
janganlah nafsu dipertuhankan
janganlah kita menjadi hamba syahwat (link)

memang sekarang ini tidak terasa apa-apa
tetapi di hari kelak
kita akan menyesal
jangan begitu!
sudah disebut di dalam Al-Quran
perihal perkara ini (link)

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - Sehingga kamu masuk kubur.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! [At-Takaathur:Ayat 1-8]

jangan
kita sudah mendapat hidayah
nama sudah Islam
sekolah sudah SMKA!
tetapi mengapa seringkali
'pabila direnung diri ini
kenapakah
masih juga jalan Syaitan yang dipilih?
di manakah silapnya?
beristighfarlah kita bersama-sama

renungkan kesilapan diri
renung
di manakah kita ini hala tujunya selepas mati
adakah hidup dunia ini abadi?
adakah begitu pasti syurga milik kita?
sanggupkah pergi ke neraka? (link)

fikirkanlah semua ini

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
beristighfarlah
ucapkan Astaghfirullahalazim

jangan pernah bosan
kerana sesal kelak tiada gunanya

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

p/s : ditulis sebagai peringatan kepada diri dan semua umat Islam.

3 comments:

  1. Alhamdullillah.. thank you for posting this... =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. astaghfirullahalazim.sentiasalah kita beristighfar..
    jangan pernah berputus asa mencari keampunan dan redha-Nya.

    ReplyDelete
  3. Menarik skali...!!! Alhamdulillah...

    ReplyDelete