26.4.10

Bersyukurlah Kita (Hidup Mengejar Nafsu Itu Ibarat Hidup Mengejar Diri Kita Sendiri Dari Belakang,Tidak Akan Pernah Dapat Dirasai Kepuasan)

Assalamualaikum.

hari ini
cuaca indah
angin nyaman
matahari bersinar
menari riang di angkasa
mungkin itulah jawapan jika ditanya tentang hari ini

hari semalam
cuaca sejuk
paginya hujan
fajarnya terang
malamnya dingin
petangnya salju
satu hari lima cuaca dapat dirasa

betapa menunjukkan kepada yang berfikir
kekuasaan Maha Pencipta

sememangnya jika ikut kata hati
tidak pernah puas

yalah
berada di tanah air
mahukan cuaca bak negeri kutub
mengimpikan lahirnya diri dengan kesejukan

pabila diberi peluang kembara
dimaki pula kelebatan salji

apakah?

sememangnya jika diikut kata sang hati
tiada yang pernah dipuaskannya
benar
cuba lihat sekeliling

dahulu
tiada wang
mahu wang
sedikit pun jadilah

sekarang
ada wang
mahu lebih banyak wang
dan lebih banyak
dan lebih
dan lebih
dan lebih

ke manakah akhirnya ini membawa kita?

dahulu
melihat kenalan berkasut Fralici Convin
diri memberontak mahu lebih

apabila hajat hati sudah ditunai
merasa kepunyaan diri masih tidak mencukupi

haih

kita sememangnya patut bersyukur
atau
paling kurang
cubalah untuk bersyukur

jika merasa nafsu meningkat ingin memiliki yang lebih
kenanglah kembali waktu ketika diri tiada apa-apa

dan ingatlah
masih ada yang kurang bernasib baik dari kita
seperti kisah Makcik Sapu Tangan Jingga

jangan bongkak
jangan riak
jangan kedekut
dengan segala nikmat yang ada

kerana itu semua
datang dari Maha Pencipta

bila-bila masa sahaja
Dia boleh mengambilnya semula dari kita

ibarat cuaca
hari ini panas
esok lusa salji
siapa tahu?

jadi
marilah kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur
ucapkan Alhamdulillah
insya-Allah
hati 'kan merasa sentiasa cukup

ini kerana
hidup mengejar nafsu
samalah ibarat
hidup
mengejar diri kita sendiri dari belakang
tidak akan pernah dapat dikejar
tidak akan pernah digapai

"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." [34:13]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment