25.4.10

Hidup - Satu Barisan Menuju Abadi

Assalamualaikum.

'pabila salju berlalu,
kita merinduinya,
pabila panas berlalu,
kita merungut pula,
kadangkala pelik memikirkan,
apakah yang kita mahu.

memang manusia tidak bersyukur,
diberikan a mahu b,
diberikan c mahu d,
tetapi setiap kali mendapat b dan d,
sekali pun tidak diucap syukur,
sekali pun tidak dikenang nasib diri semasa di tempat a dan c.

dunia sememangnya tidak sempurna,
dan tidak akan pernah lengkap,
tidak pernah dapat memuaskan serakah kita,
jika kita berkeputusan hidup berhalakannya,
nafsu.

sudah mendapat petunjuk,
masih lagi ingkar,
diberikan teguran,
dikatakan kasar,
masih lagi lena,
dibuai pujian indah,
syabas bete.

kadangkala,
ketegasan dan disiplin,
perlu dilakukan kepada diri,
jika mahu berubah,
bak kata orang lama,
mahu,
seribu cara,
tidak mahu,
seribu bicara,
tidak gitu?

ingatlah,
dunia ini sekadar persinggahan,
sememangnya ibarat neraka untuk berada di dalamnya,
jika ada iman di dada,
kerana banyak godaan,cabaran dan dugaan,
tetapi dunia juga boleh menjadi syurga,
bagi orang yang sesat.

sekali lagi,
ingatlah.

telah diberi peringatan kepada kita,
berubahlah,
kembali ke jalan-Nya,
kerana akhirnya nanti,
sesal kita tiada guna,
tiada siapa yang dapat menolong,
hanya Dialah yang menguasai Hari Pembalasan.

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. [16:44]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. harap dapat reflect kt diri sendiri jugak IA.

    ReplyDelete
  2. mmg kebanyakan artikel ditulis sebagai muhasabah diri .insyaAllah.Assalamualaikum.

    ReplyDelete