24.4.10

Kisah Makcik Tua Dan Sapu Tangan Jingga Di Pinggir Bandaraya Moscow (Suatu Kisah Benar Untuk Dijadikan Pengajaran)

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menulis.Banyak masa dibazir di atas perkara tidak berfaedah sepanjang tidak menulis ini.Benarlah orang berkata.Usia muda jangan dipersia.Kerana masa itu perginya tidak kembali.Terleka sesaat,ruginya berpanjangan.

Alhamdulillah.Diberikan kekuatan menulis kembali.Dan artikel yang bakal ditulis ini mungkin agak berbaur emosi.Dan berbentuk peribadi penulisannya.Jadi,jangan pelik jika tulisan ditulis panjang menjela-jela.

Hari ini (Sabtu),menyaksikan saya seperti biasa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar,pergi ke kelas (Sistem Universiti Russia beroperasi 6 hari seminggu,kadangkala 7).

Cuaca agak sejuk hari ini.Tidaklah sesejuk musim sejuk yang membekukan itu,tetapi sejuk berangin.7°C.

Still sejuk aite jika dibandingkan dengan cuaca di Malaysia?

Then,dalam perjalanan pulang,keluar-keluar sahaja daripada Stesyen Metro,kelihatan beberapa orang anggota keselamatan menjaga keselamatan keadaan sekeliling.

Mungkin masih dalam tempoh berjaga-jaga akibat insiden itu hari?

Selang beberapa langkah kemudian,terlihat kelibat seorang wanita tua yang saya suspek berumur dalam lingkungan 80 tahun,sedang memegang beberapa helai sapu tangan dan sesuatu di dalam plastik.

Saya yang semasa itu masih jauh dari kedudukan wanita tua itu berdiri,merasa sayu melihatnya lantas bermonolog sendirian di dalam hati,

"Agaknya Makcik ni nak jual kot."

Ya.Di Moscow,ianya memang merupakan sesuatu yang biasa untuk anda melihat orang-orang tua menjaja barang-barang di tepi jalan.

Sayu bukan?

Itulah.Sistem Manusia yang kita semua bangga-banggakan hari ini.

Nampak macam gah.Tetapi hakikatnya,sempalit gah itu hanya terkena kepada orang tertentu sahaja.Realitinya?Indah khabar dari rupa.

Sebahagian besar penduduk dunia masih merana akibat kemiskinan.

Tahukah anda 70% sumber dunia ini digunakan untuk memuaskan nafsu 17% penduduk dunia? (Fakta ini saya membacanya tidak lama dahulu somewhere)

Tentu anda tidak faham bukan ayat saya ini.

Begini,70% bahan asli/bahan mentah dunia ini,yang menggunakannya hanya 17% penduduk dunia.Merekalah yang memanipulasi bahan-bahan mentah ini untuk hidup mewah lantas membiarkan 83% lagi baki penduduk dunia merana.

Buktinya?

Lihatlah kisah Makcik Tua ini.Masih lagi menjaja di hadapan bangunan berbelas-belas tingkat.

Apakah guna kemodenan jika hilang iman di dada manusia?

Baiklah.

Sebenarnya kisah Makcik Tua masih tidak tamat.

Setelah melihat kelibat Makcik Tua yang umurnya hampir sama dengan Moyang saya itu,saya pun pergi ke kedai berdekatan untuk memecahkan duit.

Tujuan saya memecahkan duit itu untuk membeli whatever yang dijual beliau.

Orang berkata,tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri.Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk beriak-domba.Tetapi,untuk dijadikan pengajaran.

Baiklah.

Mari sambung lagi kisah kita.

Setelah memecahkan duit,saya menghampiri Makcik Tua ini.Dan memulakan perbualan dengannya dalam bahasa Russia.

"Makcik,apa ni?"

"Sapu tangan".

Kelam-kelibut Makcik ini membetulkan posisi sapu tangan di tangan kanannya.Sambil tangan kiri terketar-ketar memegang tongkat.Yalah,bukankah sudah saya bilang,hari ini cuacanya berangin sejuk kuat.

"Oh,berapa satu?",tanya saya.

"Satu 20 Ruble (lebih kurang RM2 Malaysia)"

"Ayak,murahnya!",monolog saya sendirian di dalam hati.

"Ape benda je orang tua ni leh beli harga 2RM?",bicara saya lagi di dalam hati.

Yalah,anda tentu tahu bahawa Moscow ini merupakan antara salah satu daripada bandaraya dengan kos hidup termahal dan tertinggi di dunia.

"Okay,saya ambik satu.Ni 100 Ruble semua untuk Makcik",bicara saya kepada Makcik itu.

"Eh,anak,takpelah nak.20 je nak",Makcik itu menjawab dalam nada terkejut dan terharu.

"Takpe.Semua untuk Makcik.Sejuk ni",saya mengatakan kepadanya.

"Oh,terima kasih nak.Terima kasih sangat",Makcik itu terharu.

Dan saya pun meninggalkannya dengan doa supaya Allah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada Makcik itu.Amin.

Sebelum meneruskan penulisan,elok dinyatakan sekali lagi.Tujuan penulisan ini bukan untuk riak.Tetapi supaya dijadikan pengajaran.Jangan jadi kedekut,jangan jadi selfish.

Ada juga beberapa pengajaran lain sebenarnya.Mari kita bicarakan satu persatu.

Saya sebenarnya kagum dengan Makcik ini.Ya.Beliau miskin.

Tetapi,kemiskinan bukanlah alasan untuk beliau menyerah kalah.Kemiskinan juga bukan alasan untuk beliau meminta sedekah.

Sebaliknya,beliau menggunakan seluruh kudratnya,untuk menjahit sapu tangan,lantas menjualkannya.

Itulah yang kita mahu.Jangan berputus asa.

Sebenarnya,Islam juga tidak menyuruh kita meminta sedekah.Islam tidak menyuruh umatnya menjadi pemalas.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Nabi Muhammad SAW untuk meminta sedekah.

Rasulullah SAW menyuruh lelaki berkenaan menunggu sekejap dan Baginda masuk ke dalam rumah. Selepas keluar semula, Rasulullah SAW menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual di pasar.

Dikisahkan sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah SAW berpesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda. Apakah yang berlaku kemudian? Selang beberapa hari, lelaki itu datang menemui Rasulullah SAW dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.
(link)

Tahukah anda apakah mesej kisah di atas?

Kisah di atas memaparkan bahawa Rasulullah tidak menyuruh orang lelaki itu meminta sedekah selama-lamanya.Sebaliknya Baginda SAW menyuruh lelaki itu membeli kapak dan berusaha mencari rezeki.

Merenung kisah di atas,kita menjadi pelik apabila hari ini,terlalu ramai orang yang meminta sedekah,terutamanya di Malaysia.

Macam tiada option lain sudah.Macam Islam ini agama yang menyeru kepada aktiviti meminta sedekah.

Jangan begitu.Selagi ada kudrat dan anugerah fizikal yang Allah kurniakan,buatlah sesuatu.Jangan hidup hanya meminta.

Saya merasa malu apabila melihat wanita duduk di tepi jalan dalam keadaan panas terik dengan anak kecil di dalam pangkuan meminta sedekah.

Bukan saya mengatakan saya ini kedekut.Tetapi,kenapa perlu dibawa anak kecil itu di tengah panas terik?

Itukah ciri-ciri ibu sebenar?Itukah yang diajarkan Islam?Apakah persepsi penganut agama lain melihat keadaan ini?

Ada baiknya jika wanita seperti ini memohon kerja di restoran dan sebagainya.Sebenarnya,banyak saja cara jika mahu.

Tetapi,kadangkala,tidak boleh disalahkan mereka yang meminta sedekah sahaja.Kadangkala,kerenah orang yang di "dalam pejabat" juga menyusahkan rakyat biasa.

Bantuan diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya,apa cerita?

Itulah.Dari kisah Makcik Tua ini banyak pengajaran yang boleh saya (dan mungkin juga anda) dapat.

Sapu tangan yang saya beli dari Makcik tua tadi saya telah gantungkan di dinding.Supaya menjadi peringatan kepada diri,jangan terlalu bermewah-mewah.Kerana,di luar sana,masih ramai orang yang memerlukan.

Tiada guna peragaan Zara,Fred Perry,Ben Sherman untuk berada di badan kita,jika tiadanya hati,iman dan belas kasihan hadir di dalam jasad kita.

Fikir-fikirkanlah.

Begitu juga dengan haiwan liar,kasihanilah mereka.Jangan menendang-nendang kucing kurap sesuka hati.Setiap perbuatan kita kelak di akhirat akan ada balasan.Bantulah mereka yang memerlukan.Jangan kedekut.Harta setimbun tidak boleh bawa kita ke mana.

Sebaliknya,amal jariah merupakan perkara yang boleh membantu kita di akhirat kelak.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

10 comments:

  1. salam.
    nice entry.
    sedih nya tgk makcik tua mcm tu.
    haih~. dkt sini indonesia pon lebih kurang.
    sini banyak kanak kanak kecil dan orang tua merempat kat tepi jalan.

    ReplyDelete
  2. @zmm .
    dekat indonesia dengar cerita lagi banyak budak2 tak terbela kan?
    ish.kejam kejam.

    ReplyDelete
  3. menarik!..

    pengajaran melalui alam dari Allah..
    kalau lah kita nampak hikmah terselindung spenjang berlalunya hari..

    betapa bersyukur~

    terimakasih kongsi..
    =)

    ReplyDelete
  4. salam..
    lama x singgah sini..hati sungguh tersentuh bila baca cerita enta..jujurnya, ana salute dgn sikap enta..sedangkan ana yg membaca ni pun cukup terharu dgn cerita ni..inikan pulak makcik tu..tntu dia gmbira ngan pmberian tu..moga rahmat dan hidayah Allah padanya..

    ReplyDelete
  5. trus trang ana cukup salute ngan sikap enta..susah untuk nk lihat org mcm ni zaman skrg ni..sedih pun ada bila baca entri ni..msti makcik tu gmbira ngan rezeki dia hari tu..tp ana duk terpikir..mcm mana pulak dgn esok2nya..harap2 rahmat dan hidayah Allah bersamanya

    ReplyDelete
  6. salam..sedih sungguh cerita ni..tertanya2..mcm mana pulak ngan hari2 seterusnya dgn makcik tu yek..kesiannya hidup mcm tu..dah la tua..erm..ana salute ngan sikap enta..moga rahmat dan hidayah Ilahi bersamanya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum فردوس.
    saya hanya menyampaikan
    tulisan ini sebagai peringatan kepada diri juga.
    kita hidup zaman sekarang ini betul2 tak kena .
    kita tinggalkan agama kita.
    tu sebab kita semua jadi cam kita yang ada hari ni.

    takpe.kita yang sedar kena la sampaikan.
    btw,pendapat saya secara peribadi,hidup zaman sekarang ni susah.banyak dugaan dan godaan.

    tu sbb dikatakan dunia itu penjara bagi orang beriman,syurga bagi orang kafir.

    semoga mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  8. wsalam wrt.
    menjual barang2 perkakas rumah spt telefon lama, candle stand, pinggan mangkuk atau apa2 lah adalah sgt common di kalangan warga russia. benda ni lebih2 lagi common semasa mula2 USSR dissociates dan terutamanya juga sekitar 1998 masa krisis kewangan asia.
    pengajaran mungkin boleh juga diambil dalam skop yg lebih besar ttg bagaimana orang melayu di Malaysia masih lagi terlalu berasa selamat dan mengharapkan bantuan kerajaan dalam pelbagai bidang. perasaan self-entitlement yang undeserving ini pun merupakan sesuatu yg tidak sihat.
    anyway jazakallah atas perkongsian ibrah. Moga Allah memberikan hidayah kepada makcik tua dan kita smua.

    ;)

    ReplyDelete
  9. @hazreen

    nice one.
    saya bersetuju dengan "perasaan self-entitlement yang undeserving ini pun merupakan sesuatu yg tidak sihat. "

    disebabkan perkara inilah kebanyakan kita menjadi seperti apa yang kita jadi pada hari ini.

    lembik dan lemah.

    bukan cakap kita tidak bersyukur,tetapi,lihatlah realitinya.

    Apa-apapun,teruskan menulis.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete