30.4.10

Kita Selesa Kerana Kita Tidak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku.Bukalah Mata Anda,Bukakan Juga Minda Anda.Hentikan Merungut Perkara Kecil,Berbuatlah Sesuatu.Anda Mampu Melakukannya. (Isu Palestin)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja membaca satu artikel.Artikel yang bertajuk Gambar-Gambar Pertempuran Terbaru Di Palestin.

Ada beberapa gambar diletakkan di situ.








Cuba anda renung dan lihat gambar-gambar ini.Setiap gambar ada cerita tersendiri yang anda boleh baca di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Okay.

Sudah baca?Jika tidak baca lagipun,tidak mengapa.Anda boleh membaca artikel ini dahulu baru anda baca artikel itu nanti.

Sekarang,saya ingin bertanya,kita semua tahu bukan bahawa umat Islam itu bersaudara?

Tetapi,ada beberapa persoalan di sini yang ingin diajukan.

Ya.

Persoalannya,apakah yang kita lakukan pada waktu dan saat ini sementara masih ramai saudara kita yang ditindas pada saat ini?

Mari baca penulisan ini dan muhasabah diri kita.

1) Kita semua tahu bahawa ada saudara kita di dunia sebelah sana yang sedang ditindas,tetapi untuk mengetahui suatu hakikat itu sahaja tiada guna.Kebanyakan dari kita seperti sudah immune dengan isu ini.Malah,ada masanya di mana kita tidak berminat langsung untuk mengetahui apakah yang berlaku di sana.Lihat sahajalah di dalam surat khabar.Bahagian manakah yang kita baca dahulu?Apakah reaksi kita apabila membaca isu ini?

2) Kita hanya kecoh dengan isu Palestin apabila media-media mula memperbesar-besarkan isu ini.Tidak konsisten.Semasa media mula menghebah-hebahkan isu ini,muncullah golongan di kalangan kita yang baru hendak bangkit memprotes.Tetapi,protes itu tidak lama biasanya.Hanya berbekalkan semangat protes-7-hari,kemudian senyap.

3) Kita juga ada buat kempen boikot.Tetapi,adakah boikot kita itu benar-benar boikot?Atau kita bersikap bias?Cakap sahaja tidak guna bai.Berkorban dan bersikap seriuslah sedikit dalam melaksanakan kata-kata.

4) Sebenarnya dalam isu ini,emosi tidak boleh digunakan.Ya.Tiada guna langsung emosi itu.Kebanyakan dari kita,apabila melihat sahaja isu ini dipaparkan di dalam berita (media),segeralah kita menjoin group di Facebook yang berbunyi SAYA BENCI *******.Kemudian,kita mencarut-carut di dalam group itu.Adakah itu akhlak umat Islam?Adakah menyertai group-group buang masa di Facebook dapat mengubah dunia?

5) Sedang saudara kita ditindas,kita menikmati keamanan secara tidak bersyukur.Kita katakan kita saudara mereka,tetapi kita masih menyokong syarikat-syarikat pihak yang menyerang mereka (kritikan kepada diri sendiri juga).Kenapa?Susah sangat ke hendak tegas dalam menyatakan ke-tidak-setuju-an kita?Malah masih ada dari kita yang berbangga lepak Starbucks.Urban katanya.

6) Kita juga masih memikirkan model handphone apakah yang mahu ditukar pada esok hari,masih lagi mahu memikirkan kereta apakah yang mahu dibeli.Maksudnya,masih memikirkan bagaimana hendak memuaskan nafsu sendiri pada ketika umat Islam di seluruh dunia ditindas.

7) Agak menghairankan apabila sembahyangpun tidak dijaga,tudung pun tidak dipakai,ada di antara kita mengimpikan menyertai pasukan tentera Imam Mahdi.Begitu konfiden sekali mereka mengatakannya.Tetapi,yang wajib tidak dibuat?Atoi,atoi.Ini menunjukkan bahawa banyak pemahaman pelik-pelik muncul dalam masyarakat kita,kerana kurangnya ilmu.Kita hanya berminat untuk belajar perkara-perkara mistik sahaja.Atau dalam kata lain,perkara fun.Fikirkanlah.

8) Anak muda kita juga hanyut dilanda masalah yang amat besar.Dari pelbagai sudut.Tewas.Yang menang adalah musuh kita.

9) Tanya diri kita,do we really care about them?Atau sekadar berbicara kosong sahaja.Jangan begitu.Jangan jadi umat yang hanya pandai beretorik.

Apa yang hendak disampaikan di sini adalah,bukannya hendak menyuruh kita mengangkat senjata pergi ke tempat mereka membantu.

Sememangnya sukar bagi kita kerana mereka jauh di sana.

Tetapi,ada perkara yang kita boleh buat.Tahukah anda?Perkara ini sebenarnya tidak payah kita hendak buat campaign besar-besar,cukuplah mulakan dengan diri kita dahulu.Kemudian,suruh keluarga kita,kemudian jiran kita dan begitulah seterusnya.

Apakah perkara itu?

Kita (umat Islam yang diberikan Allah nikmat keamanan sementara di dunia ini) kembalilah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.Hayati maksudnya.

Dan juga kita lakukanlah perkara-perkara di bawah ini :

-Tunaikanlah solat 5 kali waktu sehari.
-Hentikanlah maksiat di dalam diri.
-Hentikanlah hiburan tahyul melampau.
-Sudah-sudahlah menonton rancangan televisyen tidak henti-henti.
-Bersikaplah serius dalam menegakkan agama Allah SWT.

Selain itu,kita juga hendaklah :

-Jangan buang masa duduk di warung kopi/Facebook berbalas-balas hujah atas isu bodoh.
-Berdoalah kepada Allah agar diberikan bantuan/petunjuk/hidayah kepada kita.
-Jangan membazirkan duit anda dengan benda-benda tidak berfaedah.Baik dermakan duit itu ke badan kebajikan atau terus ke tangan pihak yang layak mendapat bantuan.

Itulah.

Kadang-kadang rasa lawak juga melihat ada wanita/lelaki di Facebook,menyertai group "ISLAM ITU BENAR!" tetapi seminit selepas itu mereka menyertai pula group "ARTIS WANITA COMEL".

Adakah itu Islam?

Hati itu penting.

"Semoga Allah merahmati seseorang hamba yang serius memerhatikan niatnya. apabila niatnya kerana Allah SWT, maka ia terus berjalan; dan apabila bukan kerana Allah, ia berhenti tidak meneruskan amalan tersebut." - Imam Hassan Al-Basri.

Kemudian,ada juga orang.Yang suka bermain dengan perkataan-perkataan kafir.

Jangan begitu.Jangan serang agama orang lain sesuka hati.

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." [6:108]

Allah tidak menyuruh kita memaki-maki sedemikian.Sebaliknya,kita yang patut menjadi contoh kepada mereka yang bukan Islam.

Patutnya,kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Barulah mereka tertarik kepada Islam.Tetapi,jika kita sendiripun buat status emo di Facebook dan peratusan jenayah di Malaysia dikuasai kita yang kononnya mengaku umat Islam,bagaimanakah orang hendak tertarik kepada Islam?

Orang tidak akan hormat kita,jika kita sendiri pun tidak hormat dan memperbetulkan diri kita sendiri.

Juga,apakah yang lain kita perlu lakukan?

Bersikap seriuslah kita di dalam kehidupan.Jangan asyik bergelak ketawa bai.

Cuba fikir,saudara kita sedang mati ditembak di sana,kita boleh bergelak ketawa.Dan kepada wanita,janganlah kerana isu-isu kecil,anda marah kepada ibu bapa/rakan anda.Ingatlah.Kita semua saudara.Bermaaf-maafanlah sesama kita.

Jangan juga menikam belakang.Jangan mengumpat.Mengumpat itu dosanya lebih besar dari zina.

"Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang yang melakukan umpatan tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) (Sedikit renungan untuk diri sendiri dan anda semua)."

Kembalilah saudara-saudaraku.

Sudah-sudahlah kita dilekakan.Ini semua mainan syaitan sahaja hiburan ini.Kembalilah.

Ni bulan Jun ni nanti ada World Cup pula,bersuka-rialah kita.Menyokong pasukan "kegemaran".Kita lupakan masalah,atas alasan semangat kesukanan.Kononnya.Lihat,begitu mudah mereka mempermainkan kita.Aduh.Tekadkan hati.

Tahukah anda Palestin sudah tiada kewujudannya di dalam Google Maps?

Haih.

Sudah-sudahlah tu berhibur dan leka.

Saya menulis untuk mengingatkan diri saya juga.

Semoga mendapat sesuatu di sini.

Anda juga boleh menonton video ini sebagai tambahan maklumat kepada anda.



Kesimpulannya,satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui ilmu,yakni kembali kepada sumber ilmu kita iaitu Al-Quran dan Hadis.

Jika tiada ilmu,itulah yang membuatkan kita emosi semacam tu bila mereka lontarkan kita dengan beberapa isu.

Sekian dari saya buat masa ini.Sememangnya kita memerlukan masa untuk berubah,tetapi,jangan memanjakan diri terlalu banyak.Bimbang tidak sempat untuk berubah.Juga,disiplin dan berilah ketegasan kepada diri dalam melakukan perubahan.

Dan,diingatkan.Jika anda benar-benar mahu berubah,sememangnya banyak golongan yang akan menentang anda.Bersabarlah.Berdoalah kepada Allah SWT.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment