14.4.10

Pena Maya Di Facebook (Satu Cara Untuk Menjauhkan Diri Dari Kejahatan,Adalah Dengan Mengasyikkan Diri Dengan Perkara-Perkara Kebaikan)

Assalamualaikum.

Saya pernah menulis tentang keburukan Facebook.Anda boleh baca artikel itu di sini.

Ya.Facebook memang mempunyai banyak keburukan.Terlalu banyak.

Tetapi,kita berada di dalam zaman di mana nak tak nak,kita (golongan muda) terpaksa juga memiliki akaun Facebook untuk mendapatkan maklumat.

Saya sebagai contoh memiliki akaun Facebook.Tetapi,bagaimana kita gunakan akaun Facebook itulah yang penting.

Oleh kerana sedar tentang keburukan Facebook ini,saya seboleh mungkin meminimumkan aktiviti saya di Facebook.

Akaun saya hanya digunakan untuk tujuan yang penting sahaja.

Anda pula bagaimana?Jangan sampai anda hidup di dalam Facebook sudah.

Kerana ramai manusia kini saya lihat,hidup mereka seolah-olah adalah Facebook.Ya.Hidup tanpa batasan.Hidup di mana emosi boleh diluahkan begitu sahaja.Hidup tanpa perasaan malu.

Okay.

Bukan itu yang hendak dikongsikan di sini.

Walaupun Facebook itu banyak keburukan,itu tidak bermaksud kita kena menolaknya sebegitu sahaja.

Daripada menggunakannya untuk perkara sia-sia,mengapa tidak kita gunakannya untuk tujuan berdakwah?

Sama seperti pisau,teknologi ini hanya bermanfaat jika digunakan ke arah kebaikan.Jika tidak,ia bakal menikam diri sendiri.Dalam kes Facebook,menikam otak dan peribadi kita.

Okay.

Saya dengan ini mengumumkan penetapan Page Rasmi Pena Maya di Facebook.

Tujuan penetapan supaya,setiap update Pena Maya boleh disharekan di Facebook secara live.

Ini juga supaya saya tidak lagi perlu meletakkan link-link artikel itu di profile saya (ada pihak merasakan perbuatan saya ini menyemak pemikiran mereka,heh).

Jadi,siapa yang hendak mendapatkan update tentang Pena Maya,boleh menjadi Fan Pena Maya di Facebook.

Jika tidak,tidak mengapa.

Dunia ini mudah bukan.

Harap selepas ini,tiada lagi suara-suara seperti "Tak habis-habis promote blog" dari pihak-pihak berkenaan.

Saya berkongsi perkara baik.Bukannya video-video bijak yang tidak bermanfaat.Harap anda renungkan.

Baiklah.Itu sahaja.Jika berminat,kunjungi Page Rasmi Pena Maya di link ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

3 comments:

  1. Betul tu... tak semua kita boleh luahkan di Facebook... kena simpan sedikit untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya cadangkan agar bro letakkan url username untuk page ni di sini:

    http://www.facebook.com/username/

    Senang nanti nanti akses ke page just taip:

    http://facebook.com/pena.maya

    Sekadar cadagan :D

    ReplyDelete
  3. @syuxx
    walaikumsalam.
    thanks for the tips.
    tapi dia cakap Pena Maya is not eligible for a username at this time. In the future, Pena Maya will be able to set a username.

    http://www.facebook.com/help/?page=898

    in the future baru leh..
    takpe.
    ti aa saya tngok lagi.
    btw thanks tau.
    sebarkan lah page tu.

    moga2 peroleh manfaat.
    Assalamualaikum

    ReplyDelete