4.4.10

Perkongsian Dari Muzzakarah (Hidup Atas Bawah/Bila Nafsu Menguasai,Usah Bicara Soal Perubahan/Seruan Berjemaah)

Saya masih lagi di dalam proses melakukan terjemahan Syarahan How Do You Speak To Your Lord buat masa ini dan masih tidak dapat mengemaskini artikel baru.

Buat masa ini,anda boleh membaca artikel ini yang ditulis oleh saya di blog Muzzakarah.Artikel ini adalah artikel berbentuk sindiran atau orang putih katakan sarcasm.Bukan berniat untuk menghentam sesiapa,tetapi cuba ambil maksud tersirat di sini.

Semoga mendapat sesuatu dari artikel ini.

Selamat Membaca.

Assalamualaikum.

Artikel di bawah sama sekali tiada kaitan bagi yang hidup atau mati.Tafsirlah menggunakan hati,akal,dan iman.Emosi itu tiada guna untuk dibawa sekali di dalam penafsiran artikel ini.

Hidup Atas Bawah

Ada satu kisah.

Satu kumpulan remaja bercadang pergi bercuti.Mereka semua bersemangat sekali dengan perancangan mereka.Tidur tidak lena,makan tidak selera orang tempatan kata.

Di dalam kumpulan pasti ada yang bertugas menguruskan bukan?

Dijadikan cerita,di antara mereka,ketuanya adalah Atan.Atan merancang untuk menempahkan hotel untuk mereka.

Busu berkata kepada Atan, "Atan,baik kita tidur kat hotel bapak kawan aku je nanti.Murah sikit".

Cadangan Busu ikhlas.Tiada niat lain.

Atan pun bersetuju.

Selepas membuat tempahan,bermimpi dan terus bermimpilah mereka akan rancangan itu.

Hendak dijadikan cerita lagi,hotel yang dimiliki oleh bapa kenalan Busu ini tadi terbakar.

Dan hendak dijadikan cerita lagi,duit tempahan yang telah dibayar,tidak akan dipulangkan.

Banyak juga duit dibayar oleh mereka.Beribu-ribu jugalah.

"OH NO!"

Busu gusar.Yalah.Bagaimana hendak menjawab kepada rakan-rakannya akan isu ini?

Atan mendapat tahu perkara ini.Dan beliau amat marah.

Marahnya beliau sehinggakan beliau memaki-maki Busu di hadapan rakan-rakan mereka berdua.

Lalu,dengan penuh keyakinan memutuskan tali persahabatan dengan Busu.Meninggalkan Busu yang sedang di dalam masalah.

Tamat cerita kita.

Ada beberapa persoalan di sini :

1) Apa pandangan anda tentang cerita di atas?
2) Adakah wajar tindakan Atan?
3) Adakah Busu bersalah?
4) Apakah pengajaran cerita yang anda peroleh?

Mari saya bicarakan jawapan-jawapan bagi persoalan kita.

Jawapan bagi persoalan yang pertama anda boleh jawab sendiri.

Bagi persoalan kedua,sebenarnya tindakan Atan adalah tidak wajar.Orang putih berkata "chill-lah dude".

Bagi persoalan ketiga,penerangan agak panjang lebar.

Busu adalah sama sekali tidak bersalah.Ya.Memanglah dia mencadangkan hotel itu.Tetapi,apa yang berlaku adalah di luar kawalannya.

Patutnya di dalam keadaan ini,Atan lek-lek sudeyh.

Ada hikmah yang berlaku di dalam kejadian ini.Lagipun,bukan duit beliau seorang sahaja yang hilang.

Semua dari mereka merasa rugi.Semua dari mereka sedih.

Dan,ingat!

Kita orang Islam.Rukun Iman yang ke 6 berbunyi "Beriman kepada Qada' dan Qadar".

Hidup kita bukan semata pergi bercuti sahaja.Ada hikmah di sini.Mungkin jika mereka pergi meneruskan percutian mereka,ada dari mereka yang membuat maksiat dan sekian-sekian.

Dan hikmah bagi Busu adalah,dia dapat melihat mana satu rakan sejati,dan mana satu rakan material.

Lagipun,benda sudah berlaku.Tidak bolehlah mereka salahkan Busu.Mereka sudah matang bukan?

Kesimpulan bagi perkara ini adalah,cuba belajar untuk redha dengan sesuatu perkara.Jangan fikirkan diri sendiri sahaja,atau orang putih kata selfish.Ingat,kita hidup bukan sentiasa di atas.

Ya,hari ini mungkin kita di puncak kegemilangan.Cuba esok lusa kita terjatuh,dan kejatuhan kita itu mengheret orang lain juga?

Apa akan kita rasa jika orang lain memaki-maki kita tidak memberikan pertolongan?

Okay.Tamat isu pertama.


Bila Nafsu Menguasai,Usah Bicara Soal Perubahan

Baca berita ini dahulu.

Baik.Sudah baca bukan?

Begini.

Tahukan apakah maksudnya?

Tetapi,jangan risau.Tiada perubahan besar akan berlaku.

Si perokok akan kekal merokok.Sama juga dengan Si Pemuas Nafsu dalam kategori lain.

Mereka semua akan kekal begitu.

Kenapa?

Apabila nafsu menguasai diri,semua hukuman tidak akan menakutkan diri seorang manusia yang dalam ketagihan.

Bicara konspirasi,kanser,radang paru dan sebagainya juga gagal mengubah minda mereka.

Hanya satu yang dapat menyelamatkan mereka.Hidayah dari Maha Pencipta dan usaha dari mereka sendiri.

Berdoalah semoga semua kita yang berada dalam ketagihan diberi petunjuk Allah.

Dan diharapkan juga sindiran ini membantu mereka.Jika tidak tersindir lagi,maaf.Perjalanan anda masih jauh.


Seruan Berjemaah

Ini ditujukan kepada umat Islam.

Begini,hidup kita ini ringkas.Pantas sungguh perjalanannya.

Terlalu pendek tempohnya untuk kita berhibur panjang jika kita mahukan Syurga-Nya.

Persoalan : Banyak sudahkah amalan kita?Sikit sangatkah dosa kita?

Memang kasar bunyinya.

Tetapi,ini merupakan nasihat kepada yang menulis juga.Yang menulis bukan sempurna.Harap maklum tentang itu.

Jadi,di sini ada sesuatu untuk kita semua.

Begini,jika ada kelapangan,marilah bersama-sama menunaikan Solat Berjemaah.

Semua dari kita mesti tahu bahawa pahala Jemaah berbanding dengan berseorangan adalah 27:1.

Jangan buat-buat tidak tahu pula.Kita di zaman moden.Media di sana sini.Ilmu boleh diperoleh dengan mudah.Jika kita masih tidak tahu fakta 27:1 ini dengan nikmat teknologi yang begitu mencurah-curah di sekelililing kita ini,kita adalah makhluk yang paling rugi.

Jadi,jika sudah tahu,marilah bersolat jemaah.

Tiada guna bertangguh.Bertangguh ke arah kebaikan hanya membawa kita kepada zero/nothing/sampah.

Ya.Jangan tunggu sehingga kita sudah memiliki Ph.D dari Al-Azhar untuk mula mengubah diri.Jangan.Bimbang nyawa sudah tiada,hilang meninggalkan jasad.

Itu baru soal berjemaah.Belum disebut soal berdakwah.

Wahai manusia,janganlah asyik leka dengan dunia ini.Tidak cukupkah pelbagai pengajaran di sekeliling kita?

Din Beramboi baru meninggal (Al-Fatihah).Ini membuktikan nyawa boleh diambil bila-bila masa (bagi mereka yang masih membutakan mata mereka).

Bagi yang masih tidak lengkap solatnya pula,bersolatlah anda.

Ingat.Perkara pertama yang disoal di dalam kubur,adalah apa?Solat.Jika solat tidak sempurna,ke manakah destinasi kita agak-agaknya?

Ingat.Artikel ini mungkin kasar menghunus hati anda.Tetapi,lebih baik dilukakan hati pada hari ini,dari menanggung azab kelak.

Hidup kita ringkas/sementara sahaja.Mulakan sekarang untuk berubah.Usah dipeduli kata-kata mereka yang lain.Manusia yang ingin berubah ke arah kebaikan memang kelihatan janggal dalam komuniti mereka.

Hakikatnya,Islam tidak boleh dikompromikan.

Artikel ini memang tajam.Tetapi,itulah hakikatnya.Hanya orang jahil/emosi sahaja yang tidak boleh dikritik kerana kesilapannya.

Sebaliknya,orang yang menyedari kesilapannya dan bersedia untuk berubah itulah yang terbaik.

Semoga mendapat sesuatu darinya.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment