4.4.10

Tidak Perlu Dipaparkan Indah Jika Realitinya Adalah Suatu Kekejaman (Kita Memang Kejam) - Suatu Artikel Oleh Pencinta Haiwan



Assalamualaikum.

memang benar.
manusia memang kejam.
jika di hati tiada hadir nur.

manusia memang kejam.
untuk memuaskan nafsu singkatnya.
musang comel disiat bulu ketika masih hidup tidak mengerti.

ergh.

untuk memastikan mereka lawa.
mereka tidak teragak untuk memasukkan elektrik ke dubur haiwan liar.
oh memang kejam.

kadang-kala.
realiti perlu ditunjukkan.
untuk menghentikan kekejaman yang tersembunyi.

itu baru sebut bicara jaket kulit.
belum disentuh tentang hutan liar dan sebagainya.

ergh.

tidak perlu pergi jauh.
lihat saja keliling.

kucing di tepi restoran disimbah air panas.
anjing menyalak diracun.
di manakah akal manusia?

benarlah.
manusia tanpa akal adalah haiwan.

eh silap.
manusia tanpa akal lebih rendah dari haiwan.

hurm.
syaitan mungkin?

sudah ketahui hakikat kejam.
masih lagi mahu memiliki Giordano Acapella.

semua ini tidak akan berlaku jika kita mengikut cara Rasulullah SAW.
cara Islam yang diturunkan oleh Maha Pencipta kita sendiri.

kerana hanya Dia yang mengetahui cara yang terbaik untuk kita.

tetapi malang.
ramai dari kita mengendahkannya.

membiarkan lebih ramai haiwan comel didera kejam.

wahai manusia.
mari kita mulakan langkah mengubah diri.

retorik ini tiada guna.
jika engkau tidak mengubah diri.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


6 comments:

  1. benci penindas haiwan..
    benci lg pembunuh haiwan..
    haiwan makhluk macam kita juga, apa hak kita mahu jadi zalim terhadap mereka??
    even dalam bersembelih pun ada adapnya kerana menghormati haiwan..

    ReplyDelete
  2. betol2..manusia memang semakin kejam coz ikut sangat dunia ni..huhuuhu

    ReplyDelete
  3. adoilah...tak sanggup nak melihat kekejaman tu

    ReplyDelete
  4. salam..

    mmg manusia makin kejam dan zalim hanya kerna wang ringgit dan tuntutan duniawi..

    ReplyDelete
  5. kesiannye yang kena siat kulit hidup2 tu:_(...

    sedih sangat...isk isk

    ReplyDelete
  6. kesian nyer..knp manusia smkin kejam..
    downg nie mkin ade tknan jiwa r..gile..

    ReplyDelete