17.4.10

Tumblr Pena Maya/Hidup Penuh Dugaan/Sedang Pokok Mati Boleh Berubah

Assalamualaikum.

Tumblr Pena Maya

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah kerana telah memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua.

Semalam saya dan rakan saya,pergi bersiar-siar di pinggir bandar Moscow.

Kerana ianya sudah musim bunga!

Wah!Sudah lama saya tidak melihat matahari menari sebegitu riang.Awan cerah sebegitu biru.Dan lain-lain lagi pemandangan tipikal musim bunga.

Alhamdulillah sekali lagi,kerana saya diberi peluang yang jarang dinikmati orang ini.Untuk melihat musim bunga di Russia.

Banyak juga saya tangkap gambar.Gambar pemandangan.Saya memang sukakan pemandangan.Memang benarlah dikatakan orang,merenung alam sekitar ciptaan Allah ini dapat menenangkan fikiran.

Tidak seperti merenung bangunan pencakar langit ciptaan manusia.Walaupun seronok,hati masih tidak tenang.Nampak bukan perbezaan ciptaan Allah dengan ciptaan manusia?

That's why there is a phrase that says "Back To Nature".

Hendak dijadikan cerita,entah macam-mana,balik sahaja rumah,saya mengeditlah gambar-gambar itu semua.

Dan,entah bagaimana,hendak dijadikan cerita lagi,saya bermonolog sendirian, "Aik,lawa pulak?"

Jadi,saya dengan ini bercadang memberitahu anda semua penetapan akaun Pena Maya di Tumblr.

(Actually,saya sudah mempunyai akaun Tumblr ini lama sudah,cuma tidak mempublisitikannya lagi).

Nama akaun itu tidak menggunakan nama Pena Maya,kerana melihat kepada urlnya sahaja anda pasti sudah nampak kelainannya berbanding akaun Pena Maya yang lain.

Semua gambar-gambar yang saya letakkan di situ mempunyai maksud tertentu.Anda fikir-fikirkanlah.

Dan untuk pengetahuan anda,saya hanya memakai kamera digital biasa-biasa sahaja.Tidak mahalpun.

Tetapi,simbolik di sebalik gambar itu yang hendak saya kongsikan.

Dan,jika anda perasan,di blog saya ini sering saya letakkan gambar hiasan di dalam artikel-artikel saya.Sebenarnya,tujuan saya sering meletakkan caption gambar hiasan itu adalah untuk meletakkan link bagi gambar asal itu.

Yalah,kita berblog,mesti ada adab,mesti ada manners.Mana boleh rembat begitu sahaja.

Jadi,dengan adanya Tumblr Pena Maya ini,jaranglah saya selepas ini mengambil gambar orang lain untuk diletakkan di sini.

Merenung kejadian yang berlaku hari ini,saya mendapat satu pengajaran : Dulu saya tidak terfikirpun hendak mengedit-edit gambar sendiri ini.Tetapi sekarang rajin pula edit.Itulah.Sesuatu itu boleh berlaku begitu sahaja jika diizinkan Allah.

Allah sahajalah yang menentukan berlakunya sesuatu itu ataupun tidak.Kadangkala,kita berusaha bagai nak rak,tetapi ia tidak mendatangkan hasil.Bersabarlah.Pasti ada hikmah di situ.Renung-renungkan rukun iman ke-6.

Dan,pesanan untuk rakan-rakan yang suka mengambil gambar.

"Mengambil gambar itu boleh.Tetapi,janganlah mengambil gambar yang tidak membawa kebaikan.Sebaliknya,ambillah gambar yang boleh difikirkan sesuatu oleh orang lain.Dan,janganlah ambil gambar aurat orang lain.Kerana anda akan turut mendapat dosa apabila gambar itu dipaparkan."


Hidup Penuh Dugaan

Seringkali kita mendengar ayat ini.

Tetapi,apakah maksudnya?Apakah yang boleh kita interpretasikan melalui frasa ini?

Saya ada satu gambar yang diambil sewaktu bersiar-siar semalam untuk dikongsikan di sini.


Cuba lihat gambar di atas.

Kaki yang memakai kasut putih adalah kita.Tanah itu merujuk kepada kehidupan kita.Kaki hitam yang kelihatan sedikit sahaja di depan kita itu pula bolehlah diibaratkan sebagai destinasi terakhir kita.

Apakah simboliknya semua ini?

Begini.

Kehidupan kita ini bolehlah kita ibaratkan sebagai satu perjalanan.Kita berjalan dan mengembara dari satu tempat ke satu tempat.Mencari sesuatu.

Kita sebagai manusia biasa,pastilah mengharapkan yang indah-indah belaka sepanjang kembara ini.Mengharap supaya tanah (kehidupan) kita itu nanti sentiasa gebu dan bersih.

Tetapi,hakikatnya,di dalam perjalanan kita,selalunya tidak selalu indah.Tanah itu pasti akan dikotori dengan pelbagai kotoran dan dugaan.

Seperti gambar di atas di mana anda dapat saksikan banyak puntung rokok dan penutup botol arak,begitulah juga kehidupan kita.

Tetapi,sebenarnya,dugaan-dugaan itu hanyalah sekadar alat pengganggu fokus kita dalam mencari destinasi terakhir kita.

Ya,destinasi terakhir kita boleh diibaratkan sebagai kasut hitam itu.

Kita tidak tahu apakah destinasi terakhir kita selepas ini.Tetapi,ke manakah kita selepas hidup ini,semuanya bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang.

Kesimpulan dari gambar kedua ini adalah : Hidup ini sementara sahaja.Janganlah mengisikannya dengan perkara tidak bermanfaat.Kelak kita akan menyesal di akhirat kelak.

Sedang Pokok Mati Boleh Berubah

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" [3:190]

Pernahkah anda mendengar frasa ini : Sedangkan pokok-pokok yang sudah kering,mati,layu dan gersang boleh dihidupkan Allah,inikan pula manusia.

Tahukah anda maksudnya apa?

Dahulu saya hanya mendengar sahaja.Tetapi tidak memahami apakah maksud tersirat.

Tetapi,Alhamdulillah kini saya sudah faham maksudnya.

Begini,mungkin di Malaysia tiada kejadian seperti itu,tetapi di negara yang mempunyai empat musim,ketika musim salji,semua daun akan layu gugur.

Pokok-pokok akan tidak berdaun.Dilihat dari mata kasarnya sudah mati.Ya.Memang tiada apa-apa yang tinggal sepanjang musim sejuk.

Tetapi,apabila tamat sahaja musim sejuk,daun-daunpun mula berkuncup kembang kembali.

Semalam,saya pergi bersiar-siar,masih banyak pokok yang tidak tumbuh kembali.Tetapi,sudah banyak juga pokok yang mula berputik.

Apa yang hendak disampaikan di sini,kejadian ini adalah bukti kekuasaan Allah.Ada dua perkara yang saya nampak di sini.

1) Bagi orang yang tidak beriman,hendak ditunjukkan kepada mereka di sini bahawa,semua manusia akan dihidupkan kembali kelak di akhirat.Dan,kita semua akan diadili berdasarkan apa yang kita buat di dunia ini.

2) Sedang pokok yang mati boleh berubah,inikan pula manusia.Ini bermaksud,setiap manusia boleh berubah.Apa yang diperlukan oleh kita untuk berubah hanyalah doa,semangat dan keinginan.

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda,di bawah ini diletakkan gambar yang saya tangkap semalam.


Lihat,sudah mati bukan?Sedikit masa lagi ianya akan tumbuh kembali.

Begitu juga dengan kita.Jika kita sentiasa membiarkan diri kita melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan berdosa,pastilah hati kita menjadi layu seperti pokok ini di musim sejuk (winter).

Tetapi,jika kita mendekatkan diri kita dengan kebaikan,membaca Al-Quran,menjaga solat dan sebagainya,pastilah hati kita akan menjadi tenang dan cerah,seperti pokok ini di musim panas (summer) kelak,berdaun rimbun,berbuah lebat.

Itu sahaja untuk artikel kali ini.

Saya menulis ini untuk memperingatkan diri saya juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment