16.5.10

Dua Tahun Tiga Puluh Hari Pena Maya (Merungkai Sejarah Dan Sedikit Pandangan Terhadap Dunia Blog Tempatan/Tanggungjawab Berdakwah) - Artikel Mesti Baca

Assalamualaikum.

Kisah Hidup Seorang Blogger Taksub (Artikel Serius,Tiada Lawak Bodoh Boleh Diexpect,Tetapi Boleh Anda Baca Jika Mahukan Pengajaran)

Mari saya ceritakan something.

Dua tahun lepas,sekitar April 2008,saya telah menetapkan satu akaun Google yang saya kemudiannya gunakan untuk membuka sebuah blog yang kini dikenali sebagai Pena Maya.

Sebelum wujudnya Pena Maya,saya telah mempunyai beberapa buah blog.Tetapi,blog sampah.

Ya.Secara jujur saya gelarkan blog-blog yang pernah saya miliki dahulu sebagai blog sampah.Bercerita tentang diri sendiri memakan apa dan membeli apa.Siapa mahu peduli.

Mungkin ada yang peduli.Tetapi,seiring dengan usia yang meningkat,saya merasakan tidak perlu lagi semua itu.It's a fake world for the fake people.

Cerita belum lagi bermula.Jangan salah faham.

Sekitar Mac 2008,negara kita mengadakan Pilihan-Raya Umum.Seperti mana yang kita tahu,keputusannya menyaksikan kemenangan tipis bagi parti X.

Saya yang berusia tidak sampai 18 tahun ketika itu,telah membuka satu blog di URL ini juga,http://baikiminda.blogspot.com.

Tetapi,dengan nama berlainan.Nama berlainan itu adalah "Gerakan Besar Misi Melayu" atau "Misi Gerakan Besar Melayu".Saya tidak ingat.Tetapi,empat perkataan itu tetap ada.

Melihat kepada nama blog saya ini dahulunya,tentu anda terus dapat meneka parti apakah yang menjadi pilihan saya ketika itu.Bukan?

Dan tentu anda berkata di dalam hati,"Ah,lame (Bahasa Inggeris) gile budak ni.

Tapi,well,budak hingusan yang mentah.Biasalah.

Tertanya-tanya apakah yang saya tulis ketika itu?

Saya menulis tentang kelemahan orang Melayu.Bukan dari segi politik.Tetapi dari segi pemikiran.

Seperti biasa,ramai yang kondem saya punya penulisan ketika itu.Dikatakan saya ketika itu taksub dengan semangat Melayu dan sebagainya.

Tetapi,tidak mengapa.Memang saya mengaku.Tulisan saya ketika itu agak kasar dan beremosi.Juga memang patut dikondem kerana melebih-lebihkan sesuatu yang remeh daripada sesuatu yang sepatutnya.You know what I mean.

Jun 2008,saya melanjutkan pelajaran ke Russia setelah menghabiskan setahun pengajian persediaan bahasa Russia di Malaysia.

Setibanya di Moscow,darah anak muda,biasalah.Masih lagi menulis tentang Melayu.Mengkritik pemikiran Melayu.

Tetapi,dalam masa yang sama,perangai saya sendiri 2x5.Bukan hendak membuka pekung di dada.Tetapi,hurm.Tidak mengapa.Slow-slow.Anda akan tahu jawapannya kelak di pengakhiran artikel.

Bulan berganti bulan,hari berganti hari,sehinggalah bulan Jun 2009 (atau Mei,saya tidak pasti) menghadirkan diri.

Saya ketika itu menulis bagai nak rak,tetapi menyedari suatu hakikat.Tidak ramai orang yang berjaya saya sedarkan melalui penulisan saya.

Saya ketika itu merasakan satu perasaan yang pelik.Amat pelik.

Hati kosong,jiwa kosong.Tetapi,yang saya tahu,memang dunia/cara hidup yang saya hidupi ketika itu tidak betul.Seolah-olah kehilangan sesuatu.

Lalu,saya berkeputusan,menutup blog Pena Maya.I mean,the old Pena Maya.

Mula-mulanya,hendak memadamkannya sahaja.Tetapi kemudian,hanya diprivatekan.

Tiga bulan juga saya tutup blog ini dan tidak menulis.Di dalam hati,saya bermonolog, "Aku mesti kaji apa yang tidak betul dengan diri,sistem,dan masyarakat aku".

Tetapi,tidak saya luahkan kepada sesiapa perasaan ini.Kerana jika diluahkan,sepertinya susah hendak dibicarakan.

Musim panas 2009,saya pulang ke Malaysia.Di Malaysia,Alhamdulillah,hati saya telah terbuka untuk membuat beberapa perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dengan kemahuan sendiri.


Banyak kali juga saya pergi ke masjid,bersembahyang jemaah.Beberapa buku (ilmu agama) juga sempat saya beli,dan saya baca sepanjang musim panas itu.

Bukan hendak riak.Tetapi,supaya anda faham apa yang bakal diceritakan lagi ini.

Tetapi,saya masih dengan perangai lama saya.You know what I mean.

Bukannya saya yang dahulu tidak bersembahyang,tetapi,sembahyang yang dilakukan itu kosong.Tidak berjaya mengubah diri saya ke arah kebaikan.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [29:45]

Nampak?Sepatutnya sembahyang itu dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.Tetapi,itulah.Apabila direnung kembali.Saya dapat lihat salah satu sebab mengapa saya tidak 'betul' pada masa itu.

Balik sahaja ke Moscow (tamat cuti musim panas),dipendekkan cerita,saya entah bagaimana semakin suka membaca ilmu-ilmu agama.

Tetapi,sekadar baca.Tidak diserap ke dalam jiwa.Tidak diaplikasi.Hanya ilmu di atas kertas.Tidak diasimilasikan ke dalam kehidupan.

Kemudian,dipendekkan cerita lagi,saya menonton siri The Arrival.

Saya terkedu menonton siri itu.Banyak pembongkaran yang telah didedahkan di dalam video itu.

Tetapi,still hati saya tidak berapa nak berisi.

Sehinggalah,satu ketika,saya mula membaca Al-Quran dan tafsirnya.Dan saya cuba mengamalkan agama sebaik mungkin.

Saya menjaga solat saya,bacaan di dalam solat saya cuba fahami.Saya cuba sebaik mungkin.Saya banyakkan berdoa.Dari situ,hati saya sudah dapat saya rasakan semakin berisi.Semakin tenang.


Dan dari situ jugalah,saya mula menulis di Pena Maya tentang unsur-unsur keagamaan.

Oh,lupa pula.Saya tidak beritahu anda.September 2009,saya buka kembali blog ini.Penulisan yang lama saya telah padamkan semua sekali.Dan penulisan saya selepas dibuka kembali blog ini lebih berunsurkan Islam.

Sengaja dikekalkan alamat URL yang lama.Apa orang kata,sentimental value.

Tetapi,saya masih tidak nampak suatu hakikat lagi.Apakah hakikat itu?

Mari saya sambung cerita dahulu.

Kita sambung kembali cerita saya tadi.Saya pun menulislah tentang keagamaan.Kali ini,saya niatkan penulisan saya kerana Allah,untuk berkongsi ilmu dan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri.

Semakin lama menulis,semakin banyak ilmu dicari,semakin saya nampak hakikat itu.

Tahukah anda hakikat itu?

Ini,saya ceritakan tentang hakikat itu di dalam bahasa pasar.

Hanya dengan kembali kepada Islamlah kita dapat berubah.Hanya dengan kembali kepada Islam sahaja jugalah kita dapat menjadi manusia terbaik.Dan hanya dengan memahami asas Islam itulah kita mampu membendung perangai-perangai yang tidak baik kita yang lain.

Tentu anda tertanya-tanya,apakah asas Islam itu?

Asas Islam itu (ini merupakan ayat saya,jika silap sila betulkan) kita boleh jumpa di dalam Al-Quran dan Hadis.

Tetapi,kita selama ini tidak tahu kerana kita tidak tahu dan tidak pernah/tidak mahu ambil tahu.


Masih tidak faham?

Cuba lihat kisah hidup saya di atas ini sebagai seorang blogger.

Dahulu,saya menulis tentang mengubah pemikiran Melayu.Tulis bagai nak rak.Tetapi,adakah saya berubah?Adakah saya menjaga sembahyang?Adakah saya menjaga penglihatan saya?Adakah penulisan saya itu mampu membuatkan saya menuturkan kata-kata yang baik?Dan sebagainya.Anda tahu apa yang hendak saya sampaikan.

Tidak bukan?

Saya masih lagi mencarut,saya masih lagi memaki,saya masih lagi tidak menjaga sembahyang,saya masih lagi menonton rancangan-rancangan yang wanita-wanita di dalam rancangan itu mendedahkan aurat mereka dengan selamba,saya masih lagi membuang masa dan lain-lain.

Nampak?

Kemudian,saya menonton rancangan The Arrival pula.

Masih lagi,saya tidak berubah.Masih lagi,saya membeli McDonalds.Masih lagi saya memiliki koleksi Mp3 sebanyak 40GB dan mendengarnya setiap hari seolah-olah Muzik itulah tujuan hidup saya.Adakah ini cara hidup yang betul?

Nampak?

Saya hanya berubah,apabila saya membaca Al-Quran dan mengkaji (membaca hadis).Saya hanya berubah apabila saya faham kenapa saya diciptakan oleh Allah SWT.Saya hanya berubah apabila saya tahu kenapa dan mengapa.Dalam kata lain,saya hanya berubah apabila saya ada ilmu.Ilmu tentang Islam.

Ya.Islam.Cara hidup yang diperintahkan Allah,Tuhan sekalian alam kepada manusia.

Hanya selepas kembali kepada jalan Islam,saya telah membuang sedikit demi sedikit perangai buruk saya.

Antara perkara besar yang telah berjaya saya buang dari diri adalah,saya telah memadamkan 40GB file Mp3 saya.

Saya ini peminat muzik bukan muzik yang cikai-cikai/slow-slow itu.Saya ini,hurm.Tidak perlu diceritakan.Cerita lama.Tetapi,apa yang ingin saya tunjukkan adalah perubahan yang dialami saya.

Cuba lihat.Hanya dengan kembali kepada Islam saya berjaya membuang ketagihan saya kepada muzik.

Kerana apa?Kerana saya faham.Yalah.Jika 20 jam waktu saya dihabiskan untuk muzik,saya ini hidup menyembah muzik atau Allah?

Itulah yang saya ingin sampaikan melalui artikel ini.

Hanya dengan kembali kepada ajaran Islam,hati kita boleh tenang.Kerana Islam ini,cara hidup ini,bukan direka oleh manusia.Sebaliknya,cara hidup Islam diturunkan oleh Allah melalui Rasulullah SAW.

Allah itu Maha Pencipta sekalian alam.Pencipta kita.Tentulah Dia tahu baik buruk untuk kita.Kita akan bermasalah apabila kita meninggalkan ajaran dan perintah-Nya.

Selain itu,saya meninggalkan dunia perblogan politik,kerana saya merasakan "Apalah orang-orang tua ni.Dah tua pun nak taksub lagi dengan pemimpin/parti tak habis-habis."

Kini,Pena Maya sudah Dua Tahun Tiga Puluh Hari.Saya harapkan dan berdoa semoga Allah kekalkan saya di atas jalan yang lurus dan benar ini.Dan semoga semangat saya untuk berblog terus tinggi.

Dan kepada rakan-rakan yang mahu berubah,tidak kira anda mahu berhenti rokok atau apa,inilah cara yang terbaik untuk anda berhenti berbuat dosa.

Hanya dengan anda kembali kepada Allah sahaja,anda boleh berhenti melakukan tabiat buruk itu.

Jika tidak,jangan harap kita boleh kekal lama dengan perubahan itu.Kerana nafsu dan Syaitan akan kembali menguasai diri selepas semangat kita pudar.

Jika kita ada iman,Insya-Allah,kita akan berjaya dalam perubahan.

Anda faham bukan?

Kini,berakhir fasa pertama artikel ini.

Fasa kedua bertajuk seperti di bawah.


Sedikit Pandangan Terhadap Dunia Blog Tempatan/Tanggungjawab Berdakwah

Saya sebagai seorang remaja,yang diberitahu bahawa golongan remajalah yang sepatutnya membantu pembinaan umat Islam,amat kecewa dengan golongan remaja (termasuklah diri saya) sekarang ini.

Kami ini :-

Terlalu banyak berhibur.
Tiada ilmu.
Yang kami tahu hanya hiburan.
Pendirian tidak tetap.

Dan sebagainya.Bosan pula menulis banyak sangat.

Kemudian,cuba anda buka ada satu komuniti blogger berbahasa Melayu.

Adeh.

Cuba lihat remaja-remaja kita.

Yang perempuannya,tidak ubah seperti gadis-gadis di Myspace.You know what I mean.

Gadis Myspace adalah gadis yang menangkap gambar dengan posisi sengetkan kepala,muncungkan mulut,bedak tebal-tebal,buat muka secomel habis walaupun tak comel,dan kenyit mata.Kemudian,gambar ini dicrop dan diletak di gambar utama profile mereka.

Cuba lihat dan fikir.

Mereka memakai tudung.Tetapi,apa guna memakai tudung jika tiada perasaan malu?Baju ketat?

Cuba fikirkan.Pijak pada realiti.Jangan tipu diri sendiri.

Adakah ini akhlak Islamiah?

Hurm.

Dan lelaki pula,seperti biasalah,miang dan gatal.Berborak-borak kosong.Hurm.Bosan sudah menulis topik ini.

Tetapi,itulah.

Kita sebagai umat Islam yang ditindas dan selalu disalah-ertikan ini,sebenarnya harus mencari ilmu dan memperbetulkan salah-faham ini.

Ini merupakan tanggungjawab kita.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103:1-3]

Kita yang sedar patut menulis blog sambil berdakwah.Hentikan bergurau senda tidak habis-habis.

Tahukah anda kenapa?

1) Sememangnya tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

2) Bahan bacaan bermutu di dalam bahasa Melayu terlalu sedikit menyentuh tentang Islam.Jika adapun,cuma menyentuh perkara-perkara asas.Tiada penulisan serius.Ajaran sesat pula semakin berkembang.

Jadi,ini semua merupakan tanggungjawab kita.

Penat sudah saya menulis.

Saya rasa anda faham apa yang hendak disampaikan melalui artikel ini.

Maaf jika tersalah bahasa.Artikel ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Supaya diri tidak kembali kepada jalan yang lama.

Ingatlah.Allah,Maha Penciptalah yang menguasai Hari Pembalasan.Tiada siapa yang dapat menolong kita di akhirat kelak jika di dunia ini kita mengabaikan perintah-Nya.

Dan hanya kita yang mampu mengubah diri kita.Katakan ya jika mahu berubah.Katakan tidak jika mahu terus selesa dengan kelalaian.

Jangan buang masa lagi.Kerana bertangguh melakukan kebaikan,hanya membawa kita kembali ke arah kesesatan.

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

5 comments:

  1. salam,
    saya ingat lg kot time first bce blog pena maya..around akhir tahun 2008 kot..time tu slalu follow ape pena maya tulis..
    semua yg kamu tulis reflek blik kt dri saya yg bnyk klmhan ni..thanks for all ideas, and thoughts that u've shared with us..keep on writing..!!

    ReplyDelete
  2. semoga allah redha dgn kamu sahabatku... :)

    ReplyDelete
  3. apakah perkara yang jauh dari kita?
    perkara itu adalah masa lalu
    -imam al ghazali-

    kita x kan mampu utk mengubah masa lalu kita,tp berusahalah kita utk memperbaiki masa dpn kita,dan bertaubat atas masa lalu..insyaAllah kita sama2 berubah..

    "Allah pelindung orang2 yg beriman,Dia mngeluarkn mereka dari kegelapan kpd cahaya"-surah al-baqarah:257

    insyaAllah kita termasuk org2 yg Allah telah keluarkn dari kegelapan..n sama2 kta berdoa moga Allah x memasukkan kita kembali ke kegelapan tu..

    ReplyDelete
  4. Salam br,

    Kita semua pasti melalui zaman jahiliah masing2 kerana kita yang dilahirkan islam ini kurang memappreciate betapa beruntungnya menjadi Islam sejak lahir,malah kita cuba pulak menjadi/terpengaruh dgn orang non-muslim yang cintakan dunia...tapi panjatkan syukur kita kerana Allah masih menyayangi dan memberi petunjuk hidayahNya, kita telah sedar....Alhamdulillah

    Semoga minda kita dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  5. wsalam bro.
    thanks for the comment ..
    sangat setuju dengan anda..
    insya-Allah.
    amin.

    tegurlah saya jika ada salah.

    ReplyDelete