7.5.10

Jika Kita Perbaiki Hubungan Antara Kita Dengan Allah,Maka Insya-Allah Akan Dipermudahkan Urusan Kita Di Dunia Ini Dengan Makhluk (Manusia) Yang Lain (Artikel Mesti Baca).

Assalamualaikum.

Artikel ini mungkin agak panjang.Tetapi,ada ilmu yang boleh didapati insya-Allah.Sila baca sehingga habis untuk mendapatkan mesej yang ingin disampaikan.

Tujuan disuruh membaca sehingga habis artikel kerana sering wujudnya manusia yang tidak membaca artikel,tetapi mengulas artikel itu dengan emosi tanpa memahami mesejnya yang sebenar.

Selamat Membaca.

Hari ini,merupakan hari yang murung dan penuh dengan tekanan bagi saya.Apabila disebut murung,tentulah saya sedang mempunyai masalah bukan?

Pagi tadi,selepas sahaja menunaikan solat Subuh,saya terus tidur kembali.Badan terasa lemah.Mental kehilangan mood beliau.

Konon-kononnya bercadang hendak mengambil cat nap (tidur sebentar),tetapi sedar-sedar sahaja,jam menunjukkan waktu pukul 10 pagi.

Kepala masih pening apabila mula menyedari sudah tertinggal satu kelas.

Heh.Sememangnya manusia tidak sempurna.Baru terkena masalah kecil,sudah menjadi lemah dan layu.

Cerita tidak tamat lagi.

Kemudian,setelah bersiap-siap hendak pergi ke kelas,saya masih merasakan tekanan di dalam kepala saya.Ibarat mahu mengambil vakum dan menyedut keluar segala masalah dari kepala itu.

Sampai di kelas,masih berserabut.

Setelah habis sahaja kelas,sampai-sampai di bilik melihat ada pembaca yang mengulas di Facebook Pena Maya.Dari perbualan itulah membuatkan saya terfikir sesuatu yang akan saya ceritakan nanti.

Mari saya copykan di sini perbualan kami di situ (Mungkin terdapat sedikit perubahan di dalam dialog.Anda boleh baca perbualan asal di sini).

Pembaca yang bernama Siti Khadijah yang saya gelarkan Akak kerana usianya yang lebih tua dari saya ini menulis seperti di bawah ini :
Novel tu jangan la pula lupa untuk dapatkan.. Hurm.. akak hanya nak berkongsi benda baik je dik.. nampak macam adik ni cenderung kepada Islam. Novel tu dikatakan menyentuh keseluruhan hidup kita. Akak kagum dengan Fatimah Syarha.Dia betul2 menerapkan apa y Islam nak dalam kehidupan kita dalam novel tu.. So, secara tak langsung kita dapatla tau cara hidup bgaimana y Islam nak. Sangat berkait dgan adik cara hidup dalam novel tu. Mungkin jg dapat memberi kata2 semangat.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul bukan hanya sekadar bg mereka y ingin berumahtangga. tp sesuai untuk remaja y memg terdedah dengan cinta.

Mungkin hidup ni masih panjang lg, sesuai untuk remaja macam adik, supaya x mudah terpedaya dgan hidup ni. Semoga dilindungi Allah.
Walaupun seperti tiada kena mengena dengan masalah saya,ulasan ini membuatkan saya terfikir sesuatu yang akan saya ceritakan nanti.

Sebelum itu,baca dahulu ulasan saya di bawah ini.
Insya-Allah kak saya balik malaysia nanti saya cari.

terima kasih kak.sesungguhnya hidayah ni Allah bagi kat sape yang dia nak,dan kalau dia taknak bagi hidayah kat seseorang tu,takde sape boleh tolong dia.

kita sebagai hamba-Nya kenalah ikut apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya.

saya sebagai remaja sndiri,memang tak dapat dinafikan,setiap hari ada je dosa-dosa kecil/besar yang saya buat.ya lah nafsu tngh bergelora/jiwa tengah membakar.

tapi kita kenalah sntiasa beristighfar dan bertaubat.kurangkan buat dosa tu.yela.zaman skarang ni banyak sangat fitnahnya.

n satu sbb saya menulis adalah supaya menjadi muhasabah diri dan berkongsi ilmu yang ada.kalau bukan kita,siapa lagi.
sekarang ni budak2 sebaya saya,diorang banyak sangat maen2.pergi majlis ilmu,nak gelak2.lepas abis majlis ilmu,takde satu benda pon yang lekat kat diri kita.

saya prnh dgr "islam mula ganjil,berakhir ganjil".

macam la zaman kita skarang ni.kalau kita buat benda betul ikut islam,mesti punya kita akan dilihat ganjil.tapi jangan risau,Allah akan sentiasa bersama kita orang yang beriman.

Insya-Allah.semoga kita semua dikekalkan di atas jalan-Nya sehingga mati nanti.berdoalah banyak2.

kita skarang ni hdup terbalik.mengutamakan dunia.padahal kalau kita buat kerja kat jalan Allah,nescaya lagi mudah urusan dunia kita.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. [7:96]

panjang pulak saya ulas.smga mndpt manfaat.

Assalamualaikum.
Tahukah apa yang saya fikirkan sebelum menaip ulasan itu?


Saya fikirkan monolog di bawah ini,
Kenapa perlu tension melebih-lebih sebab benda kecil ni je?
Oh,tidak sedap pula penulisan kalau di dalam bahasa pasar seperti di atas.Baiklah.

Saya tulis dalam bahasa rasmi.

Begini,kenapa kita jika ada masalah perlu runsing melebih-lebih terhadapnya?Bukankah setiap masalah itu merupakan dugaan/ujian kepada kita.

Dan Allah tidak turunkan kepada seorang hamba-Nya ujian yang terlalu berat.Sebaliknya,Allah jadikan setiap ujian itu mengikut kemampuan setiap hamba-Nya.

Ini bermaksud,jika anda ada dugaan yang anda rasakan besar,bersabarlah.Sebenarnya,masalah itu anda boleh laluinya.Jangan disebabkan masalah kecil,kita lupakan tanggungjawab kita terus.

Ya.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". [51:56]

Jangan kerana masalah dunia,tumpuan kita hilang sehingga menyebabkan tujuan asal kita diciptakan terganggu.

Ambil contoh mudah.

Kita pada hari ini berada dalam satu sistem kapitalism yang asas binaan sistem ini jika kita renung adalah "takut kepada kemiskinan/takut menjadi papa" yang membawa kita semua kepada sifat tergila-gilakan harta dunia.

Jadi,bekerjalah kita siang malam mencari harta bagaikan boleh dibawa bersama masuk ke dalam kubur.

Kemudian,hendak dijadikan cerita,ada satu ketika ini ditakdirkan kita berhadapan dengan masalah.Kita tension.Dan tension itu kita layan melebih-lebih sehingga hampir 24 jam waktu sehari kita peruntukkan untuk kerja sahaja.

Tanggungjawab beribadat kita tinggalkan.Beribadat yang saya maksudkan di sini bukan sekadar solat lima waktu.

Kita tergila-gilakan dunia.Dalam kepala kita sematkan pemikiran "jika ingin berjaya,mesti memiliki duit yang banyak" sahaja.

Tetapi,sebenarnya kita lupa (atau tidak tahu),sebenarnya cara hidup kita ini salah.

Kita bersembahyang lima kali sehari (paling kurang).Dan di dalam sembahyang kita ada bacakan surah Al-Fatihah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [1:1-7]

Cuba lihat.Kita bacakan setiap hari ayat itu.Kita mengakui betapa lemahnya kita dan hanya kepada Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan.

Tetapi,kita seolah tidak yakin dengan bantuan Allah.

Kita memohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus,jalan orang yang tidak sesat,tetapi dalam masa yang sama kita masih juga memilih untuk mengikut jalan orang-orang yang tiada hidayah.Jalan hidup yang tidak betul.

Kita masih selesa melakukan dosa dan sebagainya.

Perlakuan kita ini samalah seperti "orang yang dihadiahkan kereta besar,tetapi berdegil mahukan basikal tua".

Yang mana ayat di atas ini maksudnya "kita telah mendapat hidayah dari Allah SWT,kita telah tahu jalan yang benar (Islam),tetapi masih lagi kita ragu-ragu akannya".

Kita juga masih lagi memilih untuk berkompromi di dalam mengamalkan Islam.Kita masih lagi mahukan yang salah dari memilih yang benar.

Anda faham tidak apa yang saya mahu sampaikan?Ayat ini agak kompleks.Maaf.Tetapi tiada cara mudah untuk menerangkannya.

Jadi,berbalik kepada cerita saya tadi.

Kiranya boleh dikatakan cerita saya samalah seperti apa yang saya sampaikan di atas.

Apa yang berlaku itu,mungkin saya rasa tidak best.Tetapi,sebenarnya,itulah perkara yang terbaik untuk saya.Dan ada perkara,mungkin saya rasakan best,tetapi mungkin itu adalah satu ujian untuk saya yang jika tersilap langkah,makin lalailah saya.

Selepas menulis ulasan di atas,saya pun mengambil air sembahyang sebentar dan membaca Al-Quran dan tafsirnya.

Saya membaca satu ayat yang berbunyi,

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.[7:96]

Dan juga teringat ayat yang pernah dibaca dahulu,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
". [61:10-13]

Cuba renung.

Sebenarnya,jika kita membuat urusan ibadat/dakwah atau apa-apapun kerja di jalan Allah,semakin mudah lagi urusan di dunia ini.

Jika kita perbaiki hubungan antara kita dengan Allah,maka insya-Allah akan dipermudahkan urusan kita di dunia ini dengan makhluk (manusia) yang lain. (link)

Kini,saya pun pulih kembali dari kecederaan mental yang dialami pagi tadi.

Saya berharap supaya dimatikan di dalam keadaan iman.Sesungguhnya dunia ini sebentar sahaja.Jangan kita kejar dunia ini secara berlebihan,kerana itu semua tidak membawa faedahpun kepada kita.

Yang kekal itu hanyalah akhirat.Dan untuk berjaya di akhirat,kembalilah ke jalan Allah.Kerana hanya Dia yang menguasai hari pembalasan.

Semoga artikel ini dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Cuba renung tafsir Surah At-Takaathur di bawah ini.

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Sehingga kamu masuk kubur.

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
"[102:1-8]

Artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Jika ada salah silap,sila betulkan.

Dan ingatlah,hanya diri kita sahaja yang boleh mengubah diri kita.

Jika mahu berubah,katakan ya,dan cari jalan ke arah kebaikan.Jika tidak mahu berubah,katakan tidak,dan teruskanlah bergelumang di dalam kesesatan.

Tetapi ingat,setiap saat yang berlalu itu bermaksud semakin dekat kita dengan kematian,dan semakin suntuk waktu untuk kita berubah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment