4.5.10

Kisah Anjing,Kucing Dan Alam Sekitar (Manusia Itu Apabila Hilang Agama Dan Akalnya,Kedudukannya Lebih Dahsyat Dari Haiwan)

Perhatian : Sila baca artikel ini (dan tonton juga video di dalamnya) sehingga habis untuk mendapatkan mesej yang ingin disampaikan.

Assalamualaikum.

Di dalam artikel ini saya mahu berkongsikan beberapa kisah untuk kita semua renung dan hayati bersama.

Kita mulakan artikel kita dengan Kisah Anjing.

Kisah Anjing (Hachikō Dan Sibe)

Adakah anda pernah dengar kisah Hachikō?

Jika tidak,mari saya ceritakan serba sedikit tentang kisah benar ini.

Hachikō merupakan seekor anjing comel yang lahir sekitar tahun 1923.Beliau dijumpai oleh seorang Pensyarah.Dan Pensyarah ini kemudiannya membela Hachikō.

Hendak dijadikan cerita,Pensyarah ini sering membawa Hachikō berjalan-jalan ke Stesyen Keretapi berdekatan rumahnya.

Di Stesyen itu,Pensyarah ini menaiki keretapi untuk pergi bekerja.

Hendak dijadikan cerita lagi,Hachikō sering menunggu Pensyarah ini setiap petang dan mereka kemudiannya bersama-sama berjalan pulang ke rumah.

Comel bukan?

Baiklah,cerita disambung lagi.

Satu petang,Pensyarah ini mengalami strok semasa sedang mengajar di kampusnya dan tidak dapat pulang kerana beliau terus meninggal di dalam kelasnya.

Hachikō seperti biasa pada petang itu menunggu tuan (atau lebih tepat lagi rakan karibnya) di Stesyen Keretapi.

Tetapi,Pensyarah tidak muncul-muncul.

Apa yang membuatkan kisah Hachikō ini menjadi legenda di seluruh dunia adalah kerana Hachikō yang tidak tahu akan kematian tuannya itu,terus menerus menunggu tuannya selama 9 tahun setiap hari sehinggalah Hachikō menemui ajalnya.

Sedih bukan?

Tamat kisah Hachikō,Si Anjing Setia yang berasal dari Jepun ini.


Kisah Anjing yang kedua pula adalah mengenai Sibe.

Sibe ini hanya satu watak yang dicipta untuk mewakili haiwan-haiwan terbiar di metropolitan seluruh dunia.Watak Sibe dicipta berdasarkan seekor anjing liar yang saya jumpa pada minggu lepas terbaring di tengah jalan tanpa dipedulikan oleh seorang manusia pun.

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk kisah lanjut.


Harap ada sesuatu yang anda dapat di sini.

Kisah kita yang seterusnya adalah Kisah Kucing.

Kisah Kucing

Saya baru sahaja menonton satu video yang dikongsikan oleh seorang rakan saya di Facebook.



Dalam video di atas,kucing ini cuba menghidupkan rakannya yang telah mati.Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana anda boleh tonton sendiri video di atas.

Anda renung-renungkan.

Kisah ketiga adalah mengenai alam sekitar.

Kisah Alam Sekitar

Kisah Alam Sekitar ini merujuk kepada seluruh alam sekitar.

"Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." [24:41]

Untuk pengetahuan anda,semua makhluk sering bertasbih kepada Allah.

Itulah dia ketiga-tiga kisah yang ingin diceritakan kepada anda.

Anda tentu tertanya-tanya,apakah kaitan ketiga-tiga kisah ini dengan manusia?

Kaitan Dengan Manusia

Kita sedia maklum Allah jadikan kita manusia untuk menjadi khalifah di bumi.

Tetapi,hanya jika kita berpegang pada agama Allah dan menggunakan akal yang dikurniakan.

Masalahnya,di dalam zaman yang kononnya serba moden,kita sering mengabaikan agama dan tidak menggunakan akal yang membawa kita kepada perlakuan kesyaitanan seperti di bawah ini :

1) Kita membuang anak.Tidak pernah didengar oleh saya lagi haiwan membuang anak.

2) Kita marah pada harimau apabila harimau menyerang kampung kita.Tetapi,hakikatnya,siapa yang menyerang kediaman siapa dahulu?Kitalah yang memusnahkan rumah mereka dahulu.Kemudian,apabila mereka (haiwan liar) yang tiada akal itu merayau di sekeliling rumah kita,kita mengamuk menembak mereka.Siapa yang salah?

3) Kita membuang sampah merata-rata dan tidak menjaga kebersihan tandas awam.Buat malu sahaja.Sedangkan kucing pun reti hendak menggali tanah menutup najisnya selepas berak.

4) Kita manusia yang dikurniakan akal pemikiran oleh Allah dengan selamba sering melanggar perintah Allah walaupun tahu akibatnya kelak.Berbeza dengan haiwan yang tiada akal,sering bertasbih kepada-Nya.

Kesimpulan

Kita boleh menjadi lebih teruk dari haiwan dan binatang liar apabila kita meninggalkan agama kita dan bertindak tidak menggunakan akal.

Malah,ada dari manusia yang berani mengaku dirinya Tuhan apabila merasa diri terlalu bijak.

Astaghfirullahalazim.

Kembalilah ke pangkal jalan.Kadang-kala kejahilan kita (kekurangan ilmu) boleh menjadi penyebab kepada kezaliman kita.

Sepatutnya kitalah yang perlu melindungi haiwan-haiwan dan alam sekitar ini,tetapi keadaan sudah terbalik.Kita pula yang memusnahkan mereka untuk memuaskan nafsu selfish sendiri.

Rasulullah SAW bersabda : "Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil."

Semoga artikel yang tidak seberapa ini dapat membuka mata anda.

Contoh-contoh di atas ini hanya sebahagian kecil contoh yang anda boleh lihat dari perbuatan kita sehari-hari.

Sebenarnya banyak lagi point dan isi menarik yang boleh ditulis,tetapi kesuntukan masa menghalang saya menulis lebih panjang.

Sekian dari saya buat masa ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

2 comments:

  1. Salam Pena Maya...
    Artikel ni membuatkan kita boleh berfikir..kalau kita berbuat baik kpd haiwan dan alam sekitar, maka kita akan mendapat balasan yang sepatutnya dan begitulah sebaliknya...apa2 pon kembali pada ajaran Islam dalam setiap perjalanan kehidupan kita...

    ReplyDelete