18.5.10

Mengapa Kita Sukar Berubah?Apakah Puncanya? (Satu Pandangan Peribadi Berdasarkan Pengalaman Peribadi)

Assalamualaikum.

artikel ini saya lebih selesa tulis dalam penulisan santai
yakni tidak formal
tiada perenggan
tiada noktah sepanjang artikel
tiada koma
dan tiada perkara-perkara rasmi itu
jika adapun
mungkin sesekali
bagi menyedapkan bunyi

bukannya apa
ada masa sukar untuk mesej disampaikan
jika ayat yang diguna terlalu rasmi

dan artikel ini juga mungkin ditulis panjang
luangkanlah sedikit masa untuk menghabiskan bacaan anda
selamat membaca!

kita mulakan artikel dengan tafsir surah Al-Fajr
hayati dan fahami maksudnya
kerana sebaik-baik bacaan Al-Quran adalah bacaan yang difahami dan dihayati

Demi waktu fajar;

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Dan malam, apabila ia berlalu; -

Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" [89:1-30]

berubah?
semua orang mahukannya
percayalah
kita semua mahukan hidup,sifat dan peribadi yang lebih elok
kita semua
deep down inside
mahu menjadi hamba Allah yang terbaik
jika tidak terbaik pun
lebih baik
anda tahu apa yang ingin saya maksudkan

sebenarnya saya tahu fakta ini kerana
ada ramai sahabat-sahabat saya
sering berbual dengan saya
meluahkan perasaan masing-masing
bagaimanakah ingin berubah?
bagaimanakah ingin mengekalkan tekad ke arah jalan yang diredhai?

saya juga sebenarnya sehingga kini
masih membentuk diri
yalah
kita semua umat manusia biasa
tidak maksum
sudah pasti perubahan itu berperingkat-peringkat
bukankah begitu?

tetapi yang penting
ada step
yup
pernah dengar orang putih bicara step by step
itulah yang perlu dilakukan oleh kita jika ingin berubah
tetapi masalahnya
kita semua sering salah faham akan perumpaan ini
kita terlalu manjakan diri
sehinggakan tiada step langsung diambil

ya
itu dia
kita sampai kepada point pertama kita
punca mengapa kita sukar berubah adalah
kerana kita mengambil no step
berbanding memilih step by step



mari saya kongsikan contoh
ada seorang remaja X
dia mahu berubah

seperti biasa
tentulah apabila disebut berubah
perubahan itu dari keadaan buruk kepada baik

berbalik kepada remaja X
hendak dijadikan cerita
dia tidak tahu hendak memulakan perubahan dari mana
cadangnya bermula dengan hentikan merokok

tetapi
baru 4 jam berhenti
dia sudah give up
jadi dia berpendapat
dia ini memang sudah ditakdirkan menjadi teruk
jadi dia pun terus terpadam cita-cita

sebenarnya kita tidak boleh begini rakan-rakan
mungkin anda tidak faham cerita ini
tetapi cuba baca lagi

kita ingin berubah
jangan hanya fokus satu perkara dan putus asa bila tidak berjaya
jika terlalu berat untuk kita meninggalkan rokok itu
kita tukarlah dahulu perkara lain
kita jaga dahulu sembahyang kita
kita kurangkanlah dahulu umpat bicara
kita kurangkan dahulu menonton aurat wanita
dan lain-lain

anda faham apa yang ingin saya sampaikan

maksudnya
jika hendak berubah
proses itu mesti berterusan
jangan terhenti

setiap masa
mesti berlangsungnya satu step ke arah kebaikan
kerana
lama kelamaan
perkara lain yang sukar pada mulanya
kelak akan menjadi senang apabila anda sudah membuang tabiat buruk yang lain

konsepnya senang sahaja
anggap sahaja diri anda adalah satu baldi
dan anda selama hidup ini telah mengisi baldi itu penuh dengan keburukan
tiba-tiba
anda ingin menyumbat baldi itu dengan kebaikan serta-merta
dalam tempoh satu hari
anda rasa-rasa boleh tidak?

mana boleh
baldi itu akan pecah
anda akan tertekan
dan mungkin kecundang kelak
dan akhirnya anda akan berkemungkinan menjadi seperti dahulu

saya pernah mendengar
ada sahabat berkata
tetapi tidak pasti pula
dia dapat ayat ini dari mana
jika anda tahu
kongsikanlah

ayatnya berbunyi seperti di bawah ini

Islam ini agama yang keras.Hendak ambilnya,secara slow-slow.Tetapi,berterusan.Nabi SAW pernah bersabda bahawa adalah mustahil untuk seorang manusia berubah secara mendadak dalam satu hari.Ianya mesti berterusan dan Istiqamah

ya
istiqamah
point kedua kita mengapa kita sukar berubah adalah kerana tidak istiqamah

berbalik kepada cerita baldi di atas
bayangkan
jika sehari demi sehari
kita keluarkan keburukan step-by-step dari diri kita
pastilah
step-by-step juga diri kita semakin senang melakukan kebaikan bukan?
lama kelamaan
baldi itu (diri kita) pasti akan terisi dengan perkara kebaikan

indah bukan?

jika sebelum ini jarang membaca Al-Quran
bacalah
hayati juga tafsirnya
lama-lama
anda pasti tertarik buat perkara baik lain pula
dan tinggal perkara buruk lain pula
bukan?

sebenarnya proses ini seperti satu rantai yang panjang
ianya akan bersambungan

tetapi
ada juga masalah lain
apakah ia?

masalah itu adalah persekitaran
ya itu dia
point kita yang ketiga
rakan-rakan dan persekitaran

anda ini sudah lama misalnya tidak menghisap rokok
tetapi
bila pulang bercuti
jumpa rakan

member hulur rokok bai
takkan lu nak tolak macam tu je
sap kok lu


mungkin itu bicara anda
tetapi
jika anda hendak berubah
eh silap
bukan anda sahaja yang hendak berubah
saya juga

okay okay
mula ayat balik

jika kita ingin berubah
kita mesti berkorban sedikit
bukan sedikit
banyak juga

kita mesti bersedia berkorban meninggalkan keseronokan dunia
jika hendak berhenti merokok misalnya
tinggalkanlah rakan-rakan yang merokok

sebenarnya beginilah
jika ingin dipermudahkan cerita

jika anda rasa orang yang anda berkawan itu teruk,
anda lihat,
pengaruh siapa yang lebih besar,
jika pengaruh buruk beliau mengatasi pengaruh baik anda,
sehinggakan bila berkawan dengannya,
akan membuatkan anda kembali kepada cara lama,
jarakkanlah diri dengan beliau,

tetapi,
jika anda rasa pengaruh anda lebih tinggi dari beliau,
jika anda rasa jika anda masih berkawan dengan dia,
dia akan mengikut anda menjadi baik,
jadi teruskan berkawan dengan dia

betul
ini saya alami sendiri dalam hidup ini sepanjang proses ingin berubah ini
saya sekadar menulis untuk mengingatkan diri juga

kemudian
dalam perubahan
janganlah apabila sudah berjaya meninggalkan perkara buruk
hendak try test buat balik
(ini peringatan untuk diri)
yalah
samalah macam jika anda hisap dadah
sudah keluar pusat serenti
anda hendak try balik

haih bai
lu ni
masa kecik
taknak nyusahkan orang
masa besar
baru nak buat kacau
camne ni
?

jika anda berbuat kembali begitu
ibarat tiada gunalah perubahan anda bukan?

dan
point keempat
begini
sebenarnya
benda dalam dunia ni
kalau kita buat/usaha bagai nak rak sekalipun
jika tidak mendapat keredhaan Allah
jika tidak diizinkan Allah
tidak boleh terjadi juga benda tu

apakah maksud ayat ini?

maksudnya

banyakkanlah doa jika benar kita menginginkan perubahan.
mintalah kepada Allah diteguhkan hati kita.
mintalah kepada Allah seberapa banyak kali.
jangan berputus asa.
ada masa seakan-akan doa kita tidak diperkenan,
tetapi sebenarnya percayalah,itu tandanya Allah sayangkan kita.
Allah mahu melihat kita berdoa kepada-Nya.
ingin melihat kesungguhan kita.

jangan putus asa
Allah itu Maha Pemurah,Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat

tetapi ingat
itu bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha
usaha perlu ada

dan
jika kita buat silap dosa kembali
beristighfarlah

Syaitan akan sentiasa menyesatkan kita
jangan lalai
jangan leka

yang seterusnya
point yang kelima
dan mungkin yang terakhir
kerana saya telah penat menulis
adalah
elakkan membuat dosa kecil
ini kerana

Rasulullah SAW bersabda : "Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

yup
beliau sudah give-up hendak sesatkan kita dalam big thing
so,dia pakat buat kecil-kecilan sahaja
tapi
tengok-tengok
kita pula terpengaruh dengan kecil-kecilan itu
makin semangatlah dia berusaha kembali

nampak?
jika tidak pun
cuba ambil cerita baldi di atas
anda buat makin banyak dosa kecil
makinlah baldi anda penuh
habis tu kalau baldi penuh dengan najis keburukan
celah mana hendak sumbat kebaikan lagi?

faham
apa-apapun sebenarnya
kembalilah kepada Allah
jagalah solat kita
kerana apabila kita menjaga solat kita dengan baik
nescaya
senang kita berubah

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [29:45]

itu sahaja dari saya
saya ucapkan selamat berjaya
dan sama-samalah kita berdoa supaya

Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk-Nya kepada kita
Allah mengampunkan dosa kita
Allah memberikan keredhaan-Nya kepada kita
dan Allah mematikan kita kelak dalam keadaan beriman

amin
sekian dari saya
semoga mendapat manfaat

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. salah satunya duduk dalam jamaah yg baik.. :)

    salam perkenalan dari saya, Ahmad, yg juga dalam proses berubah... :)

    ReplyDelete
  2. info yg bgus utk sy ni ^_^
    thnx (:

    ReplyDelete