23.5.10

Mengawal Kemarahan Mengikut Islam,Bagaimanakah Caranya? (Satu Artikel Ringkas Untuk Yang Berfikir)

Assalamualaikum.

Diminta supaya anda membaca artikel sehingga habis untuk memudahkan pemahaman anda.

Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan adalah lebih elok untuk anda menonton video 10 minit di bawah ini.Ini kerana,penulisan ini akan berdasarkan kandungan video di bawah ini.



Baiklah.

Sebelum itu juga,elok diingatkan,artikel ini ditulis sebagai panduan dan peringatan kepada diri saya juga.

Saya sebelum ini merupakan seorang yang panas baran (dan masih cuba untuk mengatasi masalah ini sehingga hari ini).Silap sedikit sahaja,saya sudah merasa kepanasan di kepala.Apabila kepanasan melanda,lahirlah maki hamun.

Hurm.Saya pasti ramai di antara anda sebegini juga.

Tetapi,janganlah berterusan begini.

Kita mesti berbuat sesuatu mengenainya.Dan dari mencuba pelbagai teknik mengawal kemarahan ciptaan manusia yang tidak pernah terbukti keberjayaan itu,baiklah kita mengamalkan teknik mengawal kemarahan yang diajarkan oleh Maha Pencipta kita,Allah SWT.

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.
[42:36-37]

Okay.

Begini.

Apakah kaitan di antara dua ayat di atas ini?

Sabar.Kita bincang satu persatu (semua yang ditulis ini ada di dalam video di atas).

Sebenarnya,semua perkara yang diberikan kepada kita di atas muka bumi di dalam hidup dunia ini,semuanya hanyalah perkakas (utility) untuk memudahkan kehidupan kita di sini sahaja.

Ianya boleh diibaratkan sebagai pembuka tin yang anda gunakan di rumah.Anda hanya gunakannya untuk membuka tin.Tiada orang normal yang berbangga dengan jenis penutup tin yang dimilikinya.Kerana,ianya hanya pembuka tin.

Sama juga dengan perkakas di dunia.Ianya bersifat sementara sahaja.Jika kita menjadi hamba Allah yang baik di dunia ini,kelak di akhirat,kita akan mendapat balasan yang lebih baik.Dan,most importantly,perkara itu adalah kekal.

Ya.Kekal.Dunia ini sementara sahaja.Jadi,tidak perlulah kita tergila-gilakan sangat dengan dunia ini.

Tetapi,untuk percaya (beriman) akan pernyataan ini bukanlah mudah.Kerana,hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang yakin bahawa dunia ini adalah sementara sahaja.Hanya orang yang benar-benar yakin sahaja percaya bahawa setiap perbuatan di dunia akan dibalas di akhirat kelak.

Itu satu.

Apakah kaitan dengan mengawal kemarahan?

Lihat ayat seterusnya.

Balasan-balasan (yang bakal dimiliki di akhirat kelak) ini adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan keji serta apabila mereka marah,mereka memaafkannya.

Haa.

Itu dia.

Baiklah.

Hendak bertenang ketika sedang marah,itu sudah menjadi satu perkara.Tetapi,hendak memaafkan ketika sedang marah.Tentulah lebih sukar.

Jangan bimbang.

Cuba bacakan ayat ini betul-betul.Renungkan maksudnya.Jika tidak faham penulisan saya,tonton video di atas.

Itulah dia tips mengawal kemarahan mengikut cara Islam,cara yang diajarkan oleh Maha Pencipta,Allah SWT.

Memang sukar mengawal kemarahan.Tetapi,ingatlah.Di dunia ini hidup hanya sementara.Paling lama boleh pergi jauh dalam 80 tahun sahaja.Kemudian,selepas 80 tahun itu kita ada apa lagi?Kita sudah mati selepas itu.Duduk di dalam kubur seorang diri.Menunggu Hari Pembalasan.Tiada teman.

Itu belum bicara tentang balasan dan seksa di dalam kubur lagi.Ngeri bukan?But,well,it's a true story.

Jadi,keadaan kita kelak,bergantung kepada perlakuan kita.Dan semestinya rahmat Allah SWT.

Jadi,jika sedang marah,ingatlah ayat ini.Sabarlah.Berpalinglah dari orang yang menjengkelkan itu.

Dan,ingat.Pasti semasa kita sedang marah,akan datang musuh nombor satu kita untuk menghangatkan lagi kemarahan kita.

Siapa musuh itu?

Syaitan.Ya.Itu dia.Syaitan Yang Direjam.

Beliau bekerja menyesatkan kita 24/7 dengan semangat dan disiplin yang sungguh tinggi dengan harapan supaya kita menyertainya di neraka kelak.Berbanding dengan kita yang mudah lalai.Jadi,berhati-hatilah.

Nak-nak waktu tengah marah,pasti kita lemah mudah dihasut Syaitan yang melaga-lagakan kita.

Cara yang paling mudah adalah beredar dari tempat pergaduhan,beristighfar dan memaafkan.Dan,ingatlah.Kita boleh sahaja jika mahu membalas perbuatan orang itu.Perhatikan ayat di bawah ini.

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.


Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
[42:40-43]

Tetapi,ingatlah.Memaafkan itu lebih baik.Dan balasannya lebih baik.

Cuba lihat.

Adakah anda mahu melepaskan nafsu kemarahan yang bersifat sementara itu dan kemudiannya menyesal akibat kemarahan itu,atau anda mahu memaafkan dan mendapatkan balasan,rahmat dan keredhaan-Nya?

Anda fikirkan.

Banyakkanlah bersabar.

Sebenarnya hidup ini,jika makin banyak kita cuba untuk bersabar,makin banyak perkara-perkara annoying muncul.Itu semua hanyalah dugaan.

Percayalah.

Sama jugalah jika anda (lelaki) ingin memelihara pandangan mata anda daripada melihat aurat wanita,pasti dan-dan sahaja lepas itu muncul pelbagai wanita yang jelita.

Tetapi,ingatlah.Dunia ini sementara.Akhirat itu jugalah yang kekal.

Jadi,kesimpulan bagi artikel ini adalah seperti di bawah,

Cara mengawal kemarahan mengikut Islam adalah bersabar dan memaafkan.Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal.Percayalah dengan janji Allah.

Dan renung dua hadis di bawah ini juga,

Nabi SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Anda renung-renungkan.(link)

Satu penulisan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

10 comments:

  1. salam ^^

    juz droppin by to say. jazakallah for posting dis article. ^^ mmg amat2 berguna - moga kita mnjadi di kalangan hamba2 Allah yg pemaaf dan yg berjaya di dunia dan akhirat ^^

    ReplyDelete
  2. i search in google for topic cara megawal kemarahan dari segi islam...and i read ur articel, and i cried. I'm a hot temper person (used to). Now, it's getting better, but saki baki mudah naik angin tu still ada. My major weaknesses, it is so hard to forgive to those people yg buat i marah. i've tried, but it take years....I'm 32 now, n yg paling lama rasa marah still ada dlm hati..22 years..still till now. I was at standard 4 at that time.

    PLease help me....

    ReplyDelete
  3. memaafkan itu memang sukar..tapi ingat.itu lebih baik dari berdendam...itu lebih Allah suka..itu akan menaikkan darjat kita di sisi Allah SWT..

    memang susah untuk memaafkan..saya tahu tentang itu..

    saya juga seorang yang suka marah..

    tapi semalam ada kisah saya nampak yang membuktikan marah ini membawa kesal sahaja ...

    saya akan cuba tulis tentang ini dalam artikel seterusnya..

    insya-Allah

    nasihat saya kepada anda mudah sahaja

    1) bersabar.

    2) jika rasa nak mengamuk amek air smyg,beristigfar.. fikir bahawa orang yang membangkitkan kemarahan itu jahil..so bla je dari situ..

    3) ingat dunia ni sementara..so,biar je diorang...ada saya dengar tanda seorang tu beriman adalah memaafkan ketika paling sukar..itu orang paling kuat..

    insya-Allah saya tulis artikel follow up nanti..

    lepas ni insya-Allah..
    tapi skang saya busy..boleh je berubah.anda banyakkan doa ..

    saya yakin anda boleh!

    ReplyDelete
  4. btw anon,

    terlupa pula saya.ucaplah Alhamdulillah kerana Allah memberi anda kesedaran untuk berubah.itu tandanya Allah sayang kat anda..Allah nak anda berubah..

    jangan risau,nanti saya tulis okay.

    ReplyDelete
  5. http://baikiminda.blogspot.com/2010/01/perlunya-memaafkan-kesalahan-orang-lain.html

    ReplyDelete
  6. As-salam,
    Tuan, sekirany boleh sy ingin meminta izin untuk menggunakan artikel tuan ini untuk kegunaan penulisan tugasan saya. UNtuk pengetahuan sy adalah student HR dan tugasan saya kali ini bertajuk ANger Management. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Silakan.smoga tugasan anda lulus dgn cmerlang.amin.dn smoga ilmu dpt dmanfaat utk islam.

    ReplyDelete
  8. salam ziarah,

    good articel and I love Br Nouman Ali too, enjoy his videos very much. In a process of becoming a better muslimah, may Allah guide us to Jannah. Ameen.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    sy meminta izin untuk copy paste ke ruangan blog sy untuk label tazkirah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Semoga diredai dengan usaha penulisan ini. ameen.

    ReplyDelete