8.5.10

Musim Panas Di Moscow Itu Ibarat Satu Neraka Dunia Bagi Pandangan Mata (Pesanan Menjelang Musim Panas Buat Diri Sendiri Dan Rakan-Rakan Yang Mahu Memikirkannya)

PERHATIAN : Penulisan kali ini mungkin agak santai.Tajuk di atas hanyalah digunakan sebagai metafora penyedap bunyi.Sila baca sehingga habis artikel untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.

Assalamualaikum.

What's up,what's up?The Summer is in the air.

Hari ini suhu di Moscow mencecah 31°C.Sangat panas.

Ibarat mahu tidur siang seperti di dalam cerita Doraemon sahaja.

Tetapi,bukan panas itu yang digelisahkan.

Ada 'panas' lain yang lebih menggusarkan.

Begini,apabila tiba sahaja musim panas,secara automatiklah pakaian-pakaian yang dipakai oleh warga tempatan Russia semakin nipis.

Jika nipis sahaja tidaklah menjadi isu.Tetapi,nipis dan jarang astalavista bebeh.

Wanita-wanita di sini 'berpakaian' ibarat mahu bertelanjang.Maaf jika perkataan ini agak kasar.Tetapi itulah hakikatnya.

Keadaan ini membuatkan saya,sebagai seorang lelaki remaja berumur 20 tahun,yang memiliki nafsu normal agak culture shock sebentar (??).

Ialah.Kita sudah tahu wanita di Russia ini sememangnya lawa-lawa belaka.Faham-faham sahajalah apa yang dimaksudkan saya.

Tetapi,apakah ini bermaksud kita boleh melihat wanita-wanita ini sesuka hati?Adakah ini bermaksud kedatangan musim panas adalah satu pesta untuk kita?

Tidak sama sekali.

Yang haram tetap haram.

Saya menulis ini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan kepada rakan-rakan yang mahu memikirkannya.Jika tidak mahu memikirkannya tidak mengapa.Kerana ada sesetengah orang kadang-kadang,dia rasa diri dia sudah cukup moden dan urban-what's-up-what's-up-you-all.

Sebelum saya menyambung penulisan,mari tonton video singkat di bawah ini dahulu.



Begini.

Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayanglah yang menciptakan kita.Jadi,sudah tentu Dia tahu kelemahan kita.

Dan apabila Dia melarang kita memerhatikan aurat wanita/lelaki lain,tentulah ada sebabnya.

Tahukah anda kenapa?

Mungkin kita tidak pernah terfikir sebabnya.Tetapi begini.

Di dalam dunia ini ada terlalu ramai wanita cantik/jelita/sexy-extravaganza.Dan kita lelaki hanya boleh memiliki 4 orang isteri.Itu jika kita mampu.Jika tidak,hanya seoranglah sahaja untuk kita.

Dan jika kita asyik duduk memerhatikan wanita cantik,kita akan sengsara.Bak kata Siraj Wahhaj di dalam ceramah di atas,

"This time of the year,the heat of the summer,is the WORST time for the good Muslim men.

When will you lower/turn your gaze young man?When?You will be suffer man if you keep looking at them.Why?Because you are a man!"

Atau dalam terjemahannya

"Bilakah engkau mahu memalingkan pandanganmu orang muda?Bila?Kau akan sengsara jika tidak memalingkan pandanganmu dari wanita-wanita ini.

Kenapa?Kerana kau seorang lelaki!Dan di luar sana ada berjuta-juta wanita cantik.Kau tidak akan pernah puas jika kau ikutkan sangat kata hati kau."

Baiklah.Saya admit.Dialog terjemahan di atas ada saya tambah serba sedikit untuk menyedapkan jalan cerita.

Dan saya juga admit,saya tidak sempurna.Saya juga sebagai seorang manusia yang lemah kerap juga mengusha wanita-wanita ini.

Tetapi,sampai bila?

Kita kena ingat.Kita umat Islam.Allah memerhatikan kita.Dan kita kena ingat.Apa yang kita boleh dapat jika kita ikutkan sangat kata nafsu kita?

Ingat.Hidup tidak lama.

Nikmat dunia ini adalah ibarat satu celup air di dalam cawan berbanding dengan nikmat akhirat yang keluasannya tidak terhingga.

Jika kita tidak dapat menahan nafsu di dunia yang sementara ini,kelak di akhirat adakah kita mahu menanggung azab di neraka?

Anda boleh membaca di sini untuk mengetahui keadaan di neraka.Takut bukan?

Ingat.Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita seperti mata ini gunakanlah sebaik-baiknya.Kerana kelak perbuatan kita akan diadili.

Mata kita ini bakal menjadi saksi perbuatan kita mengusha-baek-punya awek-time-summer.Atau awek-di-Facebook.

Ingat.

Saya menulis ini sebagai renungan juga.

Di sini ada beberapa tips untuk dijadikan panduan kepada kita semua dalam melawan nafsu mata yang menjongos-jongos ini.

1) Palingkan pandangan.
2) Banyakkan beristighfar.
3) Ingat,Allah sedang melihat kita.
4) Kurangkan keluar bersendirian.
5) Kerana apabila anda keluar bersendirian,pasti terleka.

Itu sahaja dari saya untuk saya dan anda semua.

Anda (lelaki remaja di Moscow) tipu jika anda kata anda sedikit pun tidak tergoda dengan pakaian wanita-wanita ini pada musim panas.Anda bohong jika anda mengatakan sedemikian.

Tetapi,itulah.Kena banyakkan istighfar.

Baru-baru ini ada khabar berita mengatakan Nasa mengesahkan kemungkinan matahari akan terbit dari Barat menjelang Ogos ini.Benar atau tidak berita ini,Wallahualam.

Tetapi,anda tahu bukan apakah maksudnya jika matahari terbit dari Barat kelak?

Ingat.Masa kian sedikit.Berubahlah.

"Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat sehingga matahari terbit dari barat, maka bila matahari telah terbit dari barat, dan orang-orangpun melihatnya, segera mereka beriman semuanya, pada saat itu tidak berguna iman yang baru, jika dahulunya mereka tidak beriman. Kemudian Nabi SAW membaca ayat 158 surat Al-An’am: “Pada hari tibanya salah satu ayat (bukti) yang telah ditentukan oleh Tuhanmu, maka tidak akan berguna iman yang baru bagi orangnya jika dahulunya mereka tidak beriman" (Bukhari, Muslim) (link)

Renung-renungkan.Kita ini jangan nama sahaja Islam,cara hidup pun kena Islam.Betul tidak?

Ada satu lagi video untuk dikongsikan di sini.



Sekian dari saya.Jangan cakap saya bajet bagus pula menulis artikel sebegini.Artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga okay.

Semoga mendapat sesuatu darinya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

6 comments:

  1. salam pena maya..peringatan yg bagus..teruskan usaha..semoga anda tergolong dlm orang2 yang memperjuangkan agama Allah. amin..

    ReplyDelete
  2. umur bru 20,blaja kt russia,penulisan berunsurkan dakwah..
    ana respek sama anta..
    anta bukan calang2 orang..
    keep up the good work..

    ReplyDelete
  3. @are jim
    terima kasih.

    doakan semoga Allah mengekalkan iman kita semua.dan mengekalkan semangat saya untuk berdakwah.

    hidup zaman sekarang ni seriously,memang banyak sangat fitnahnya.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. di mana2 sahaja, org islam akan di uji, kalau tidak xnamanya umat islam. =)

    cuba lah mai mesir, tak kira musim semuanya,,,ble "BUTA MATA" tgk ladies dia.

    p/s:bukan menggalakkan, saja nak habaq.^_^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,artikel yang bagus,teruskan usaha dalm berdakwah....

    ReplyDelete