22.5.10

Okay Guys.Seriously.Stop The Nonsense,Please. (Apakah Definisi Menjadi Umat Islam Bagi Kita Di Malaysia?)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menonton video di bawah ini.Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan anda menonton dahulu video ini yang panjangnya hanya sekitar 2 minit.



Di dalam video,dipaparkan seorang saudara kita dari negara Germany yang meminta bantuan dana sebagai peruntukan bagi membolehkan komuniti masyarakat Islam di sana membina masjid.

Sebenarnya,bukan untuk membina masjid.Tetapi,membeli sebuah bangunan untuk dijadikan masjid.

Sebelum itu,bagi memudahkan penulisan dan pembacaan,mari kita gelarkan saudara kita dari Germany itu dengan panggilan Ahmad memandangkan kita tidak tahu nama beliau yang sebenar.

Ahmad memberitahu kepada kita di dalam video itu bahawa

Kami umat Islam di sini perlu membina masjid di sini untuk membolehkan usaha dakwah dilakukan.Adalah menjadi tanggungjawab untuk kami umat Islam di Eropah ini untuk berdakwah kerana jika kami tidak menjalankan dakwah,ianya adalah bahaya untuk kami.

Itu merupakan terjemahan langsung daripada apa yang beliau ucapkan.

Tetapi,saya percaya beliau hendak menyatakan ayat sebegini sebenarnya,

Kami perlu membina masjid ini supaya urusan dakwah boleh dijalankan dengan selesa dan sempurna.Kerana kami di Eropah ini umat Islam adalah minoriti.Jadi,adalah menjadi tanggungjawab kami menyebarkan Islam kepada saudara sebangsa kami yang lain.Kerana,dakwah itu merupakan satu kewajiban.Jika kami tidak lakukannya,siapa lagi hendak lakukannya?

Mungkin disebabkan kesukaran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris menyebabkan ayatnya sukar difahami.

Okay.Lihat.Kita sudah mengarut.

Berbalik kepada topik,apa kaitan antara tajuk artikel ini dengan video di atas?Dan apa juga kaitan antara saudara Ahmad dengan penulisan saya pada malam ini?

Begini.

Cuba lihat.

Sebenarnya,di sebalik berjuta-juta konflik dan isu yang melanda umat Islam pada hari ini,masih wujud golongan yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan agama Allah ini.

Bayangkan,duduk di negara Eropah yang mempunyai banyak dugaan dan fitnah,tetapi dalam keadaan yang mencabar ini,saudara-saudara kita dari Germany masih lagi bersemangat untuk membina masjid.

Bukan empat buah masjid yang mereka mintakan bantuan dari kita untuk membina,tetapi hanya sebuah.

Ya.

Mereka hanya mahukan sebuah masjid untuk digunakan.

Cuba lihat dan bandingkan keadaan di atas dengan kita di Malaysia.

Ya.Kita umat Islam di Malaysia yang boleh dikatakan secara kasarnya sebagai manja-tidak pernah bersyukur-suka membuang masa-dan selalu khayal.

Mari saya ceritakan something.

Saya berasal dari Pahang.

Di kawasan tempat saya itu,ramai penduduk Islam.Tetapi,masjid yang ada tidak banyak.Jadi,penduduk di situ sering menggesa kerajaan tempatan membina masjid untuk digunakan.

Bagus niat itu.

Tetapi,menonton video di atas ini,membuatkan saya terfikir sesuatu.

Apakah definisi menjadi umat Islam kepada kita di Malaysia?

Yalah.Seperti yang dinyatakan oleh saya di atas,masjid di kawasan kami itu sudah ada.Cuma tidak besar.Dan pada hari Jumaat kebiasaannya,tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ada.

Hurm,macam mana ek nak tulis ni?Susah pulak nak buat ayat.

Okay.Begini.

Kita mahukan masjid kononnya supaya sempena hari Jumaat tidak sesak.Tetapi,adakah itu sahaja fungsi masjid?Adakah masjid hanya berfungsi menjelang hari Jumaat?

Apa fungsi kita buat masjid besar-besar jika pada hari kebiasaan,hanya dua saf yang dipenuhkan?

Begitu juga dengan bandar-bandar lain di Malaysia.Masjid dibina punya besar dan lawa,tetapi yang datang hanya sekerat dua kebiasaannya.Kononnya masa hendak bina dahulu,kita protes hendak masjid.Tetapi apabila siap,kita tidak gunakan.

Itulah yang buat saya pelik.Apakah definisi menjadi umat Islam bagi kita di Malaysia?Adakah masjid kita sekadar untuk dipampang keindahan kepada pelancong?

Kemudian berbalik kepada isu penduduk di kampung halaman saya sebentar tadi.

Jika mereka katakan kawasan masjid sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ada menjelang Solat Jumaat,bukankah di sekitar kawasan itu ada lebih kurang 4 buah surau yang kebesarannya boleh dikatakan menyamai masjid.

Kenapakah tidak menunaikan solat Jumaat di situ?Bukankah rukun solat Jumaat menyatakan "Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu".

Takkanlah tidak cukup bilangan 40 orang.

(Kedengaran dari belakang suara seseorang memberitahu saya sesuatu)

Apa? 

Oh ya.

Di Malaysia untuk menunaikan solat Jumaat perlu ada **** dahulu.Itu dia.Kerenah birokrasi dan isu setempat yang sering menyukarkan umat Islam di Malaysia.

Hendak saya ingatkan di sini.Islam itu agama yang mudah.Tetapi,kita di Malaysia sering menyusahkan urusan dakwah Islam untuk dijalankan.

Dulu,ada satu isu,hendak berdakwah kena ada **** juga.

Aih?

Sekali lagi membuatkan saya tertanya-tanya,apakah definisi menjadi umat Islam bagi kita di Malaysia?

Sama juga dengan isu kahwin.Hendak kahwin perlu ada majlis beribu-ribu ringgit.Jika tiada,bukanlah perkahwinan.Padahal,matlamat perkahwinan itu salah satunya untuk membanteras maksiat.

Haih.

Cuba lihat video di atas tadi.Punyalah mereka di Eropah bersatu padu hendak menyebarkan dakwah di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam.

Tetapi,kita di Malaysia?Apa kita buat?

Sudah ada masjid,tidak datang masjid.Masjid dijadikan perhiasan.Rela kita duduk di tangga masjid berborak dan mengumpat tentang politik dari mengimarahkan masjid.

Hurm.

Mungkin kerana kita terlalu selesa menyebabkan kita menjadi sebegini.

Kemudian,ada satu lagi sindrom kita umat Islam di Malaysia.

Kita hanya suka bergaduh mulut tentang sesuatu hukum dan mencari kesalahan orang lain.Tetapi,jarang cuba mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Sebelum terlupa,di bawah ini ingin saya kongsikan 10 nasihat Hassan Al-Banna kepada kita semua.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Okay.

Bak kata tajuk di atas,stop the nonsense.

Setakat ini sahaja penulisan saya.Harap anda faham apa yang ingin disampaikan.

Ingat,berdakwah itu satu kewajiban,bukannya pilihan.Cukup-cukuplah kita mengelamun dalam alam fantasi kita.Sedarlah semua.

Nikmat keamanan yang kita nikmati sekarang itu kurniaan Allah.Patutnya kita lebih gigih berdakwah dan mengamalkan ajaran Islam dari mereka yang tidak mendapat kemudahan.Tetapi,realitinya terbalik pula.

Anda boleh baca artikel-artikel di bawah ini untuk maklumat lanjut :

Muslims in Texas,The Story Of Cat Steven & The Assassination Of Malcolm X
- Menceritakan kisah hidup Umat Islam di Texas.

Tanggungjawab Kita Sebagai Umat Islam Abad Ke-21 & Adab Berada Di Masjid
- Menceritakan kisah hidup Umat Islam di Moscow.

Kita Selesa Kerana Kita Tidak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku.Bukalah Mata Anda,Bukakan Juga Minda Anda.Hentikan Merungut Perkara Kecil,Berbuatlah Sesuatu.Anda Mampu Melakukannya. (Isu Palestin)
- Menceritakan kisah hidup Umat Islam di Palestin.

Cuba renung kisah-kisah di atas,tidakkah anda (kita) malu dengan cara hidup anda yang mengaku sebagai umat Islam di Malaysia?Hanya mampu "bangkit" sebagai umat Islam selama dua hari apabila muncul sesuatu "isu" yang tidak patutpun diberi perhatian?

Fikir-fikirkan. (link)

Hold to forgiveness; command what is right; But turn away from the ignorant./Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang yang jahil [7:199]

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

3 comments:

  1. setuju bro..
    benarlah kata2 sesorang yg berbunyi
    "ak x jumpa Islam di negara Islam, tp ak jumpe Islam di negeri bukan Islam.."

    ntah kenapa, zaman skang penganut Islam yang ramai kerap bertelagah sesama sendiri.. tp kalo pergi kt kawasan yang mana penganut Islam tuh dalam bilangan yang kecil, sikap ukhuwah tuh memang jelas depan mata.. ;)

    ReplyDelete
  2. sgt setuju dgn artikel ni. sangat bagus. semoga semua org Muslim yg tgk ni sedar dgn keadaan kita di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    kadang2 rasa sedih dengan keadaan di negara sendiri...terasa nak berpindah je dari sini...bila masuk masjid..air pulak xde..tandas kotor..ruang solat pon kdg2 tak terurus...sedih rasa tgk keadaan masjid yg tak terjaga..

    ReplyDelete