3.5.10

The Purpose For Which We Were Created/Tujuan Kita Diciptakan

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja membaca satu artikel ringkas yang bagus.Tetapi,artikel itu di dalam Bahasa Inggeris.Jadi,saya bercadang untuk menerjemahkannya.

Di bawah ini saya letakkan artikel asal di dalam Bahasa Inggeris,dan juga terjemahan bagi artikel itu.Jika ada keraguan terhadap terjemahan,anda boleh rujuk artikel asal dalam Bahasa Inggeris.

Selamat Membaca!

The Purpose for Which We Were Created

How is it possible that some people can call themselves Muslim yet they don’t pray? Prayer is the second pillar in Islam after the declaration of faith.

If a Muslim is an alcoholic or a fornicator, scholars agree that these sins do not take that person outside the fold of Islam. However, in regards to the prayer, the scholars disagree on this issue as the difference between a Muslim and kufr is the prayer.

Furthermore, often times, people think they are fulfilling their duty of prayer by praying five times a day. However, we are not told to just pray, rather we are told to pray properly. The Quran states, “So woe to the praying ones, who are unmindful of their prayers” (Translation of the Meaning of the Quran, 107:4-5). Subhan’Allah, the one who prays yet is heedless in his prayer is condemned, then what about the one that doesn’t pray?! Many of the scholars of the past held the opinion that if you miss one prayer during its time slot on purpose ONCE, then this is kufr (this is apparently the opinion of the Hanbali madhab). Missing just one prayer outside of its time slot, if it is not kufr, is a major sin (other major sins include the likes of murder, adultery, etc).

The first matter that the slave will be brought to account for on the Day of Judgment is the prayer. If it is sound, then the rest of his deeds will be sound. And if it is bad, then the rest of his deeds will be bad.” [at Tabarani]

Next time you want to delay the prayer out of its time slot because of an exam or a meeting, take a step-back and think what’s more worthy of your time, the purpose for which you were created or anything else? There is no excuse for praying “kaza,” period.

Allah (SWT) states in the Quran, “I created the jinn and humankind only that they might worship Me” (Translation of the Meaning of the Quran, 51:56).



Tujuan Kita Diciptakan (Terjemahan)

Bagaimanakah mungkin untuk seseorang menggelarkan diri mereka Muslim (Orang Islam) tetapi mereka tidak menunaikan sembahyang?Walhal bersembahyang lima waktu itu adalah rukun yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah dalam Rukun Islam.

Jika seorang Muslim itu adalah alkoholik atau penzina,ilmuwan (ulama) bersependapat bahawa dosa-dosa ini tidak menjadikan seseorang itu keluar daripada Islam.Tetapi,dalam kes sembahyang,ilmuwan (ulama) tidak bersetuju kerana perbezaan seorang Muslim dengan seorang Kafir itu adalah sembahyangnya.

Ramai dari kita sering menganggap bahawa kita telah melakukan/menunaikan kewajiban kita dengan menunaikan solat lima kali sehari.Walaubagaimanapun,kita tidak hanya disuruh bersolat,tetapi kita disuruh bersolat dengan sempurna.

Al-Quran menyatakan "(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya "[107:4-5]

SubhanAllah!

Sedangkan seseorang yang bersembahyang tetapi di dalam keadaan yang lalaipun adalah terkutuk,bagaimanapula dengan seseorang yang tidak bersembahyang langsung?

Ramai sarjana/ilmuwan/ulama Islam dari masa silam berpegang pada pendapat bahawa jika anda meninggalkan satu kali sembahyang pada waktunya dengan sengaja,ini boleh membawa kepada kekufuran (Ini adalah pendapat Mazhab Hanbali).Meninggalkan hanya satu watu sembahyang pada waktunya,jika tidak membawa kepada kekufuran pun,ianya tetap menjadi dosa besar (dosa-dosa besar yang lain adalah pembunuhan,zina dan lain-lain).

"Amalan yang mula-mula dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, Jika solatnya baik, baiklah keseluruhannya. Tetapi jika solatnya buruk, buruk semua umatnya”.[At-Tabarani]

Selepas ini jika anda mahu meninggalkan solat pada waktunya hanya disebabkan peperiksaan/mesyuarat,anda berundurlah setapak dan fikirkan sejenak apakah yang lebih berbaloi untuk dilakukan,tujuan asal anda diciptakan atau perkara-perkara lain?Tidak ada alasan untuk meninggalkan sembahyang dengan sengaja.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56]

Kesimpulan : Anda renunglah artikel ini.Dan sampaikan kepada saudara/rakan anda.

Untuk artikel lain yang menyentuh tentang isu ini,anda boleh baca di link ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment