19.5.10

Realiti Semasa : Kita (Umat Islam Di Malaysia) Sebagai Juara Berhibur Antarabangsa & Cadangan Alternatif Bagi Menyelesaikan Masalah Yang Agak Kronik Ini (Satu Penulisan Berdasarkan Fakta Dan Pemerhatian)

Assalamualaikum.

Mungkin fakta ini (rujuk tajuk di atas) sudah lama diketahui,tetapi dengan penemuan yang terbaru (tidaklah baru sangat),makin bertambah kuatlah fakta ini.

Dan diingatkan juga,mungkin ada pihak yang apabila selesai membaca (ataupun hanya baca tajuk) akan mengeluarkan hujah-hujah untuk menafikan kenyataan.

Dan sekali lagi diingatkan,fakta ini hanya memeranjatkan anda yang mahu berfikir.

Masih tidak faham?Lihat gambar di bawah.Dan klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.



Kita ulas satu persatu gambar bagi memudahkan pemahaman anda.

Kita rujuk dahulu gambar yang pertama,Carta Trafik Bagi Facebook 1.

Di bulatan yang pertama (bertanda huruf 1) di dalam gambar,kita dapat lihat di situ dinyatakan Carta Traffik Alexa bagi Facebook peringkat global adalah di tempat kedua di belakang Google yang berada di tempat pertama.

Ini bermaksud,dalam bahasa pasarnya,Facebooklah laman web yang paling ramai dimasuki orang selepas laman web Google.

Itu logiklah.

Kemudian kita lihat bulatan yang kedua (bertanda huruf 2),dinyatakan bahawa pengunjung yang paling ramai mengunjungi Facebook bukanlah berasal dari negara Amerika Syarikat.Ini kerana,pengunjung dari Amerika Syarikat hanya menduduki tempat kedua dalam menyumbang traffik untuk Facebook.

Pelik bukan?Mengikut logik realitinya,sepatutnya Amerika Syarikatlah yang menjuarai Traffik bagi Facebook.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya,negara apakah yang berada di tempat pertama dalam menyumbang Traffik ke Facebook?

Perancis?Jepun?Korea? atau negara apa?

Jawapannya boleh kita lihat dalam gambar kedua,Carta Traffik Bagi Facebook 2.

OMG!

Negara yang menjuarai carta penyumbang Traffik ke Facebook adalah Indonesia,Malaysia,Filipina dan Singapura.

Mereka bersama-sama berkongsi tempat.

Ho yeah!

Itu mungkin reaksi pertama yang direaksikan jika tiada pemerhatian kritikal lanjutan dilakukan selepas itu.

Jika ada pemerhatian kritikal lanjutan yang dilakukan selepas melihat gambar itu,reaksi yang akan dihasilkan akan berbunyi Astaga.

Okay.

Mari kita buat pemerhatian bersama-sama dari kedua-dua gambar ini.

Adalah lebih menarik jika pemerhatian dibuat dalam bentuk point.Mari baca bersama.

1) Dilihat secara mendalam carta ini,kita dapat lihat satu persamaan antara keempat-empat negara ini.

2) Mereka semuanya adalah negara yang jika dicampurkan semua penduduknya,majoritinya adalah masyarakat Melayu.

3) Okay.Itu masih pandangan secara kasar.

4) Kita dalamkan lagi pemerhatian.Boleh dikatakan majoriti dari masyarakat keempat-empat negara ini,beragama Islam jika dijumlahkan kesemuanya.

5) Dan jika difikirkan lagi,takkanlah penduduk minoriti di keempat-empat negara ini boleh menyumbang traffic sebegitu banyak.Pastilah ianya perlu melibatkan penduduk majoriti keempat-empat negara juga bagi membolehkan mereka bersama-sama 'menjuarai' carta Traffik ke Facebook ini.

6) Yang bermakna,tanpa kiraan matematik khusus,bolehlah dikatakan,lebih 50% manusia yang menyumbang kejuaraan ini terdiri daripada mereka yang beragama Islam. (Ingat,jumlah penduduk Indonesia amat ramai dan Indonesia merupakan negara yang paling ramai bilangan umat Islamnya di seluruh dunia).

7) Dan,kita tahu bahawa internet merupakan sumber hiburan penting dalam dunia moden pada hari ini.

8) Menjuarai traffik Facebook yang ranking Alexanya berada di tempat kedua,samalah dengan menjadi Juara Berhibur peringkat Antarabangsa.

9) Ialah.Siapalah yang hendak pergi bukak Google 24/7.

10) Yang menunjukkan,umat Islam Malaysia (kita fokuskan Malaysia pula) memang suka berhibur.Dan kita memang sedang leka.

Inilah buktinya.Lihatlah dunia.Betapa mudah kita dilekakan.

Kita kena ingat,negara kita kecil berbanding dengan Indonesia.Tapi,kita berkongsi tempat dengan mereka.Bayangkanlah betapa agaknya tinggi traffik masuk ke Facebook dari Malaysia.

Dan negara kita lebih 50% penduduknya adalah umat Islam.

Ini semua hanya membuktikan kebenaran artikel ini sahaja.

Apakah yang patut kita lakukan?

Sebenarnya,fakta ini merunsingkan kerana realitinya,70% dari penggunaan Facebook sehari-harian bukannya untuk kebaikan.

Memanglah ada orang yang menggunakan Facebook sebagai medium dakwah.Tetapi,keadaan itu adalah minoriti dalam minoriti.

Pijak pada realiti.

Kita tahu apa yang kebanyakan dari kita buat di Facebook sehari-hari.

Kita membuang masa dan berhibur kosong.

Hendak bercerita tentang keburukan Facebook,banyak sebenarnya.Anda boleh baca di laman web Ustaz Zaharuddin di link ini.

Sedarlah.

Kita sudah diberitahu hakikat agenda konspirasi dan sebagainya.

Tetapi,fakta ini menunjukkan bahawa ramai lagi di antara kita sebenarnya masih tidak sedar.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”:- (Riwayat Abu Daud )

Fakta ini membuktikan hadis ini.

Astaghfirullahalazim.

Cakap hendak boikot Israel dan sebagainya,tetapi kitalah yang sebenarnya semakin hari semakin dicucuki jarum minda.

Lemah dan pasrah tidak melawan kembali ancaman mereka terhadap minda kita.

Sekadar memetik lagi kata-kata seorang sahabat di blognya,

People tend to think that the end of the world is near, but death is nearer.

Kematian itulah perkara paling dekat dengan kita.

Okay.

Bosan berbicara tentang ini.

You got the point already.

Sebenarnya,ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.Yalah.Memandangkan kita terlalu suka online,ada baik kita bertukar dari online sambil berhibur kepada online sambil menambah ilmu.

Di bawah ini,saya senaraikan beberapa laman web yang boleh anda lawati selain Facebook.

Ummah's Best
Laman web ini merupakan Digg versi Islamik.Seriously banyak artikel yang membuka minda boleh anda baca di sini.

Peace Tv
Laman web ini merupakan saluran TV internet 24 jam yang memaparkan rancangan-rancangan Islamik.Pelajar di luar negara sepatutnya ambil kesempatan dari internet yang laju untuk melayari laman web ini.Yalah.Pelajar luar negara itu harapan bangsa.Tetapi,jika pelajar di luar negara sendiripun suka khayal membuang masa,hurm sahajalah.

Halal Tube
Ini merupakan Youtube versi Islamik.

Dan sebenarnya banyak lagi laman web yang bagus.

Mahu tidak mahu sahaja.

Semoga dengan pendedahan ini membuatkan anda berfikir.Cukup-cukuplah kita berhibur.Cuba fikirkan.Baik internet,televisyen dan radio,semuanya kita gunakan untuk berhibur.Adakah ini tujuan kita diciptakan?

Ingatlah.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Janganlah kita leka lagi.

Saya akhiri penulisan saya dengan satu lawak jenaka sindiran yang diambil dari blog seorang rakan blogger.

Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeza harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.

Jawapannya : Otak ini otak orang Melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.

Jika tidak tersindir juga,maaf.Anda perlu lakukan sesuatu.

Sekian dari saya.

Artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Buang yang keruh,ambil yang jernih.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


12 comments:

  1. Salam.

    Tuan, lps ana solat td (sblm ana menemukan laman blog artikel tuan ni) ana ada terfikir pasal benda ni. Ana yakin,ini mungkin Allah nk buka sesuatu pd ana dan sesiapa yg menyedari hakikat ini.

    Benar, lepas baca taklim td pun ana ada terfikir,mungkinkah ini suatu kebetulan krn apa yg ana baca dlm taklim td pun mengenai sptmana yg ana terfikir utk umat kita zaman kini.

    Ana terdetik krn ana terasa 'virus wahan' yg pelik ni semakin menguasai diri ni jugak.

    Apatah lagi ana terkejut,tidak kira manusia apa dah kt dunia ni hampir semuanya ada 'fb'...

    Hatta seorg nenek tua sekalipun. Menyedihkan!

    Memang alasan semua org :
    "dpt menghubungkan kita dgn kwn2 lama..."
    "dunia kini kan tanpa sempadan..."
    "semua org ada,jd aku pun kena ada..."

    innalillah! takut hadapi kenyataan ni.

    Ya,ana baru terdetik slps solat td utk tulis artikel pasal ni.

    Tiba2 klik pada rakan blog,ana temui blog tuan tlh bicara ttg ni.

    Ana bersyukur,ni semua kerja Allah.

    Allah nak beri kesedaran pd seseorang utk menyedarkan org lain.

    Bukan semua org dapat nikmat pengetahuan ni.

    Syukru LILLAH.

    Ya,benar firman Allah :
    "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
    kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

    Sekarang ni kita blh lihat dalam diam kita disuntik virus tanpa kita sedari.

    Pihak yg mewujudkan laman hiburan "fb" tersebut memandang kita umat islam sambil ketawa sinis melihat telatah kita.

    Kasihan umat kini.

    Nabi s.a.w pun menangis melihat kita.

    Apa2 pun teruskan perjuangan tuan dlm pembicaraan tajuk ini.

    Jika tidak ada yg menyokong atau belum menyokong lagi, ana hamba Allah yg lemah lg dhoif akan menjadi org pertama yg menyokong tindakan tuan!

    Ini kerana apa yg berlaku pada ana hari ini adalah singkapan dari Allah utk menjentik kesedaran supaya wasilah yg diberiNya ini disebarluaskan sbg peringatan pd hamba2nya yg alpa.

    Sekian ana insan lemah lg dhoif.

    Doakan Allah meletakkan kita sama2 sentiasa berada di atas jalan hakNya.

    Amin ya Robb!

    Wasalam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    saya sering berniat semasa menulis,supaya Allah buat ada orang faham dengan penulisan saya.

    tidak perlu ramai.

    seorang yang sampai msg penulisan saya padanye betul2,adalah lebih baik dari ada 1000 pembaca yang hanya baca untuk promote blog.

    betul2

    saya bersetuju dengan komen anda (izinkan saya gelarkan diri saya saya)

    saya baru sahaja baca satu artikel semalam,tentang forum penduduk luar negara mengenai malaysia.

    eh silap,forum foreigners di malaysia.

    ada komen menyebut macam ni

    "orang melayu (baca : orang islam) kat malaysia ada satu simptom,diorang suke melepak lame2 .saya tak paham kenapa perlunye orang berborak tiap2 hari dgn orang yang same berjam2.simpati saya dgn masa"

    haih..
    lihatlah.

    kita semakin meninggalkan akhlak islamiah.
    memang benar.
    zaman sekarng hidup terlalu banyak fitnah.

    patutnya kita yang jadi contoh yang baik tnjuk kat orang bukan islam.

    ini orang bukan islam lagi baik dari kita kadang2.

    hurm.

    apa2pon
    terima kasih kerana komen,

    banyak boleh diperkatakan mengenai tajuk ini.

    tetapi tidak mengapa.

    janji kita sudah sedar Alhamdulillah.

    apa yang penting sudah tiba masanya kita melaksanakannya.

    sudah cukup kita jadi umat yang hanya berceramah.

    kita baiki dulu diri kita sekarang.kejayaan memang mengambil masa.tetapi percayalah janji Allah bahawa Allah akan bersama dgn orang beriman.

    kemenangan itu milik orang beriman.bila ,bagaimana dan dimana? itu semua jawapannya pada Allah.kita sebagai hamba,lakukan apa yang diperintahkan-Nya,tinggalkanlah larangan-Nya.

    jangan melebih2.

    Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

    ReplyDelete
  3. salam...

    baru tahu yang malaysia ni banyak meluangkan masa dengan FB...aiseyh..apa nak jadi...tak sangka negara kecil macam kita ni merupakan kuasa besar dalam menggunakan FB

    ReplyDelete
  4. salam pena maya..
    sangat terkesan bila membaca entri ini...memang betul FB seolah-olah telah mengeluarkan satu virus yang mana semua orang mesti ada membuka satu akaun tidak kira muda atau tua..berdasarkan pemerhatian saya, walaupun FB ni dikatakan boleh menjadi medium untuk berdakwah tapi penggunaannya lebih kepada yg kurang baik...terutamanya bhgian pemberi komen...ramai yg suka memberi komen dlm bentuk perkataan yg krg sedap dibaca (dlm erti kata lain, mencarut)...kalau kamu pengguna FB, boleh tgk sendiri senario ini..insyaAllah,cuba untuk berubah..berubah mmg senang tapi untuk mengekalkan perubahan itu sgt susah...semoga Allah memberkati perubahan ini...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum semua.
    walaikumsalam juga semua.

    @naihusna
    saya ada fb,tp hnye digunakan untk mnguruskan page pena maya

    http://facebook.com/penamaya

    yg laen2,sy tk gne,sbb ianya sangat karut.

    saya doakan anda berjaya dalam perubahan.smoga Allah memberi petunjuk jalan lurus kepada kita,dan orang yang ingin mencari kebenaran dan cahaya.

    amin.

    assalamualaikum dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  6. sejauh mana kt dpt menggunakan fb sebagai medan dakwah?
    btul ckp penulis..hanya minoriti dalam minoriti..

    ade jgk kerana sebab utk tgk perkembangan kwn2..tgk kwn couple,lalai,ckp perkara yg ntah ape2..tp mampu ke kt tegur mereka??
    hanya tgk..dan mampu beristighfar dan mengeluh..hingga pada akhirnya kt sendiri rasa sesak di dada..tgk kesalahan kwn2 tp x mampu tegur..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah. syukran atas perkongsian fikrah duhai pena maya. moga Allah berkati amalmu dan never give up menulis ya!

    ReplyDelete
  8. Dn sejauh mn fb dpt mengekalkan ukhawah dh unity? Adkh ckup dgn like/join page/ak-komen-kau-kau komen-ak?
    Byk y lari dr realiti

    Thanks for the article.. So true.. couldnt agree more.
    Salama'laik

    ReplyDelete
  9. itulah.
    setakat berbalas2 komen,tak bawak ke mane.
    banyak dari kita share artikel dekat fb tentang itu tentang ini,tapi lepas kita share,apa kita dapat?sama jugak.kita still tngok movie korea.puji gadis korea comel.

    hurm..

    maybe peringkat student yang kita boleh buat berdakwah melalui blog/penulisan kerana masa yang terhad.

    tetapi apabila habis belajar,adalah menjadi tanggungjawab kita berdakwah secara real.

    bukan lah berdakwah tu maksudnya masuk tabligh etc2 sahaja,kembangkan minda.

    contohi umat islam di eropah dan us dalam menjalankan dakwah.

    mereka menjadi minoriti yang kuat.

    Assalamualaikum,Selamat Beramal.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..

    terima kasih kepada pena maya. banyak input yang saya dapat. saat ini saya dapat rasakan betapa banyaknya masa yang saya dah habiskan dengan facebook. tiba2 saya terdetik, sampai bila saya nk buang masa? saya teringat fieman Allah dlm surah al-Asr, demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..

    masyaAllah, tak terkira rasanya kalau dihitung betapa ruginya saya. semoga detik ini menjadi titik permulaan kepada saya untuk mengubah diri saya. amin.

    ReplyDelete
  11. insya-Allah.
    amin.
    smoga kita semua dikekalkan di atas jalan yang lurus.
    dan mati dalam keadaan beriman hendaknya.
    insya-Allah.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum semua
    ini ada link untuk padam facebook

    http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

    dan ini http://www.facebook.com/group.php?gid=16929680703

    ini semua permanent padam

    ReplyDelete