17.6.10

Apakah Tujuan Kita Hidup (Diciptakan)/Mengapakah Kita Patut Menyembah Allah? - Satu Lagi Artikel Mesti Baca Dari Pena Maya

Perhatian : Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.Bimbang jika membaca separuh jalan,anda tidak mendapat mesejnya.Bukankah rugi?

Assalamualaikum.

Saya yakin persoalan di atas sering bermain di dalam kepala kita semua.Termasuk saya.Dan Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan dengan izin Allah SWT membaca satu artikel format PDF.Artikel ini sememangnya bermanfaat.Tetapi ianya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.

Anda boleh membacanya di sini.

Berbalik kepada cerita kita tadi,semasa membaca artikel itu membuatkan saya sedikit sebanyak terfikirkan sesuatu yang kemudian saya kaitkan dengan persoalan di atas.

Insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya menulis tentang perkara ini di dalam artikel ini.Semoga Allah memudahkan urusan saya berkongsi ilmu ini dengan anda.Dan semoga kita semua dapat memahami penulisan saya ini dengan mudah.

Pertama sekali,saya ingin melakukan penerjemahan bagi artikel yang saya baca itu di dalam Bahasa Melayu dahulu.

Ini supaya orang yang tidak mahir berbahasa Inggeris turut sama dapat menerima ilmu ini.Itulah tanggungjawab kita yang pandai berbahasa Inggeris.Supaya ilmu yang kita dapat itu,kita terjemahkan pula ke dalam bahasa tempatan.Barulah ilmu itu berkembang.Jangan makan seorang sahaja bahasa kasarnya.

Apa-apapun,Selamat Membaca!Jika ada salah info saintifik,maaf.Tetapi,anda tahu apakah tujuan artikel ini diterjemah dan ditulis.Kan?

Allah And His Amazing Universe (Must Read Until The End)/Allah Dan Ciptaan-Nya (Artikel Mesti Baca)

Assalamualaikum.

SubhanAllah!Maha Suci Allah!

Allah telah menciptakan kita dengan mata,telinga,tangan dan deria-deria lain yang membolehkan kita membuat banyak perkara hebat di dalam hidup ini.Syukur kepada-Nya.

Manusia sejagat telah membina bangunan tinggi,kapal terbang pejuang tentera,kapal angkasa dan banyak lagi perkara menakjubkan.Kita melihat ke bawah kita (tanah),kita melihat habuk-habuk,tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan kita.Hidupan-hidupan kecil di sekeliling kita ini membuatkan kita merasakan perkara-perkara yang kita ciptakan itu sudah cukup "besar" dan "menakjubkan".Dan akhirnya sebagai manusia,kita mula merasakan diri kita sudah cukup "besar,hebat dan perkasa".


Kemudian kita melihat di sekeliling kita dan kita melihat tanah yang luas,gunung yang besar dan lautan yang dalam.Kita mula sedar betapa besarnya bumi ini.Bila kita berada di atas/kaki gunung,atau berada di pantai lautan yang terbuka,kita merasa rendah diri dengan kebesarannya.


Kita kaitkan kebesaran bumi,laut dan gunung-ganang di sekeliling kita dan membandingkannya dengan saiz diri kita.Kita pandang pula ke atas langit.Kita lihat planet-planet dan bintang-bintang.Sungguh banyak dan bergemelapan mereka bersinar.

Dan kita bertanya,adakah Bumi ini perkara/benda paling besar wujud?

Semestinya tidak.Allah Maha Besar menciptakan Planet Jupiter,dengan kebesaran 1300 kali ganda dari bumi!


Gambar di atas ini menunjukkan imej skala sebenar yang menggambarkan perbandingan antara saiz Bumi yang kita diami ini dengan planet Jupiter,1300 kali ganda kebesarannya!

Adakah sesuatu yang lebih besar dari Jupiter?

Sudah semestinya!Matahari adalah berkali ganda lebih besar dari Jupiter.Matahari mempunyai diameter lebih kurang 1,392,000 kilometer (865,000 mi).Lihat gambar di bawah ini dan anda akan sedar betapa besarnya Matahari ini jika hendak dibandingkan dengan Bumi yang kita diami ini.


Gambar di atas menunjukkan perbandingan skala sebenar antara Bumi dengan Matahari.Tetapi,adakah sesuatu yang lebih besar dari Matahari?

Sudah semestinya,yes of course!

Bintang Antares mengalahkan saiz Matahari kita.


Gambar di atas menunjukkan perbandingan antara kebesaran Matahari (titik yang sukar dilihat di dalam gambar) dengan bintang Antares.


Gambar di atas menunjukkan Antares dibandingkan dengan Arctus dan juga Matahari.

Gambar di atas,membandingkan saiz skala sebenar antara Matahari,bintang Arcturus dan bintang Antares.Garis putus-putus mewakili pusingan orbit keseluruhan Marikh (227 Juta Kilometer) manakala bagi Antares adalah 300 Juta Kilometer!

Bintang yang lebih kecil di sisinya adalah Arcturus.Ianya menghampiri 20 Juta Kilometer.Dan Matahari kita pula diwakili oleh titik kecil di bahagian atas.Jika Antares itu diletakkan di tengah-tengah Sistem Solar kita menggantikan Matahari yang kita ada sekarang,permukaan luarnya akan berada antara planet Marikh dan Jupiter.

Besar bukan?

Jadi,adakah bintang lain seperti Antares,atau hanya ia satu sahaja?

Sememangnya banyak lagi bintang-bintang yang lebih besar dari itu.


Gambar sebenar menunjukkan sebahagian kecil dari awan yang terdiri dari bintang-bintang yang terlalu banyak untuk dikira - hatta bintang gergasi seperti Antares,kelihatan kecil.

"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. [37:6]

Segala puji bagi Allah kerana telah menciptakan langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang seperti Antares.Tetapi,adakah sesuatu yang lebih besar dari Antares?

Semestinya!


Gambar menunjukkan Bintang VY Canis Majoris.

Gambar menunjukkan perbandingan antara Matahari kita dengan Bintang yang terbesar pernah dijumpai di Alam Semesta.Ianya memerlukan 7,000,000,000,000,000 (7 quadrillion) Bumi untuk mengisi satu VY Canis Majoris!

SubhanAllah!Segala puji hanya bagi Allah,fikiran saya secara jujurnya merendah diri dengan perbandingan ini.Saya tidak dapat membayangkan kebesaran nombor itu.

Tetapi,adakah sesuatu yang lebih besar dari VY Canis Majoris?

Semestinya ada!


Gambar menunjukkan Pulsar.

Baru-baru ini,para saintis telah menemui kewujudan Pulsar.Pulsar ini terdiri dari kuasa magnet yang tinggi,bintang dengan neutron yang berputar akibat dari radiasi.Radiasi mereka ini hanya boleh diperhatikan melalui...

Tiba-tiba,saya malas pula hendak menafsirkan teks artikel ini.Boleh tak kita letak gambar sahaja dan saya ulas sedikit-sedikit?

Haha.Betul.Bukan malas sebenarnya.Panjang sangat kot teks dia.Saya letak gambar sahaja okay?

*Okay* (Kedengaran suara dari belakang)



Gambar seterusnya menunjukkan The Burning Sun/Matahari Terbakar.Ianya lebih dekat dengan kita berbanding Pulsar.

Sebelum penurunan Al-Quran,tiada seorang manusia pun tahu hakikat kejadian Matahari itu bagaimana,tetapi Allah SWT menceritakan di dalam kitab Al-Quran tentang perkara ini.

"Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? [78:13]"

Adakah perkara yang lebih besar dari objek ini?

Sudah Semestinya!

Bla,bla dan bla.Anda boleh baca tentang perkara ini di link ini,atau ini,atau ini.

Ini kerana ada lebih kurang 40 muka surat lagi perlu saya terjemahkan.Haha.Banyak sangat.Tak larat.

Okay.

Tamat terjemahan di atas.

Tetapi,apa yang perlu anda tahu adalah,perkara-perkara di atas ini,bukanlah perkara yang paling besar yang ada di alam semesta ini.Banyak lagi perkara yang paling besar ada di luar sana.

Kita ini manusia hanya sedikit sahaja yang mampu kita tahu tentang alam semesta kita.

Dan apakah yang paling besar?

Allah SWT yang Maha Pencipta Sekalian Alam inilah yang paling besar di dunia ini.

Dialah Tuhan Sekalian Alam.Dialah Maha Pencipta,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cuba fikirkan hakikat diri kita ini yang kecil sahaja.Insaflah.Itu sebab banyak kali disebut di dalam Al-Quran ayat tentang kekuasaan Allah.Itulah penting kenapa sesekali kita perlu merenung ke atas langit,dan berfikir.Melihat kekuasaan Allah!

Barulah keinsafan itu boleh datang pada diri kita.Jangan terlalu riak dan bongkak dengan diri sendiri.Kita perlu saling mengingatkan manusia yang lain tentang hakikat ini.Faham?

Baiklah.Berbalik kepada persoalan kita,kenapakah kita perlu menyembah Allah SWT?Dan apakah tujuan kita diciptakan?

Jawapan yang saya dapat dari video ini yang pernah saya tulis tentangnya tidak lama dahulu adalah,

"Kita menyembah Allah SWT kerana Dia patut untuk disembah.Dialah yang menciptakan sekalian alam ini.Kita ini ciptaan-Nya."

Disebutkan juga di dalam video ini tentang satu kisah.

Kisahnya berbunyi begini,semasa hari akhirat nanti,ketika Malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri,antara perkara terakhir yang disebutnya adalah "Aku merasakan ibadatku terhadap-Mu masih tidak cukup Ya Allah".

SubhanAllah!

Bayangkan.Malaikat-malaikat yang 24/7 beribadat kepada Allah dari dahulu lagi,tetapi pada hari kiamat,mengatakan bahawa ibadat mereka masih tidak cukup kepada Allah!

Bayangkanlah!

Ini bermakna Allah sememangnya patut disembah.Dia yang menciptakan sekalian alam.

Tentu ada yang berkata,kenapakah begitu?Saya menonton video ini pula dan saya mendapat jawapannya.

Di dalam video kedua ini,penceramah itu menceritakan satu kisah.

Satu hari,dia memandu kereta dan dia terserempak seorang budak sekolah sedang hendak menyeberang jalan bersama rakan-rakannya.Kemudian,ada seorang guru menekan-nekan kepalanya menyuruh dia berjalan secepat mungkin kerana kenderaan banyak di atas jalan raya.

Tidak semena-mena,budak itu menjerit "Stop it!Kau bukan ayah aku!".

Nampak tidak sesuatu dari sini?

Begini.Sedangkan budak kecil yang berumur tidak sampai 10 tahun pun tahu bahawa hanya ibu bapa mereka yang boleh menyuruh mereka membuat itu dan ini.Kerana apa?Kerana mereka tahu ibu bapa mereka ada hak untuk menyuruh mereka itu dan ini.

Jika ibu anda memarahi anda,sudah tentu anda tidak kisah.Kerana apa?Kerana mereka ada hak!

Jadi,sama jugalah dengan hubungan kita dengan Allah SWT.Kita ini hamba-Nya,Allah pula Tuhan kita semua.

Allah SWT berkuasa untuk memerintahkan kita melakukan sesuatu perkara dan meninggalkan perkara yang lain.Kerana Dia berhak!Dan Dia tahu kelemahan kita semua dan apa yang terbaik untuk kita.

Kerana apa?Dialah yang menciptakan kita semua.

Dan ditambah dengan gambar-gambar di atas,tidakkah terang lagi bersuluh kenapa kita patut menyembah Allah SWT?

Tidakkah anda mahu menggunakan kepala akal anda (termasuk saya)?Kenapa kita masih ego untuk kembali kepada Allah?

Jadi,saya yakin anda semua sudah jelas di sini.

Tujuan kita hidup pula apa?Sudah semestinya untuk menyembah Allah!Worship!Menyembah/Beribadat itu bukan hanya bererti bersembahyang sahaja,sebaliknya segala-gala yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah itulah beribadat.

Dan,kita kena ingat.Allah SWT itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.Kembalilah bertaubat kepada-Nya.Janganlah berputus asa dengan rahmat-Nya.

Kerana hanya kepada-Nya kita semua akan kembali.

Tetapi,kena ingat juga.Allah SWT itu Maha Pengampun jika kita ini kembali kepada-Nya dan memohon keampunan dari-Nya.

Jika kita ini ingkar kepada-Nya,Allah telah menyediakan Neraka Jahannam untuk golongan yang ingkar pada-Nya.

Dunia ini sementara sahaja.Ingat.Destinasi terakhir kita semua hanya ada dua,samada syurga atau neraka.Neraka itu bagaimana?Baca sini.Tetapi ada disebutkan di dalam Hadis Rasulullah SAW,

Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya karena panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim)

Fikir-fikirkan.Bak kata lagu Raihan,ingat lima perkara sebelum lima perkara.Berubahlah sementara ada kesempatan.Jalan untuk kembali kepada Allah sentiasa terbuka.Allah SWT Maha Penerima Taubat jika kita ikhlas dan bersungguh memohon keampunan-Nya.

Harap anda semua dapat mesej yang ingin saya sampaikan melalui artikel ini.

Artikel ini saya olah dari apa yang saya dapat melalui pembacaan artikel-artikel di atas yang saya sebutkan dan juga video-video yang saya linkkan di atas.

Jika tidak faham,boleh tanya.Dan jika ada kesilapan,maaf.Saya manusia biasa yang ingin berkongsi ilmu untuk mengingatkan diri saya dan anda semua juga.

Sebarkanlah artikel ini dan sertakan link Pena Maya.

Semoga kita semua dirahmati Allah dan semoga kita semua mati dalam keadaan beriman.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


3 comments:

  1. SHAHi @ Umat TerakhirJune 17, 2010 at 10:35 AM

    YANG MENCIPTAKAN objek-objek cakerawala yang besar-besar itu sudah pastinya LEBIH BESAR dari setiap ciptaan-NYA.

    - salam ziarah

    ReplyDelete