27.6.10

Boleh Jadi Perkara Yang Kita Tidak Suka Itu Baik Untuk Kita,Dan Boleh Jadi Perkara Yang Kita Suka Itu Tidak Baik Untuk Kita.Persoalannya,Mengapa?

Perhatian : Ini merupakan penulisan yang panjang.Sila ambil masa anda baca sehingga habis untuk mendapatkan sedikit ilmu.

Assalamualaikum.

Sebelum itu,maaf kerana sudah lama tidak menulis.Menghadapi sedikit masalah peribadi.Dan,untuk para pembaca setia yang sering mengikuti perkembangan Pena Maya,meninggalkan ulasan di blog ini,berkongsi artikel-artikel penulisan Penulis dan lain-lain,ketahuilah perbuatan anda itu sangat-sangat Penulis hargai.Semoga Allah merahmati kita semua dan mengekalkan kita di atas jalan-Nya sehingga tiba ajal kita.

Terdapat juga beberapa pembaca yang menghantarkan e-mail menghantarkan sokongan kepada Pena Maya menyatakan sokongan dan nasihat.

Ketahui jugalah anda bahawa nasihat anda semua sangat bermakna untuk Penulis.Kerana Penulis juga seorang manusia,yang ada low/high timenya yang tersendiri.

You know what I mean,right?

Dan maaf sekali lagi.Kerana tidak semua e-mail itu mampu saya balas.Ada masa saya malas membalas.Haha.Yalah.Pernah dengar ayat "Jika tiada apa hendak dibicarakan,tutup sahaja mulut".

Saya tidak pasti itu Hadis atau apa.Anda boleh beritahu di ruangan ulasan di bawah jika anda tahu itu ayat dari mana.

Tetapi,ayat ini sangat betul.

Begini.Contohnya,saya mendapat e-mail,kemudian saya pada masa itu agak malas hendak membalas kerana bukan dalam mood untuk berbicara,jadi apa agaknya akan berlaku jika saya meneruskan pembalasan e-mail itu?

E-mail saya itu akan menjadi awkward,tidak ikhlas,ganjil dan sangat-sangatlah tidak jujur.Ibarat menonton satu sitcom yang tidak lawak di restoran,tetapi akibat mahu menjaga hati rakan-rakan yang sedang galak terbahak-bahak ketawa terkeluar nasi dari mulut (Astaga),kita pun ketawalah sama.

Haha,menulis ayat ini membuatkan saya ketawa pula membayangkan nasi terkeluar dari mulut.

Okay-okay,chill bebeh.

Tapi,kiranya anda faham bukan apa maksud saya.

Adakah anda ingin mendapat balasan/reaksi yang tidak ikhlas semata untuk menjaga hati anda dalam satu perbualan/komunikasi,atau anda mahukan satu reaksi yang jujur dan bermanfaat terhadap percakapan anda?

Tentulah yang ikhlas bukan?

Tetapi,bukan itu yang berlaku dalam zaman kita sekarang ini ya,Tuan-Tuan.Masih tidak faham?

Cuba lihat sekeliling.

'Our-So-Called-Leaders' nowadays rela mempunyai sejuta penyokong yang realitinya hampir 90% terdiri daripada Pengampu/Penyedut Bertaraf Dunia dari mempunyai penyokong sejati yang tidak ramai.Betul kan?

Pemimpin pada hari ini lebih mementingkan glamour dari sokongan yang sebenarnya.

Ergh,focus bebeh.Apa merepek nih?

Sorry-sorry.Bukankah saya sudah cakap saya sudah lama tidak menulis.So,kepala melayang sedikit.

Tetapi,itulah.Maksudnya,saya sangat-sangat menghargai setiap perkataan yang ingin dibualkan saya bersama dengan orang lain.

Itu sebab kenapa saya jarang hendak berbual kosong/awkward dengan seseorang yang saya tidak rapat.Jika saya tidak rapat,saya tidak berbual dengannya.Saya just beredar darinya.

Tetapi,kita pada hari ini dengan adanya Facebook,telah menjadi seorang masyarakat dunia yang amat ramah (kononnya).

Bukti?

Di dalam Facebook,kita bercakap dengan sesiapa sahaja.Hatta,dengan stranger.24/7 kita mahu bercakap dan berbalas komen.Walaupun tiada apa hendak dicakapkan.Jadi,komunikasi itu sudah tiada makna.

Tetapi,ironinya di sini tahu apa?Orang yang biasanya cakap hebat/glamour di dalam Facebook ini,di dalam dunia realitinya,wa cakap lu lah,senyap sunyi.Gagal apabila tiba waktu untuk memerlukan mereka berkomunikasi dengan matang di dalam alam sebenar.Saya sudah saksikan sendiri kejadian ini.

Jadi,itu salah satu keburukan Facebook dan Rakan-Rakannya yang saya nampak.Itu jugalah salah satu sebab saya baru-baru ini memadam akaun Facebook saya.Sebenarnya banyak sebab.Tetapi,itu saya akan tulis kemudian.Dalam artikel yang akan datang.

Dan sudah semestinya,ramai orang akan pangkah apa saya cakap ini.Kenapa?Well,people.You can't change what's in their freaking head.

Maaflah saya menulis tidak ikut topik.You all just follow the flow okayh?Haa.Give Me Five sikit.

Okay.Habis kita punya intro.Panjang lebar gebu bebenar.

Boleh Jadi Perkara Yang Kita Tidak Suka Itu Baik Untuk Kita,Dan Boleh Jadi Perkara Yang Kita Suka Itu Tidak Baik Untuk Kita.Persoalannya,Mengapa?

Itulah tajuk penulisan kali ini.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]

Sudah dinyatakan di dalam Al-Quran tentang perkara ini.

Mari kita jelaskan perkara ini berserta contoh mengapa ianya adalah baik/buruk kepada anda.

Kes Pertama : Anda Couple Sebelum Kahwin,Tetapi Kemudian Anda Break.

Baik Atau Buruk : Kita merasakan dunia telah gelap gelita apabila break.Tetapi,kita tidak tahu.Sebenarnya,itulah yang terbaik untuk kita berdua.Setiap perkara bukankah ada hikmahnya?

Penjelasan : Haha.Jika anda sering membaca penulisan saya,pasti perasan sesuatu.Saya seriously amat kurang berminat untuk membincangkan perkara ini.Kerana apa?Kerana ianya akan mengingatkan saya kepada sesuatu yang akan merobek-robek hati saya kembali.Haha.Takdelah macam tu.

Just saya rasa benda ini simple.So,saya tidak mahu mengulas tentangnya.

Tetapi,hari ini saya akan menerangkan mengapa ianya baik untuk kita.

Begini,as I've mentioned it earlier,perkara ini mudah sahaja.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [24:26]

Nampak.Jika kita benar-benar sayangkan wanita/lelaki itu,sudah tentulah kita mahukan yang terbaik untuk mereka bukan.Jadi,jika mahukan yang terbaik untuk mereka,diri kita ini mestilah menjadi baik bukan?

Dan kita ini juga mestilah mahukan pasangan yang baik bukan?Jadi,break adalah caranya.

Jangan tipu saya.Sedikit sebanyak couple ini anda tetap akan melakukan dosa.Buka mata anda,young man.Jangan tertipu.

Jadi,jika benar anda berdua saling mencintai/suka antara satu sama lain,apa salahnya anda break dahulu.Dan baiki diri masing-masing,akhlak.Dan apabila sudah habis belajar,jika benar-benar anda suka/cinta/sayang antara satu sama lain,kahwinlah!

Itulah yang sepatutnya.Barulah menunjukkan anda memang saling mencintai.

Kedengaran ada orang bertanya "Alah bang,saya risaulah bila kami break,perasaan sayang itu pudar nanti".

Okay,itu sebenarnya adalah lust/nafsu syahwat anda sahaja.Anda tidak bacakah ayat Al-Quran di atas?Jika anda mahukan yang baik,jadilah baik.Jika anda mahukan yang tidak baik,teruskanlah lakukan apa yang tidak baik.

Faham?Jika anda sangat-sangat sayangkan mereka (pasangan anda),berdoalah kepada Allah supaya anda berdua diperjodohkan/dipercepatkan perkahwinan.

Itu barulah cinta sebenar.Kalau setakat nak couple dua tahun,baik tidak payah.

*Zap zap* Ibarat menembak diri sendiri pernyataan di atas.Haha.

Tetapi,betullah.Jika anda memang sayangkan mereka,dan mereka memang sayangkan anda,inilah yang terbaik untuk anda.Jika benar-benar saling suka antara satu sama lain,pasti anda sanggup bukan menunggu dua tiga tahun lagi sebelum berkahwin?

Jika tidak sanggup,fikirlah kembali perasaan anda itu.Mungkin ianya hanya nafsu sahaja.

Kesimpulan : Nampak buruk,tetapi sebenarnya ianya baik bukan untuk anda?Barulah anda tahu perasaan anda ini benar-benar sayang atau sekadar nafsu sahaja.Dan,ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil.Dia akan mengampunkan dosa kita jika kita benar-benar mahu berubah.

Kes Kedua : Anda terlalu mahukan suatu pangkat/jawatan/kerja.Anda berusaha untuk mendapatkannya.Tetapi,tup-tup,anda tidak dapat.

Baik Atau Buruk : Anda rasa seperti mahu mati sahaja apabila mengetahui permohonan kerja anda tidak diluluskan.Sebaliknya,rakan anda yang guna kabel pula yang berjaya mendapat jawatan itu.Anda merasakan ini adalah buruk untuk anda,tetapi ketahuilah bahawa perkara ini ada hikmahnya.Dan ianya mungkin baik untuk anda.

Tahu kenapa?

Penjelasan : Begini,boleh jadi jika anda mendapat jawatan itu,anda akan menjadi seorang yang riak.Anda bangga dengan jawatan anda tidak habis-habis.Dan anda menjadi bongkak.Anda mengatakan anda mendapat jawatan itu kerana hasil usaha anda.Anda menjadi tidak bersyukur.

Itu yang pertama.

Yang kedua,ingatlah,bahawa rezeki ini Allah bagi kepada kita semua ada dua jenis.

Jenis yang pertama adalah rezeki yang akan membuatkan kita semakin bersyukur kepada-Nya.Dan menjadi semakin bertakwa kepada-Nya.

Jenis yang kedua adalah rezeki yang apabila diberikan kepada kita membuatkan kita semakin lalai dan jauh dari jalan Allah.

Nampak?

Dan sebenarnya,ini adalah ujian bagi anda.Chill out,bebeh.The world is not over.Hidup di dunia ini sementara sahaja.

Tahukah kenapa saya katakan ini adalah ujian bagi anda?Kerana dengan gagal jawatan ini,anda akan menjadi semakin dekat dengan Allah.Anda akan lebih banyak berdoa kepada Allah.Yalah.Manusia ni kan masa susah baru nak ingat kat Allah.

Ini juga bermakna Allah menyayangi kita.Dia mahu kita kembali berdoa kepada-Nya.Jadi,dia gagalkan kita jawatan ini supaya kita kembali berdoa kepada-Nya.Dan biasanya,selepas kita berdoa kepada Allah,pasti ada sesuatu yang lebih baik berlaku untuk kita bukan?

Dan,apabila itu berlaku,biasanya pasti kita akan bersyukur gila-gila kan?Mesti masa tu,kita baru nampak hikmah semua yang berlaku kan?

Ha,itulah penting bersabar.Jangan berputus harap dengan nikmat Allah.Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang.Ingat perkara ini.

Kesimpulan : Nampak macam buruk,tetapi sebenarnya baik.Allah mahu menguji kita sahaja.Kan?

Itu dua contoh umum.Contoh yang ketiga adalah pengalaman peribadi saya sendiri.

Kes Ketiga : Tercampak di Russia untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana.

Baik Atau Buruk : Anda boleh baca di sini untuk mengetahui apa yang saya lalui di Russia.Saya merasakan pada mulanya berada di sini,ini adalah satu malapetaka pada saya.Tetapi,setelah masa berlalu,baru saya tahu,perkara ini adalah perkara yang baik untuk saya.

Penjelasan : Untuk pengetahuan anda,belajar di sini,amat-amatlah susah.Sila baca artikel ini untuk mengetahui kenapa saya cakapkan begitu.

Tetapi kini,barulah saya tahu apakah hikmahnya.

Begini,apabila saya berada dalam keadaan tertekan dan susah sebegini,saya menjadi dekat dengan Allah.Bukan hendak riak atau apa.Tetapi,mahu tunjuk contoh.Dahulu,saya bukan begini.Tetapi,Alhamdulillah.Allah sayangkan saya.Dia jadikan saya dengan perkara ini.Jadi,apabila susah begini,saya kembali kepada-Nya.

Dan,akibatnya,sayalah yang mendapat kebaikan dari ujian ini.Saya lebih banyak berdoa dan berusaha memperbaiki diri.

Cuba jika saya berada di Malaysia?Ini bukan soal orang lain.Ini soal saya.Cuba jika saya Umar Zakir belajar di Malaysia?

Saya rasa saya tetap akan menjadi saya yang dahulu.Mungkin lebih teruk.Tidak perlu diceritakan bagaimana saya yang dahulu.Tetapi,itulah.

Anda nampak bukan.Jika saya di Malaysia,saya pasti bersenang lenang tiada dugaan dan sebagainya.Saya pasti berada di dalam zon selesa.Dan standard sayalah,bila berada dalam zon selesa,pasti alpa dan lupa.

Nampak?

Kesimpulan : Belajar di Russia walaupun tidak berapa faham apa yang diajarkan (menggunakan medium Bahasa Russia 100%),tetapi lebih banyak yang baik dari yang buruk.

Saya lebih dekat kepada Allah sekarang,Alhamdulillah.Saya mendapat skill berdikari yang tinggi.Saya menjadi lebih tabah.Saya menjadi lebih bersyukur.Saya mendapat kawan-kawan Russia.Saya dapat melihat (daripada pandangan luar) bagaimana keadaan manusia jika mereka berada di dalam zon selesa.

Dan sebagainya.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah saya sangat bersyukur dengan pemberian daripada Allah ini.Alhamdulillah SubhanaAllah.

Baiklah.Itulah ketiga-tiga contoh yang dapat saya berikan kepada anda.Bukanlah saya mahu riak atau apa dengan memberitahu anda contoh-contoh ini,tetapi saya just mahu tunjuk contoh.Jangan salah faham.Tidak mahu saya riak.Insya-Allah.Kerana riak itu boleh menghapuskan pahala kita.Minta dijauhkan.

Kesimpulan di sini,kita bolehlah mengambil tajuk artikel kita,iaitu Boleh Jadi Perkara Yang Kita Tidak Suka Itu Baik Untuk Kita,Dan Boleh Jadi Perkara Yang Kita Suka Itu Tidak Baik Untuk Kita.Persoalannya,Mengapa?.Sudah terjawab bukan?

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


8 comments:

  1. (Zasss..menusuk ke hati!!!) Kes pertama dan kedua mmg pernah jadi dlm hidup saya...terkesan sungguh baca entri kali ni...huhu...
    Tapi ayat dlm tajuk kat atas tu memang betul..Allah knows the best for His slave..yang penting kita kena terus mencari keredhaanNya...

    ReplyDelete
  2. Pengajaran dlm bahasa Rusia 100%...hmmm kalau tak faham payah jugak tu. Bagaimankah anda mengatasinya?

    ReplyDelete
  3. Ibarat kita belajar naik basikal dulu, payahnya mesti kita lalui, baru dapat manisnya. Alhamdulillah teruskan usaha, selebihnya tawakkal dan doa pada Sang Pencipta yg memang faham segala kelemahan dan kelebihan kita.

    ReplyDelete
  4. macam mana kalau anda baru hilang kucing anda (ia dicuri)? saya hanya mampu mendoakan kesejahteraannya, biarpun ini akhir jodoh bagi saya dan kucing itu. mudah-mudahan dia dijaga lebih baik, di tempat yang lebih selesa, makanan lebih teratur dan tuan yang lebih baik (tapi tuan yang baik akan curi kucing orang ke?)

    ReplyDelete
  5. @hideossle

    [2:155-157]

    [155]
    Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
    [156]
    (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
    [157]
    Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. [baqarah 155-157]

    ReplyDelete
  6. salam..nice article..
    mohon share ^__^

    ReplyDelete