12.6.10

Cut The Crap,It's Time To Get Real - Isu Konspirasi,Palestin Dan Dunia Masa Kini,Satu Lagi Artikel Mesti Baca Dari Pena Maya

Assalamualaikum.

Perhatian : Artikel ini sememangnya memerlukan anda berfikir semasa membacanya.Dan,amat digalakkan untuk anda membacanya sehingga habis untuk mendapatkan mesej yang ingin disampaikan.Dan dimaklumkan juga artikel ini menggunakan bahasa pasar remaja.Maaf jika ada kosa kata yang anda sukar faham.Tetapi,insya-Allah boleh fahamlah.Yakin boleh,okay.Takkan bahasa pasar sikit pon dah taknak baca.Takmo,takmo.We must work hard.Okay.Dah-dah ngarut.Selamat Membaca.

*Pertanyaan demi pertanyaan diberi*

Okay,okay.I know,I know.

Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya menulis kembali.Sedangkan saya mengatakan sebelum ini,bahawa saya tidak akan menulis sehingga 30/6/10.

Saya sebenarnya,bla bla bla bla.Okay,cut the crap.

Apa yang membuatkan saya menyambung penulisan kembali?

Jawapannya di sini.Tengoklah.Tapi saya bagi amaran dahulu kepada anda,jangan memaki hamun sedikitpun bila menonton video itu.

Update : Link video lama sudah tiada kerana sudah dipadam.Jadi,saya tukarkan link di atas kepada hasil carian tajuk video itu.Anda tengoklah video yang ada di situ.Satu video sudah cukup.Saya kongsi ini untuk menunjukkan contoh sahaja.Bagi memudahkan pemahaman anda membaca.

Okay,sambung artikel.

Kenapa tidak boleh marah dan memaki hamun?

Ada sebabnya.Anda akan nampak jika meneruskan pembacaan.

Kita story step-by-step-lah ea?

Nampak bukan di dalam video itu begitu 'bersemangat' sungguh mereka hendak mencari publisiti dan bla,bla,bla cut the crap.

Sebenarnya dari sini,jika kita membaca Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT Maha Pencipta Sekalian Alam,kita tidak pelikpun dengan apa yang berlaku di dalam video itu.

Mengapa?

Kerana sebenarnya,itulah mereka.Diorang sebenarnya bukan semata-mata ada isu dengan orang Palestin,orang Islam atau etc etc.Sebaliknya,they've got issues with Allah.

Memang mereka itu adalah kaum yang derhaka sejak dari dahulu lagi.Bukan sekarang ini baru mereka bermasalah.Tetapi,dari dahulu.Dari Nabi Musa,Nabi Isa etc etc.Anda boleh googlekan sahaja atau tanya kepada yang pakar tentang perkara ini.

Kiranya,kita tidak perlu emosi.Tetapi,tidak emosi bukan bermakna kita boleh bersenang lenang.

Saya tahu anda masih kabur tentang apa yang saya tuliskan ini.Chill.Kita slow-slow.

Sebenarnya,video itu sengaja saya tidak embedkan di sini.Kerana,jika saya embedkan di sini,karang ada dari kita yang bantai emosi suam-suam-kuku-sakan.

Saya tidak mahu menyebarkan emosi-suam-suam-kuku.Itu tidak dapat membantu kita.Sebaliknya,saya ingin menulis supaya anda lebih faham akan penipuan mereka.Mengapa mereka melakukannya.

Berbalik kepada mengapa saya ingin menulis kembali.

Begini,cuba lihat di dalam video itu kembali,saya boleh bet itu semua bukan penyanyi cikai-cikai sahaja yang menyanyikan lagu itu,tetapi sebaliknya saya yakin semua itu adalah superstar mereka.

Dari video itu,saya terfikir lagi sesuatu.Dan monolog dalaman saya itu berbunyi seperti ini,

Bapak ah bai,diorang ni memang unite seyh nak propaganda etc etc semua ni.Semangat gila semata-mata nak sakitkan hati kita,mereka buat video macam ni.Sebenarnya nampak diorang memang tujuan nak sakitkan hati kita,then nak kita berarak demonstrasi,then bila kita dah lupa,diorang gelak balik.

Gelak sebab kita ni nampak cam mudah dipermainkan diorang.Ya lah.Konon marah,tapi lepas abis marah-suam-suam tu,kita kembali kepada dunia ciptaan diorang.

But the problem is,even when we already forgot about those things,there's still thousands of innocents die everyday.Who killed the innocents?Diorang ah bai.

Itu monolog saya.

Ya.

Perkara inilah yang membuatkan saya menulis kembali.Kerana mereka,the Zionists bekerja 24/7 tanpa henti.

Ya,mereka bekerja tanpa henti.Dari segala sudut pulak tu.Ini semua dilakukan kerana mereka adalah kaum yang derhaka kepada Allah.Sudah disebutkan di dalam Al-Quran.

Tetapi,apakah yang mereka lakukan?Adakah sekadar menyanyi?

Tidak.Mereka lakukan segala-galanya untuk menjadi kaum derhaka yang berjaya.

Mari kita tengok di bawah ini,

Mereka membunuh orang-orang awam yang tidak bersalah etc etc.Contoh?Lihat apa yang berlaku di Palestin.

Bagi kita-kita yang tidak berada di Palestin,mereka juga ada lakukan sesuatu untuk kita dalam menjayakan misi menyesatkan umat manusia mereka.Apakah ia?

HIBURAN!

24/7 team genius diorang berfikir bagaimana hendak mencipta hiburan yang paling best dalam melalaikan manusia.Oleh kerana sedar manusia ini berbeza-beza minat,mereka cipta hiburan dari pelbagai sudut.

Filem,wayang,muzik,sukan,wrestling,golf,technology-geeks etc etc.Eh lupa pulak.Dan Porn!

Takde orang pun yang boleh terlepas dari godaan gelojoh nafsu ini.No one escape.

Jika anda tidak minat itu,anda minat itu,jika tidak ini,anda minat yang lain pula.Licik bukan?Akibatnya berhiburlah 24/7.

Yang paling terbaru apa dia?Yang paling terbaru adalah World Cup 2010.

Ini saya rasa memang memalukan.Tahu kenapa.Sebab saya saksikan sendiri betapa memalukan keadaan ini.

Begini.

Cuba lihat,beberapa hari lepas,kita bukan maen sakan dok angkat bendera Palestin kibar ke hulu-hilir demonstrasi.Tup-tup datang World Cup,terus kita lupa benda-benda ni semua.Kita ditipu dengan tema "sukan dapat menghalang perkauman".

Ah.Bukalah mata anda.Anda sebenarnya hanya didistractkan oleh mereka.Ini semua alat untuk mengalihkan perhatian kita dari tujuan yang sebenarnya
.

Ooopsie.

Okay.

Semua ini sebenarnya hanyalah alat untuk menganggu tumpuan kita di dunia ini.Apakah tujuan utama kita berada di dunia ini?Tidak lain tidak bukan adalah untuk beribadat kepada Allah SWT.Dan menyebarkan seruan mengtauhidkan Allah.Beribadat itu bukan tertakluk kepada solat lima waktu sahaja,sebaliknya ibadat itu adalah segala-galanya.

Ibadat itu bermaksud melakukan segala-gala dalam kehidupan seharian untuk mencari keredhaan Allah.Okay.Saya tidak berapa reti hendak menerangkan perkara ini di dalam satu ayat.Tetapi,anda faham-fahamlah okay.Jika tidak faham,tanyalah pakar.

Dan,dunia ini sebenarnya adalah tempat untuk kita membuat amal sebenarnya untuk menentukan arah kita selepas ini.Dunia ini sementara sahaja hakikatnya.Kita tidak perlu mencintainya melebih-lebih.

Tetapi,bukankah sudah dinyatakan,mereka ini memang derhaka dengan Allah.Jadi,semestinyalah mereka hendak menyesatkan kita dari tujuan utama kita di dunia.Mesti mereka bermonolog "mana boleh biarkan mereka ini berada di atas jalan yang benar,kita mesti sesatkan mereka".

Jadi bertindaklah mereka.Semakin hari semakin banyak pula usaha dilakukan untuk melemahkan kita.

Semua ini dilakukan mereka supaya kita terganggu/terdistract.Yang akhirnya membuatkan kita merasakan dunia inilah tempat kita berada selama-lamanya.

Ya.

Itulah yang mereka mahu.Mereka mencucuk jarum halus kepada pemikiran kita.Sedar-sedar sahaja,kita sudah pun hidup mengikut cara hidup mereka.Hidup berpaksikan nafsu.Mengejar dunia secara berlebih-lebihan.

Sebelum menyambung,cuba try usha bawah ni jap,

In today’s class, the Ustaz mentioned about three groups of worshippers that will cross the siratul mustaqim (a bridge thinner than hair, sharper than a knife).

The first group are the best of the worshippers. They have the nurul iman (the light of iman) reflected on their faces. They cross the bridge at the speed of the lightning.

The second group are the bankrupts. They are the ones who runs after the affairs of the world. Priortizing more about the dunya than the akhirah.

The last group are known as the hopeless. Their lives revolve around the dunya. Not sparing time for the akhirah at all!

Many of us, as quoted from the Ustaz belong to the last group. Astarfighullah.

We see another mukmin’s death and we got reminded of what awaits us. But this is only for a day or two before we resume with our worldly affairs. We have forgotten our true responsibility in this world: to prostrate to the Creator himself.

Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. Show us the straight path, The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.Al-Fatiha: 5 -7 Source : Link

Nampak.Usaha mereka berjaya membuatkan kita tersasar dari landasan.

Di atas tadi ada saya sebutkan bahawa setiap orang pasti ada satu sekurang-kurangnya perkara yang boleh melalaikan mereka.

Jika tidak bola,muzik etc etc kan?

Sebenarnya,ada cure untuk masalah ini.Ya.Jangan ingat plan mereka hebat sangat bai.

Ha,berbicara mengenai plan-mereka-hebat-sangat-bai ini membuatkan saya teringat satu benda.Boleh tak saya sentuh sikit mengenai benda itu?Ala bolehla.Pleaseee.

Takpe.Alang-alang dah tulis panjang gedabak bagai nak rak ni,apa salahnya sertakan sedikit dalam artikel ini pasal benda itu.

Bukankah sekarang ini ada isu tentang Crocs la,ape la etc etc.

Ada kan?Ape?Takde?Eh takkan dah lupe?Oh patutlah lupe.Kita dah berpesta dengan World Cup.Benda tu last week nye isu.Kita kan manusia yang senang sangat dilekakan.Ha dan ha.Gelakkan diri kita sendiri.Okay cut the crap.

Begini.Isu Crocs.Apalah masalah kita ni.Mudah sangat teralih perhatian/distract.

Kemudian,ada juga isu lambang Zionis la,Israel la etc etc.Itupun sama juga.Kenapa kita perlu takut dengan lambang-lambang itu.

Sebenarnyalah kan,pada pendapat saya,isu lambang-lambang ini simple.Tetapi bahaya jika kita melebih-lebih.

Yalah.Kalau dah 24/7 dok cari mana lambang Zionis/Israel etc etc,nampak macam kita ini sudah takut kepada mereka melebih-lebih.

Bahaya bai.Kenapa kita perlu takut melebih-lebih?Ini semua pun saya rasa sebenarnya plan mereka juga.Reverse psychology.Mereka tahu umat Islam zaman sekarang mudah percaya khabar angin,jadi mereka bocorkan something yang dapat membuatkan kita pun cuak gelabah.

Contohnya,lambang Israel dekat tempat X.Kemudian,kita pun dah teralih perhatian dari tanggungjawab kita yang sebenarnya.Kita pun bincanglah bagai nak rak tentang lambang mereka itu.

Kita jadi takut kepada mereka melebihi kita takutkan Allah SWT.Nampak?Bahaya kan?Boleh jadi isu akidah kan?

Anda dapat tangkap tak apa saya nak cakap?Kita takut melebih-lebih.Padahal dalam surah Al-Fatihah yang kita baca dalam sembahyang setiap hari itu,ada ayat yang bermaksud "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Dah tu,kenapa melebih-lebih takut?

Dari sini,nampak kan agenda mereka berjaya.

Mesti anda baca pasal konspirasi kan?Anda kaitkanlah artikel ini dengan apa yang anda tahu.Tetapi kena ingat!Konspirasi itu perlu kita tahu.Tetapi,kita tidak perlu takut.Faham?

Kita umat Islam.Mesti beriman dengan Allah.Salah satu cara mendekatkan diri dengan Allah adalah melalui apa?Ilmu.Ya.Pandai siapa yang jawab.

Wait,tadi cerita pasal apa?Oh ya.Cure.

Ha dan Ha Gelak Santai.Banyak bebel pula.

Begini,perkara ini saya sudah tulis dalam artikel saya yang terdahulu iaitu Coca-Cola Muslim.

Begini.Semua serangan yang mereka attack kita adalah melalui nafsu bukan?Sebenarnya,nafsu kita ini,hanya dapat diberhentikan apabila kita mati sahaja.

Ya.Apabila kita mati sahaja.Selagi tidak mati,selagi itulah nafsu bermaharajalela.Sudah ada isteri,mahu isteri lain,kemudian mahu tambah lagi etc etc.

Itu memang sudah adat manusia.Apakah cure bagi perkara ini?

Sebelum itu,anda tahu bukan siapakah kepala otai besar musuh kita?

Jika tidak tahu,kepala otai besar musuh kita adalah Iblis & Co.

Dia hendak sesatkan kita supaya join dia kat Neraka.Tahukah anda keadaan di Neraka itu bagaimana?Boleh baca di sini jika ada kelapangan.Dahsyat.

Okay.

Dan anda tahu bukan kita ini diciptakan Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam?

Jadi,sebagai Maha Pencipta Sekalian Alam,sudah tentulah Allah tahu apa kelemahan dan kekurangan kita.

So,bab nafsu ini adalah salah satu kekurangan kita.Bagaimana mengawal nafsu?Ikutlah cara yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita melalui Nabi Muhammad SAW.

Cara itu adalah dengan mengamalkan cara hidup Islam.

Ya.Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.Hanya dengan Islam kita dapat mengawal nafsu.

Orang yang betul-betul mengikut cara hidup Islam,mereka tidak akan taksub dengan dunia etc etc.Okay.Fikir logik,bila tidak taksub dunia etc etc semua ini,anda fikir bolehkah rancangan Yahudi dan Rakan-Rakan berjaya ke atas diri kita?

Sudah tentulah tidak berjaya!

Mereka tahu dan sedar perkara ini.Mereka tahu Islamlah ancaman yang terbesar bagi mereka.Yalah.Islam itu Allah SWT yang turunkan agama ini.Dan Allah SWT itu Maha Mengetahui.Mereka itu lemah sahaja.

Kan?

Itulah sebab mereka berusaha sedaya upaya sentiasa memburuk-burukkan Islam di dalam cerita filem mereka.Dan berusaha menjauhkan umat Islam dari Islam.

Kalau kita ikut Islam betul-betul,kita pasti kuat.Betul.

Percayalah.Syarikat-syarikat diorang semua bankrup.Sebab apa?Sebab kita hidup tidak berpaksikan nafsu semata.

Tetapi,sayang.Kita ikutkan nafsu,mereka menang.

Jadi,kesimpulan di sini,kembalilah kepada cara hidup Islam.Cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT,Tuhan kita semua melalui Nabi Muhammad SAW.

Hanya dengan itu kita semua boleh menang.

Boikot?Tidak boleh jalan juga boikot sebenarnya.Yalah.Boikot Coke,tetapi anda minum air gas lain pula.Sama sahaja.Badan rosak.Jika kita ikut Islam,kita pasti tidak membuat sesuatu yang menganiaya badan kita.Jadi,isu sebenarnya adalah kefahaman kita terhadap agama itu.

Amat lemah kefahaman kita.Itu yang perlu dibetulkan.Nampak?

Okaylah.

Penat sudah menulis.

Kiranya,anda sudah nampak bukan kenapa saya menulis kembali?

Apa?Tidak nampak lagi?

Saya menulis kembali kerana saya merasakan tiada masa untuk kita umat Islam berehat jika kita tahu musuh kita sentiasa bekerja 24/7 untuk melemahkan kita.Kita mesti sentiasa bekerja untuk menegakkan agama Allah dan banyakkan berdoa.Doa itu senjata kita.Jangan tertipu dengan kehidupan dunia.Bangkitlah!Jika anda masih mahu menonton World Cup 2010 etc etc dengan alasan "Sukan Tiada Perkauman etc etc" tontonlah.Tetapi ketahuilah itu hanya propaganda untuk mengalihkan pandangan mata dunia dari perkara sebenar yang SEDANG dan MASIH berlaku di Asia Barat dan sebagainya.

Itu sahaja yang ingin saya tulis.

Panjang pula penulisan.Ha dan Ha Gelak Santai.Mula-mula tadi ingatkan sekadar ingin memberitahu "saya ingin menulis kembali" sahaja.

Tidak mengapa.Ada hikmah di sini.

Semoga mendapat manfaat.Sebarkanlah artikel ini.Tetapi sertakan link Pena Maya.Supaya artikel-artikel lama boleh dibaca orang lain kelak.

Insya-Allah.

Jika ada kesilapan,tegurlah.Kita manusia kena sama-sama menegur.Tidak boleh seorang sahaja yang menegur,dan tidak boleh seorang sahaja yang ditegur.Sama-sama okay?

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


17 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Dah baca. True it is. InshaAllah, bermula dgn dr sendiri... =)

    ReplyDelete
  2. Salam...
    video tu xbleh nak tgk dah sbb dah kena buang dari youtube...psl ape ye video tu??

    ReplyDelete
  3. LInk video tu dah ilang....Video tu tunjuk ramai2 nyanyi mcm perli fortilla ke?

    ReplyDelete
  4. haha
    dan2 ilang
    okay
    ni ada sini video tu
    tngok sini
    http://www.youtube.com/results?search_query=we+con+the+world+flottila&aq=f

    ReplyDelete
  5. @azerrul

    aah.yang tu ah. nyway,ni mantap asis ke?

    ReplyDelete
  6. betul2.
    diorang beriya2 hentam kita ,jadi musuh kita
    tapi kita?
    support lagi diorang sume
    wake up guys.
    thanks for the article.

    ReplyDelete
  7. eh lor..umar zakir assasins? aah...mantap benor skg kau ni =)

    ReplyDelete
  8. yup umar zakir.
    kau ingat aku umar zakir mane?
    sorang je umar zakir dalam malaysia kot.
    hahaha..okay2.aku hentam je tu.
    nyway
    takde mantop mane ..
    just guna bakat n masa yang ada Allah beri
    untuk benda yang patutnya
    tul tak?
    kalau kita ada benda yang kita pandai
    gunalah ke arah jalan Allah
    insya-Allah urusan laen mudah
    haha panjang pulak

    btw kau kat india ke skang?

    ReplyDelete
  9. Aah...kat india...bagus penulisan ko...sokong2...fb ada?

    ReplyDelete
  10. aku fb ada.baru padam last week.
    aku dah add kau dah
    tapi nama aku pemuda yakin
    haha
    tapi baru padam fb
    takpe
    ape2 roger blog aku

    ReplyDelete
  11. lor...
    ko ke pemuda yakin...
    aku ingt sapa la...
    kira blog saja...ke da pindah ke millatfb?

    ReplyDelete
  12. haha
    mmg xrmi org tau
    aah.blog je ah dgn ym sume.
    millatfb pon xde.bosn ah gne bnde2 tu.
    haha

    ReplyDelete
  13. huhu ok2...teruskan menulis =)

    ReplyDelete
  14. ILMU SEBELUM AMAL
    (Qs. Muhammad:19)

    ReplyDelete
  15. "Jika anda masih mahu menonton World Cup 2010 etc etc dengan alasan "Sukan Tiada Perkauman etc etc" tontonlah.Tetapi ketahuilah itu hanya propaganda untuk mengalihkan pandangan mata dunia dari perkara sebenar yang SEDANG dan MASIH berlaku di Asia Barat dan sebagainya."

    sdgkan masih ada mereka yg tonton WC tnpa lalai dr segala perintah-Nya..ape islam ini merupakan agama yg melarang penganut nya berhibur ka?even nabi pon berhibur cz ni sifat keinsanan.

    sbb kn sedih atas kisah palestin?
    mne lg sedih,palestin dibuang dr peta dunia or dibuang dr surga Alloh maha besar?

    aku xkata xptot brsedih ngn kisah palestin,tp ngn nasib kaum wanita kt cni pon xtrbela kt mhkamah syariah,ngn nasib muallaf yg xtrurus,psl zakat jgn ckpla,org miskin dh cm mnta sedekah kt pihak zakat.cm klaka,kt cni pon xble setel,then tros nk kata umat islam cni kne wake up dr helah ape sume??

    ptot kne wake up dr helah org2 yg pgg urusan agama kt tnah air kte dlu..cz kite tiap2 tahun hulur duet kt mereka2.2 lg bahaya dr zionis cz zionis msuh terang2,sdgkn mereka x

    ini pndangan aku yg berbeda,trserah mahu trime atau x

    ReplyDelete
  16. salam thanks komen.
    memang terima pun.
    ada betul anda cakap.tak cakap salah.
    itulah nama manusia.
    saling bernasihat sesama sendiri.
    kita tidak boleh bodoh sombong.
    btw,cuba baca ni.

    http://inijalanku.wordpress.com/2010/06/17/kisah-piala-dunia/

    assalamualaikum.

    ReplyDelete