28.6.10

Hari Ini,Esok & Semalam - Sampai Bila Mahu Bertangguh?

Assalamualaikum.

semalam
kita bangun tidur dengan azam mahu menjadikannya hari terbaik
bangun subuh
berdoa
dengan harapan dipermudahkan urusan
berlalu beberapa ketika
dugaan pertama hari semalam muncul tanpa diundang
menyuruh kita melakukan sesuatu yang dilarang
kita tidak mahu
tetapi
bisikan kecil bersuara
buatlah,hidup sekali sahaja
apa engkau nak cerita kat anak cucu nanti tentang waktu muda kau

dan bisikan kecil itu berlalu
meninggalkan kita
yang menyaksikan kita
tumpas
sebelum tidurnya
perasaan sesal muncul
berjanji esok akan menjadi lebih baik

hari ini
seperti biasa
jam loceng berbunyi
tetapi
kali ini
terlewat bangun
kita sesal
berharap hari ini akan menjadi baik
dugaan pertama muncul
kita berjaya
dugaan kedua muncul
berjaya juga
dugaan ketiga muncul
kita gagal
dalam hati kita sudah mula berkata
ah esok lusa sahajalah berubah
sama juga aku last-last

tanpa menyedari itulah helah terbesar Syaitan
semakin malam
semakin lalai kita pada hari ini
kemudian
sebelum tidur
terlupa memasang azam untuk esok
dalam minda kecil masih bersuara
esoklah

esok?
kita hanya boleh bersuara tentang esok
jika ianya masih ada
kita tidak mengetahui adanya atau tidaknya esok itu untuk kita
entah-entah esok sudah tidak bernyawa
entah-entah esok sudah ditanam
tidakkah dahsyat begitu

jadi
kesimpulannya
janganlah bertangguh dalam kembali ke pangkal jalan
kerana
bertangguh ke arah kebaikan itu hanya membawa kita semula kepada kejahatan

kasihan bukan jika begitu?
fikir-fikirkan
gunakanlah masa yang ada dengan baik sementara masih diberi kesempatan
jangan dipersiakan masa itu

cubalah
berdoalah
membacalah
mendengarlah
insya-Allah
boleh

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments: