13.6.10

Ibarat Roller Coaster,Kehidupan Dunia Ini Sementara Sahaja Keseronokannya - Sedikit Peringatan Untuk Diri Sendiri Dan Para Pembaca.

Assalamualaikum.

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). [2:212]

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. [3:120]

hidup
sering kita terleka di dalamnya
sering juga kita mensia-siakannya
sering kita berkata
"ah takpelah sikit-sikit,esok taubat"

iya-iya aja

jika masih ada masa
syukurlah
tetapi
apa kata saat masih ada masa
tetapi nur masih tidak hadir

itu bicara hidup
remaja?
bagaimana pula?

remaja
mungkin disebab persekitaran
atau tabii keliling
tercoraklah sebagaimana yang ada

hendak salahkan mereka
tidak boleh juga
untuk tidak salahkan mereka
tidak boleh juga

bagaimanakah itu?

senang aja
fikirnya begini
sampai bila mahu main menuding jari
tuding sana tuding sini

bimbang nasib diri sudah tiba
jasad sudah tidak bernyawa

jangan banyak ketawa
sudah dipesan berapa kali
tetapi masih ketawa

hurm
mungkin ini membosankan
untuk dibaca

tetapi
itulah adatnya

hidup di dunia ini
ibarat satu penjara
bagi yang mempercayai
dan hadir imannya

tetapi bisa menjadi syurga
jika memilih senang di dunia ini
yang sementara sifatnya

apa-apa sahajalah
kita pilih sendiri

oh ya
dikhabarkan syurga itu indah
dan neraka itu pula seksa teramat

dan keduanya itu
selamanya kekal
dunia ini?
sementara aja

hurm
andai kita mengetahuinya

berubahlah
kerana
mati itu bila-bila sahaja boleh menjelma
ibarat peek-a-boo
dibilang mat saleh

Hari yang menggemparkan,

Apa dia hari yang menggemparkan itu?

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -

(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -

Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -

Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
[101:1-11]

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. pohon kebenaran paparkan di http://muslimkualiti.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kesibukan dunia ini juga sebuah ujian. Namun dalam kesibukan dunia itu akan ada manafaatnya pada akhirat apabila kita memasang niat yang betul iaitu kerana Allah. Tukarkan segala kegiatan dunia itu menjadi ibadah yang ada nilaiannya di sisi Allah. Bila menjadi pelajar belajarlah dengan sungguh2 atas niat memenuhi tuntutan Allah untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Jika menjadi menjadi seorang professional, niatlah kerana Allah untuk berbakti pada masyarakat dan memenuhi tuntutan fardu kifayah. Manusia cemerlang itu ialah yang cemerlang di dunia ini untuk mencari bekalan akhirat.

    ReplyDelete
  3. betul2.
    terima kasih tuan untuk peringatan ini.
    inilah yang patut kita umat Islam lakukan.saling ingat mengingati.

    smoga Allah mengekalkan kita di atas jalan-Nya sehingga kita mati.

    Amin.
    Assalamualaikum

    ReplyDelete