3.6.10

Introducing Taqwa.Me - The First Islamic Web Search Engine (Enjin Carian Web Islamik Pertama)

Assalamualaikum.

Pernahkah anda semasa melayari internet mengeluh akibat terlalu banyak kemungkaran di dalamnya?Dan kemungkaran itu sedikit sebanyak membuatkan anda yang masih berada di dalam proses perubahan agak tergugat imannya?

Contohnya,anda hanya mahu menggooglekan perkataan Melayu di Google Search,tetapi anda kecewa kerana hasil carian bagi perkataan Melayu yang sepatutnya banyak memaparkan hasil yang sopan santun,sebaliknya banyak yang menunjukkan suatu aib bagi kita.

Tidak perlu diceritakan apakah kemungkaran dan aib itu di sini.

Kerana sepantas kilat anda semua dapat membayangkan apakah yang dimaksudkan dari pernyataan di atas.

Dan,anda pasti kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menukarkan keadaan itu.Mungkin boleh,tetapi prosesnya rumit.

Tetapi,jangan risau.

Kini,kita berpeluang untuk mengurangkan potensi untuk berdepan dengan situasi itu lagi.Dan kita juga berpeluang untuk menyumbangkan kepada keadaan yang lebih sopan di internet.

Ha dan Ha (Gelak Santai).

Ayat yang terlalu kompleks.

Begini.

Terus kepada topik kita.

Introducing Taqwa.Me - The First Islamic Web Search Engine (Enjin Carian Web Islamik Pertama)

Taqwa.Me adalah enjin carian yang bersifat Islamik dan memenuhi keperluan kita sebagai Umat Islam.

Tetapi,ianya memerlukan usaha orang yang ramai untuk merealisasikan perkara ini menjadi kenyataan.

Bagaimanakah Taqwa.Me berfungsi?

Mungkin itu pertanyaan yang muncul di benak fikiran anda.

Dengan Tiga Butang Ajaib!


Apakah?Gua Tak Faham Bai!

Mari saya tunjukkan contoh kepada anda.

Okay.Click pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih besar dan jelas.

Begini.

Di atas menunjukkan hasil carian Pena Maya di Taqwa.Me.

Jika anda merasakan suatu hasil carian itu tidak sopan/haram,anda click sahaja di lambang tengkorak di atas tadi.

Nampak?

Kemudian,bagi hasil carian imej pula,jika ada hasil carian yang tidak bertamadun,anda boleh klik pada lambang tengkorak itu.

Tetapi,jika ianya tidak sopan,tetapi memaparkan gambar untuk tujuan Sains atau Pendidikan,anda boleh tuliskan reason untuk itu.

Mudah bukan?

Bai,Benda Ni Macam Tak Boleh Berjaya Jek.

Boleh.

Tetapi.

Ya.Ada tapinya.

Tetapi memerlukan sokongan ramai pihak terutamanya kita umat Islam sendiri.Jika ingin mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar,jadi,kita mestilah menyokong usaha baik ini.

Kerana,jika hanya seorang sahaja (misal kata) yang menggunakan Taqwa.Me ini,pastilah tidak berjaya projek yang bagus ini bukan?

Sebarkan kepada rakan dan keluarga anda.

Loh,Itu Je Ke Dia Nye Kebaikan?Baek Takyah Bai.

Okay.

Itu suara pesimis yang sentiasa merendah-rendahkan usaha orang.

Sebenarnya,bukan itu sahaja kelebihan Taqwa.Me.Ada banyak lagi.Mari saya senaraikan beberapa kebaikan dan kelebihan berbanding enjin carian lain.

1) Ianya adalah produk hasil rekaan umat Islam.Kita kata kita hendak berboikotlah,apalah.Tetapi,bila?Inilah masanya untuk menghentikan penggunaan produk mereka dan menyokong produk saudara kita.

2) Dengan setiap carian yang dilakukan anda,Taqwa.Me akan menyumbangkan 20% daripada keuntungan carian itu terhadap badan amal.

Masih tidak faham?

Baca di bawah.

Taqwa.me fund is a great way to raise funds for charity by your own internet searching! You can help us to raise even more if you tell your friends and they raise funds in the same way. For example, if you refer just 10 friends to use a search box for themselves, they will raise funds from their searches as you do from yours. We will use this funds for charity. It gets even better! As you can imagine, your friends will want to refer their friends.

Taqwa.me is a search engine which donates 20-percent of its revenue to given charities and schools. It's a simple and compelling concept. You use Taqwa.me exactly as you would any other search engine.

Selanjutnya untuk point kedua,anda boleh baca di sini.

Menarik bukan?

Setiap carian yang dilakukan,mereka akan sumbangkan 20% kepadanya kepada badan amal.

Inilah masa untuk kita menunjukkan bahawa nilai Islam sebenar.

Dan di sini tahulah kita bahawa banyak rupanya untung Brother Google.

3)

Cuba lihat gambar di atas (Klik untuk imej lebih besar).Ada kalendar Hijrah!Jadi,ini secara tidak langsung membiasakan kita dengan kalendar Hijrah.Dan,jika ada tarikh tertentu yang disunatkan berpuasa,secara tidak langsung,kita akan alert awal-awal.

Best bukan?

Dan banyak lagi kebaikan-kebaikan Taqwa.Me yang boleh anda baca di link-link di bawah:

Tentang Taqwa.Me
Sasaran Kami
Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Pengetahuan
Hasil Kerja
Pengiklanan
Saling Membantu Amalan Mulia
Polisi Privasi

Pesanan Pena Maya

Inilah masa kita untuk menyebarkan mesej Islam.Oleh kerana Taqwa.Me ini masih baru,ia memerlukan sokongan kita semua.

Ya.Memang hasil carian di situ masih sedikit,tetapi jika sekadar mahu mencari maklumat tentang perkara-perkara kecil,gunakanlah Taqwa.Me.

Lama-kelamaan,pastilah ianya akan berkembang.

Bukan?

Di samping itu,kita dapat beramal sambil mencari maklumat.

Dan yang penting,niat mestilah ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Jangan pesimis,sebaliknya optimislah.

Sudah masa kita beralih kepada sesuatu yang lain.

Ha.Lupa.Menyebut mengenai perubahan ada sesuatu saya baru teringat.Begini,

Apalah gunanya kita berpindah dari Facebook kepada MillatFacebook jika penggunaan kita masih ke arah perkara melalaikan.Sepatutnya,tanggungjawab kita adalah menyeru orang supaya kembali kepada jalan Islam dan tidak membuang masa,bukannya berpindah 'platform membuang masa' dari Facebook kepada MillatFacebook dengan alasan ianya Islamik.Jangan begitu.Jangan menjadi seperti Lagu Jiwang bertopengkan Nasyid.Harap anda faham.

Itu sahaja dari saya.

Tujuan saya berkongsi tentang info ini bukanlah untuk riak atau apa.Sebaliknya untuk menyokong dan menyupport saudara-saudara kita ini.

Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


10 comments:

  1. saya setuju apa yang anta katakan pasal tukar dari facebook ke millatfacebook.. kalau ia melalaikan maka sama je.. semoga kita tidak terlalai dengan semua ni.. insyaAllah..

    mohamad..

    ReplyDelete
  2. tak tau ah dari mane
    mengikut page fb dia
    http://www.facebook.com/pages/taqwame/101060329937718?ref=ts

    dia tak nyatakan dia asal dari mane
    try usha whois pon
    tak dapat trace
    maybe dia baru lagi kot
    entah
    tak tau

    ReplyDelete
  3. millatfacebook telah melarang mereka

    http://www.millatfacebook.com/taqwame/

    http://www.millatfacebook.com/group/taqwa-me-search-engine-for-muslims/

    http://www.millatfacebook.com/forum/general-2/search-engine-for-muslims-made-by-muslims-no-more-google-zion/

    ReplyDelete
  4. knp x blh delete gmbr2 yg xelok pas kita click tngkorak 2? sme je.. xhlng pn.. pnulis tlg beri komen k?

    ReplyDelete
  5. salam anon
    memang takleh ilang trus..
    tu sebab kena sokongan ramai orang.
    mark ramai2.
    mungkin sistem dia set kalau 100 orang cakap haram,baru dia ilang trus gambar.

    kalau setakat 1 orang mark haram,nanti takut ada orang mark haram sume,then gambar ilang.

    takleh gak kan.

    tu sbb kena sokongan.
    ramai2 gune
    mark ramai2

    then admin akan padam
    dia sistem bersama

    kalau sorang je yang mark dah ilang,nanti ada orang sabotaj.

    ape2 pon itu pandangan saya.
    jika tidak faham.
    tanye saya k.

    insya-Allah akan bantu.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  6. btw anon
    ini penerangan tentang ciri halal haram button

    dari taqwa.me


    Users are given the ability to voice there opinions and express themselves whether a website(s) or content within a site is “haram” or “halal”, and are encouraged to express their views and opinions in a social manner, as content cannot be dictated on the basis of what one person solely believes.

    ReplyDelete
  7. btl ke taqwa.me ni muslim pnya? nk sgt tahu utk kpastian. klau btl... syukur sgt2...

    ReplyDelete
  8. insya-Allah betul.saya dah hubungi dia..nanti saya buat artikel susulan berkaitan ni insya-Allah selepas saya abis exam.

    ReplyDelete