24.6.10

Kita - Terlalu Banyak Masalah Yang Melanda Pada Hari Ini Membuatkan Amat Letih Untuk Membicarakannya

Assalamualaikum.

kita,
generasi akhir,

umat akhir,
sudah dikhabar bahawa yang akhir ini lemah sekali,

memang benar,
lihat sekeliling,

banyak sekali masalah,
bermula dari diri sendiri,

berbicara soal hati,
masing-masing berdengki-dengki berburuk sangka,

berbicara soal perjuangan,
banyaknya berjuang kerana nama,harta dan pangkat,

berbicara mengenai ibadat rukun yang wajib,
banyak yang ditinggal,

ditanya mengapa,
jawabnya optional,

kasihan sungguh pada kita,
kita lihat lagi,

berbicara mengenai ilmu,
tidak berminat kononnya skema,

yang mahu mencari ilmu pula,
tersesat jalan,

berbicara mengenai kepimpinan,
yang sampah diangkat,

manakala yang layak mendiam diri,
takut mahu bersuara bimbang tidak popular,

aduh,
itu yang lebih kita fikirkan,

berbicara mengenai masjid,
hanya orang tua yang singgah,

itupun hanya sedikit,
yang muda?

pestalah bai
lu lagi mau tanya

golongan yang bernasib baik ego,
lena dengan fantasi material tidak habis-habis,

yang susah pula,
tidak sedar diri,

penulisan ini bukan herdikan/sindiran,
cuba baca tajuk

tajuk itu berbunyi 'kita' bukan?
dan kita itu termasuklah yang berkata-kata ini bukan?

jadi jangan tuduh sebarangan,
baca ini jadikan pengajaran,

jangan apabila ada orang mahu berkata-kata isu serius,
kita pantas 'cantas,

macam-macam lagilah isu kita ini,
sedih,

baru-baru ini membaca blog apa entah,
ada bayi baru lahir dibaling dari tingkat 17,

T_T,
bicara orang muda hari ini,

haih,
penat berbicara tentang kita,

semua ini sebenarnya akibat,
agama ditinggal,

di dada tiada ilmu,
lantas terhinalah nasib,

kembalilah wahai kita semua,
cukup-cukuplah terlena dalam lulu-lala-land,

bicara ini tiada fungsi jika selepas sahaja membaca,
anda terlupa kembali,

kita semua hanya dapat merasa ketenangan apabila,
kalimah syahadah itu dihayati semula berserta dua rukun itu,

faham?
okay.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. nice post! ;) thnx for sharing =)

    smoga boleh pratktikkan what's understood and acknowledged di sini. good luck! smoga in the best of iman always ;)

    -sister.

    ReplyDelete