16.6.10

Munafik

Assalamualaikum.

hatiku
sering bimbang

bimbang nikmat iman yang ada
ditarik kembali

bimbang nikmat iman yang ada
sementara sahaja

bimbang juga menjadi
golongan munafik

Ya Allah
Ya Tuhanku

lindungilah aku dari menjadi
golongan munafik

lindungilah aku juga
dari menjadi orang yang berkata-kata lebat
tetapi di dalam hatinya masih ragu-ragu

dari menjadi golongan yang ibadatnya untuk orang
untuk menunjuk-nunjuk
bukan kerana-Mu

dari menjadi orang yang nampak berani memaki-maki
tetapi apabila sampai waktu di mana perlu untuk mempertahankan agamanya
lari terkecut telur

dari menjadi orang yang ketika ramai orang
ibarat malaikat perilaku
tetapi 'pabila berseorangan
dirinya berubah menjadi syaitan

dari menjadi golongan yang kononnya berjuang ikhlas
tetapi risaukan harta dan pangkat hilang
pabila diugut kecam

ya
memang aku bimbang
aku tidak mahu menjadi begitu

Ya Allah
Ya Tuhanku

aku bermohon lagi
lindungilah aku dari tersasar jalan
banyak sungguh dosaku
ampunilah dosaku

aku tidak mahu menjadi munafik
yang kononnya baik dalam kalangan umat
tetapi di luar kalangan
menjadi musuh dalam selimut

ini bukan bidisan
ini bukan tembakan padu
ini bukan apa-apalah

ya
ini bukan sindiran kepada sesiapapun

sekadar meluah apa yang dirasa di hati

tidakkah kamu semua bimbang
menjadi golongan munafik

yang hanya berkata-kata sahaja
tetapi
hatinya kosong

menjadi golongan yang
katanya Islam
tetapi tidak yakin dengan Islam

ish

Ya Allah
ampunilah dosaku

dan dosa semua umat Islam
yang lain-lainnya

berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu
kepada kami semua

lindungilah kami
dari api neraka-Mu
dan kemurkaan-Mu

sebaliknya

berikanlah kami
syurga-Mu
dan keredhaan-Mu

hanya kepada-Mu
kami menyembah
dan hanya kepada-Mu
kami memohon pertolongan

ampunilah dosa-dosa kami yang terlalu banyak ini
tanpa rahmat-Mu
tiada dayalah kami ya Allah

sesungguhnya hidup di zaman ini
terlalu banyak dugaannya bagi kami yang lemah ini
tetapkanlah hati dan iman kami semua ya Allah

Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. ak pon same....ak pon stiap hari tertanye2 bnde yg same........hooooooooohhh sedihnyeee

    ReplyDelete
  2. takpe.doa ah.
    lu budak asis ke?batch berapa ni?

    ReplyDelete