23.6.10

Propaganda Media/Kepentingan Ilmu Dalam Menafsirkan Sesuatu Maklumat

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja membaca artikel di blog ini.Di dalamnya ada ditulis mengenai isu insiden Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan masuk ke United Kingdom baru-baru ini oleh Theresa May akibat kononnya ucapan beliau (Dr. Zakir Naik) dapat menggalakkan orang Islam menjadi pengganas (???).

Dan kebetulan di Twitter petang tadi,ada mendapat link untuk berita ini.Jadi,saya berminat untuk menulis tentangnya.

Okay,first of all,chill dahulu.Tonton video di bawah ini mengenai penjelasan Dr. Zakir Naik sendiri mengenai isu ini yang akan saya ulas sedikit tentangnya.

(Ada tiga video,saya hanya letakkan satu sahaja di sini.Bahagian kedua dan ketiga video ini saya letakkan link sahaja.Ini kerana bimbang page ini lambat loading nanti.)

Exclusive: Dr Zakir Naik refutes UK media allegations [Part 1/3]



Exclusive: Dr Zakir Naik refutes UK media allegations [Part 2/3]
Exclusive: Dr Zakir Naik refutes UK media allegations [Part 3/3]

Hurm,bagaimana ya hendak dimulakan artikel kita.

Ha,sebenarnya video ini bukanlah topik utama yang ingin saya tuliskan di dalam artikel ini hari ini.

Tetapi,tidak mengapa.Kita cerita sedikit tentang video ini dahulu.

Mengenai video ini sebenarnya,nampak sangat ada agenda & propaganda di sebalik kejadian ini.Dari penjelasan Dr. Zakir Naik,dia mengatakan ucapannya telah disalah-tafsir atau di dalam Bahasa Inggerisnya disebut misquoted.

Yup,itu memang standard dioranglah untuk 'salah tafsir'.

Dikatakan,ucapan Dr. Zakir Naik boleh menyebabkan seseorang Islam itu berubah menjadi Pengganas.Aik?Saya sering mendengar ceramah Dr. Zakir Naik ini dan ceramahnya kebanyakannya berkisar mengenai Religious Comparison dan Kebenaran Islam.Takde pulak isu Pengganas.

Dan untuk pengetahuan anda,mereka membuat tuduhan ini berdasarkan video ucapan Dr. Zakir Naik dari Youtube yang telah diubah-suai.

Haih,propa-propa.Tak habis-habis.

Berbalik kepada isu pengganas ini,agaknya mereka lupa agaknya suatu hakikat.Tentang Filem Hollywood mereka.Jika 'ucapan' Dr. Zakir Naik yang hanya disertakan dengan kata-kata kononnya boleh menjadikan seseorang itu berubah menjadi Pengganas,habis tu,filem-filem/lagu-lagu yang memaparkan jalan cerita/lirik yang explicit dan ganas tu?Bagaimana?

Propa-propa.Tetapi,tidak hairanlah ada golongan (bukan semua) yang masih boleh percaya laporan-laporan yang mereka buat itu.Tahu kenapa?Lihat video ini.

Kuasa Media.Ya.Itu dia.Media adalah medium penting dalam mempengaruhi minda manusia.

Dan ini membawa kita kepada point utama artikel ini,iaitu Kepentingan Ilmu Dalam Menerima/Menafsir Maklumat Dari Media.

Ya.Itu dia.

Kita tidak boleh main sebat sahaja percaya semua benda yang disuapkan kepada kita pada hari ini.Betul,Tuan-Tuan.Jika kita percaya bulat-bulat,bahaya.

Tetapi,ini juga tidak bermaksud semua yang dipaparkan media itu salah.Ha.Itulah pentingnya ilmu di sini.Ilmu dalam menafsirkan maklumat.Gunakan akal yang dikurnia untuk berfikir.

Mari kita ceritakan satu persatu-satu apakah langkah-langkah yang perlu kita ada semasa menafsirkan berita/artikel dari media (tidak mengira Media Massa,Maya atau Bertulis).

1) Jangan baca/tonton berita dari satu sudut sahaja.

Ya.Itulah kesilapan kita hari ini.Tidak kira di mana kita beradalah.Jangan baca berita dari satu pandangan sahaja.Ini supaya tidak berlaku bias di dalam penafsiran kita terhadap satu maklumat.

2) Jangan taksub terhadap sesuatu pihak/pemimpin itu melebih-lebih.

Kita kena ingat.Kita ini semuanya manusia biasa.Bukan Rasul.Dan kita ini semuanya tidak maksum.Jadi,bukan perkara pelik jika kita melakukan kesilapan.

Begitu juga dengan pemimpin/personaliti terkenal tertentu!

Mereka juga manusia.Ada masa mereka melakukan kesilapan.Yang kita ini para pengikut/peminat mereka,jangan mengikut membuta tuli setiap yang diucapkan mereka.Jika salah,tegur!Jika benar,setuju.Itulah cara yang sebenarnya.

Tetapi,sayang.Kerana pada hari ini,kita dapat lihat banyak kejadian di mana terjadi dalam kalangan kita ada golongan yang taksub terhadap sesuatu pemimpin.

Tidak boleh seperti itu bai.Mereka juga bisa melakukan kesilapan.Di sinilah pentingnya teguran kita.

Anda masih tidak faham?Mari saya bagi contoh supaya anda faham.

Ada satu Figura (Pemimpin) ini.Dia ini ada ilmu agama/politik/sains dan sebagainya.Dan dia ini pandai bercakap/bersyarah.Kemudian,pengikut-pengikutnya terlampau taksub kepadanya.Sebagai manusia biasa,pastilah ada sedikit perasaan riak/bangga diri berlaku bukan?

Jadi,hendak dijadikan cerita,Si Pemimpin ini tersalahlah cakap.Ramai orang mengkritik dia.Dia pada mulanya hendak mengaku salah,tetapi akibat pengikut-pengikut dia ini yang ramai taksub terhadapnya,dia pun egolah hendak mengaku silap.

Akhirnya,kes yang simple ini berubah menjadi complicated.

Sepatutnya kita jangan begitu.Ikutlah mereka (Pihak yang disebutkan di atas) as long ianya berlandaskan syariat Islam.Itu yang penting.Anda dapat bukan mesej yang ingin disampaikan?

3) Banyakkan membaca.Kurangkan berhibur.

Heh.Ini lagi satu.Anda faham-fahamlah sendiri apa yang ingin disampaikan di sini okay.

4) Jangan membuat penafsiran yang tidak rasional/Jangan cepat beremosi.

Ya.Kalau ada satu idea yang baik datang dari pihak yang kita bencikan,jangan terus membangkang.Tafsir dulu baik buruknya pendapat itu.Barulah terima/tolak pendapat mereka.

Dan,janganlah cepat mempercayai sesuatu berita yang tidak pasti.Islam tidak mengajar perkara ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [49:6]

Nampak?Dari sini kita juga boleh lihat,budaya menyebarkan khabar angin adalah budaya yang salah.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan.

Dan kita tahu internet ini banyak kebaikan bukan?Tetapi,ada juga keburukannya.

Yalah.Sama juga seperti pisau.Teknologi hanya bermanfaat jika digunakan ke arah kebaikan.

Apakah keburukannya?

Saya tidak tahu anda bersetuju atau tidak dengan pendapat saya ini.Tetapi perkara ini saya sudah fikir bagi tempoh yang agak lama.

Begini,

Dalam internet ini banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan.Tetapi,masalahnya,ilmu ini disebarkan dengan terlalu meluas.Kadang-kadang,ilmu itu ada juga silapnya.Dan,bukan semua orang boleh membacanya.Maksudnya,bukan semua orang mampu menafsirnya dengan elok.

Kita kena ingat.Ada orang dia terus percaya bulat-bulat sahaja apa yang mereka baca.Bayangkan jika mereka baca satu artikel yang entah betul entah tak,kemudian mereka percaya benda itu,dan mereka sebarkan lagi.Tak ke parah?

Itulah orang cakap.Hendak berilmu biar berguru.Dapatkan ilmu dari sumber yang elok.Jangan main taram sahaja.Mungkin ada dalam kalangan anda merasakan perkara ini simple,tetapi cuba bayangkan jika adik anda yang baru Form 3 terbaca artikel-artikel mengarut di dalam internet yang boleh membahayakan akidahnya.Bahaya bukan?

Senang cerita kesimpulannya,ilmu yang sepatutnya orang-orang tertentu yang ada kemahiran menafsir baik/buruk secara matang sahaja membacanya,tetapi di internet ini,semua orang membacanya.Akibatnya,sebahagian besar dari kita tidak dapat mencernakan ilmu itu dengan baik yang membawa kepada perkara yang lebih buruk.

Faham?

Jika tidak faham,abaikan.Jika saya salah,tegur saya.Okay?

Itu sahaja dari saya.

By the way,mengenai isu Dr. Zakir Naik ini,saya rasa mereka ban beliau adalah kerana mereka takut kebenaran ini disebarkan sahaja.You know la kan.Tapi,jangan risau.The truth will be revealed.Insya-Allah.

Semoga mendapat manfaat dari artikel ini.Jika berlaku kesilapan,tegurlah saya.

Oh ya.Last-last.Ingatlah juga bahawa orang yang cuba/sedang mengamalkan/mengikuti ajaran/jalan Islam itu sentiasa mendapat tentangan dan ujian.Janganlah berputus asa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/s: Ada orang marah saya menulis mengenai World Cup.Saya sekadar mahu bertanya,jika tidur lewat semua dan sebagainya,ke manakah hilang waktu Tahajud kita?Mungkin ada yang lakukan Tahajud itu.Tetapi,adakah anda (tanya diri sendiri) lakukan?Sekadar bertanya.Jangan emosi.Ini soalan untuk diri sendiri juga.


2 comments:

  1. Saya setuju bahawa pelbagai kebaikan dan keburukan ada dlm internet ini. Ianya satu alat bukan satu matlamat. Maka ibarat pisau yg boleh diguna untuk membunuh atau potong bawang, maka kebijaksanaan dan pertimbangan iman, akal dan ilmu kitalah yg menentukan gerak kerja dan tugasannya. Matlamat & destinasi kena jelas. Kita mahu menuju Redha Allah.

    Modus operandi Yahudi dan Nasrani yg forever memusuhi Islam itu, ialah menguasai media dan sistem politik & ekonomi dunia. Maka jangan terkejut beruk apabila mendapati propaganda di media atau hiburan melampau yg ditaja, supaya umat ini lembik dan dikuasai mereka. Umat Islam yg berjumlah 3 billion yg rata2 kualitinya hampas belaka.

    Moving forward:
    1.Bergantung haraplah pada Allah.
    2.Yakinlah janji2 Allah.
    3.Dalami ilmu syariat & fardu kifayah.
    4.Ikhlas dalam perjuangan & ibadah.
    5.Pohonlah redha Allah dalam setiap geraklaku dan lintas hati.

    Jazakallah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan,
    honestly ,thanks sebab komen tuan ni.

    memang betul.
    saya ada fikir juga.
    mungkin lepas abis belajr ni nanti,maybe nak dalami ilmu agama.sambung belajar dalam kefahaman agama ke ,quran dan hadis ke.ape2 la.

    insya-Allah kalau ada rezeki,cita-cita saya nak berdakwah secara 'real'.

    maknanya bukan melalui laptop.tapi face to face.

    doakan saya berjaya.

    by the way,memang kita umat Islam perlukan satu sama lain dalam menghadapi ancaman hari ini.

    sebab,terlalu banyak fitnah dan dugaan.

    Assalamualaikum lagi.
    semoga dirahmati Allah usaha kita ini.

    ReplyDelete