18.6.10

Sembahyang Ekspress - Who Are We Trying To Fool? (Berserta Maksud Bacaan-Bacaan Di Dalam Solat)

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan penulisan,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan SOT kerana saya mendapat ilham untuk tajuk entri kali ini dari komen yang dia buat beberapa hari lepas.

Dan sebelum meneruskan penulisan juga,saya ingin mengongsikan dengan anda maksud bacaan-bacaan di dalam sembahyang yang saya ambil dari sumber ini.

Selamat Membaca!

Takbir
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika Duduk di antara dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Maksud Salam
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Maksud Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Baiklah.Itu yang pertama.

Yang kedua,saya minta anda (termasuk diri saya) supaya memahami dan menghafal maksud bacaan ini.

Bukan sahaja hafal,tetapi hayati.

Apa guna kita bersembahyang jika sembahyang itu ibarat seperti Burung Kakak Tua yang meniru percakapan Tuannya?

Sebagai contoh,cuba ambil bacaan duduk di antara dua sujud.Saya pasti ramai di antara kita yang tidak tahu pun selama ini apakah maksud bacaan di antara dua sujud itu.Lantas,kita pun membacanya sambil lewa.

Lebih teruk,ada yang tidak habis lagi bacaan duduk di antara dua sujud,tetapi sudah membawa badan untuk sujud.Apakah itu?Di manakah disiplin anda?Masuk PLKN punya berkawad sakan,tetapi 'pabila kita menyembah Tuhan Yang Maha Esa?

Cuba renung bacaan duduk di antara dua sujud ini.

Ya Allah,
Ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku
dan
Maafkanlah akan daku.


Betapa menunjukkan bahawa solat ini sebenarnya adalah kita sedang berbicara dengan Allah dan memohon kepada-Nya.Menunjukkan juga bahawa kita ini manusia lemah.Hanya kepada-Nya sahajalah kita memohon.

Tetapi,adakah kita sedar semua ini?

Berbalik kepada tajuk artikel kita,iaitu Sembahyang Ekspress - Who Are We Trying To Fool?

Bagaimana ya hendak mulakan.

Ha.Begini.

Cuba kita renung kehidupan seharian kita.Kita di dalam pasukan uniform misalnya.Apabila hendak bercakap/berurusan dengan ketua pasukan kita,punyalah menggeletar kepala lutut akibat terlalu respek tabik dan hormat kepadanya.Tidak bergoyang sikit pun badan semasa perbualan berlaku.Tegak.

Kemudian,kita lihat pula kita dengan Raja/Sultan/Pemerintah kita.Hatta Ketua Kampung sekalipun ketika kita hendak meminta mereka memberikan kita atau meluluskan satu projek tender tanah kepada kita,gua cakap sama lu lah,punya chantek lu ayat diorang.Percayalah.Tiada kata-kata mengguris hati langsung diucapkan.

Tetapi,kita lihat pula kita apabila bersembahyang bagaimana.

Fikiran melayang!Otak teringatkan kepada Nasi Impit di atas meja makan.Sembahyang tidak khusyuk akibat risau Bos marah kita sembahyang lambat.

Aik?

Saya sudah pelik.Kita ini diciptakan oleh Bos kita ke atau Allah?Mana lagi penting?Kepada siapa kita mahu mengharap pengampunan?Kepada siapa kita mahu mohon rezeki?Siapa yang memberi kita rezeki?Siapa Tuhan kita?Kepada siapa kita akan kembali?Kita ini patut takut kepada siapa?

Fikirlah tuan-tuan.

Kemudian,apabila Cikgu kita memanggil kita menyuruh kita melakukan sesuatu,kelam kelibut datang kepadanya takut dimarahi.

Tetapi,'pabila azan/iqamah berkumandang menyeru kita bersolat,kita boleh santai-santai lagi dekat tangga masjid.

"Lek lu bai.Isap rokok cite kutuk maki politik dulu.Kita ni kan Politicians berjaya".

Padahal,kita sedang mempermainkan siapa?

Ingat.

Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. [11:4-5]

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [11:123]

Insaflah kita semua.

Ada kisah benar.Kisah seorang Imam di Surau yang tidak boleh didedahkan identitinya kerana bimbang mendatangkan aib.Tetapi,ditulis kisah ini bukan untuk mendatangkan aib.Tetapi,supaya kita semua (termasuk saya dan Imam itu) mengambil pengajaran.

Beliau ini,setiap kali mengimamkan sembahyang,laju macam kilat.Kemudian,semasa membaca doa,tangannya menggaru-garu.

1st,cuba fikir,adakah itu cara kita menyembah Allah yang menciptakan sekalian alam dan memberikan kita rezeki?Kalau andalah menjadi Bos (misalnya),anda hendak ke menggaji orang yang menggaru-garu kepala ketika ditemuduga kerja?

2nd,kita tahu bukan hidup kita ini hampir 24 jam berhibur sakan.Tetapi,tolonglah,sekurang-kurangnya selepas sahaja takbir diangkat,cubalah untuk khusyuk sembahyang itu.

Kita hendak kejar apa?Bola?Duit?

Itu semua tidak boleh bawa ke mana jika maut sudah mendatangi diri.Hanya tiga perkara itu sahaja yang boleh dibawa mati.

Tetapi,ini tidak bermaksud tidak perlu berusaha di dalam hidup.Ini tidak bermaksud kita perlu bermalas-malas.Itu bukan cara Islam.Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan ahli perniagaan berjaya.Anda faham bukan apa yang ingin saya sampaikan.Yalah.Bukan apa.Kadang-kadang,ada orang ini suka loyar buruk.

Berbalik kepada topik asal kita.

Sebenarnya,punca kita bersembahyang ekspress ini mungkin kerana kita tidak pernah faham maksud bacaan-bacaan di dalam sembahyang itu.

Lantas,kita melakukan sembahyang itu bukan sebagai ibadat,tetapi sebagai rutin yang 'terpaksa' dilakukan.

Bahaya tau perkara ini.Anda fikirkanlah.Saya ini bukan lulusan Al-Azhar.Tetapi,tidak semestinya memerlukan kita menjadi lulusan Al-Azhar untuk berbicara tentang agama.Ilmu boleh dicari di mana-mana.Jangan mencipta alasan di dalam mencari ilmu.

Saudara-saudari,jagalah sembahyang kita.Kerana sepatutnya,sembahyang itu dapat melindungi kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.Dan sembahyang juga boleh menghapuskan dosa-dosa kita.Tetapi,lihatlah diri kita.Ini bermakna,ada something wrong dalam sembahyang kita.

"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [11:114-115]

Apakah something wrong itu?

Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita ini bersembahyang laju,tidak khusyuk dan tidak faham apa yang kita baca itu!Jika tidak faham,bagaimana hendak khusyuk?Bagaimana hendak hayati?Dan yang terakhir,bagaimana sembahyang kita itu hendak sempurna?

Jangan ego dalam mengaku kesilapan.

Berubahlah kita semua sementara masih ada kesempatan.Kerana,hanya kepada Allah kita akan kembali.Jika sembahyang kita kepada-Nya kita tidak jaga elok-elok,anda fikir apakah nasib kita kelak?

Fikirkanlah.Ajarkan juga anak-anak kita maksud bacaan sembahyang itu.Melentur buluh biar dari rebungnya.Jangan biarkan kesilapan kita dahulu membiak pada anak kita juga.

Dan yang terakhirnya,adakah anda fikir dengan sembahyang kita yang tidak sempurna (tidak disertakan hati dan kekhusyukan di dalamnya) sekarang ini,kita masih layak dengan kemenangan itu?

Maaf jika terkasar bahasa.Saya ini manusia biasa juga.Sekali lagi mohon maaf.Tetapi,apa yang penting,anda semua mendapat mesej yang ingin saya sampaikan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


11 comments:

  1. A good one...harus setiap hari diperingatkan supaya kita tidak mudah lupa apa tujuan kita bersolat..

    ReplyDelete
  2. mohon dicopy artikelnya bleh ya..nk share ngn sahabat laen

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah

    tersedar dari lamunan yang panjang

    good reminder

    ReplyDelete
  4. good job bro..a very good reminder

    ReplyDelete
  5. umar..bagus betul ko skrg ni..agak lain dr time kt miat dulu..btw entri2 ko mmg sesuai dgn remaja2 skrg ni..hrp mrk baca post2 ko ni sbb bile aku baca pon mmg terkesan dan trsedar dr tido :) truskan menulis dan semoga allah mberi kekuatan kpd para muslimin

    PIAN MIAT

    ReplyDelete
  6. haha Pian.salam.
    lame tak dengar cerita kau.
    1st sekali sorry la sbb aku dah padam fb.so lame tak dgr cite.kau bagi email ym kau ah kat email pospenamaya@gmail.com .sb kalau bagitau public kang tak best lak.or skype ke .

    btw,thanks ah komen pian.komen dari member2 camni la buat aku lagi smngt nak menulis.sbb kadang2 aku pon low gak kan.hehe.member2 ah kena support.lagi satu kita umat islam takleh kita je tau kritik/nasihat orang,kita kena dinasihat /dikritik gak.

    tapi yang penting pendekatan masa dinasihat tu.kalau betul,terima.kalau rasa tak suke,diam je.sbb kalau kita menjawab nak tnjuk sape lagi banyak ilmu,tak berkesudahan masalah umat islam kita.tapi kalau kita silap,terima la teguran.jangan bodoh sombong lak.

    n btw lagi,haha.aku sama je dgn aku dulu.still billy yang suka wedges giant nilai .

    haha.
    okay2.
    balik ni ada masa jumpe lah.
    leh hangout same.
    rindu kau ah.

    ReplyDelete
  7. thanxs for the reminder, a good lesson. :)

    ReplyDelete