1.7.10

L.E.K.A - Lalai Engkau,Kebinasaan Akhirnya (Hayat Hidup Kita Ini Terlalu Sedikit Untuk Dibazirkan)

Assalamualaikum

sebenarnya
banyak perkataan itu
jika diamati secara teliti
setiap satunya mempunyai maksud yang lebih mendalam lagi
cuma maksud itu
berbeza
mengikut persepsi individu

contohnya
s.a.m.p.a.h - seperti angin malam , penuh anganan hitam
m.a.s.a - memahami amanah sebalik anugerah
dan banyak lagi
setiap itu mempunyai maksudnya yang tersendiri
jika difikirkan

tetapi sayang
ianya hanya kata-kata
dan perkataan
yang bisa dengannya menjadikan seseorang itu hipokrit terbesar Malaya
atau dunia mungkin?

kadang-kala niat baik
sering terbantut akibat persekitaran
sering kali terbantut akibat takutkan persepsi
rugilah kita jika begitu

baiklah
kita tahu untuk apa sebenarnya tujuan kita ini diciptakan
dan kita juga tahu kenapa itu dan ini yang lainnya
mengapa,bagaimana dan caranya lagilah kita tahu
tetapi
kita sering leka

banyak sebenarnya contoh
mari kita ambil contoh di sekeliling kita
dan daripada diri kita sendiri

yang pertama
baru dapat gaji besar sedikit
bukannya hendak bersedekah/menyimpannya untuk ke Tanah Suci
sebaliknya yang difikir mahu kereta baru

ya
dunia dahulu yang kita kejar
bersyukur jauh sekali
padahal semasa gaji kecil
menangis-nangis merayu berdoa supaya diberi pendapatan elok

yang kedua
dahulu sebelum peperiksaan
kita bersembahyang berjemaah di surau
kita bersolat hajat
punyalah berdoa mendayu-dayu
dan kita juga bangun bertahajud
tetapi apabila tamatnya peperiksaan
selepas mendapat keputusan cemerlang
ketayap di kepala hilang ke mana tidak tahu
kita bermain di padang bersuka-ria sehingga senja buta
kita melewat-lewatkan solat
kemudian apabila tiba waktunya untuk bersolat
fikiran khayal
malah lebih teruk solat itu terburu-buru pula
tanya kembali diri kita
adakah dunia ini sebenarnya yang kita kejar?
adakah nafsu ini yang menjadi arah pacuan hidup kita?
adakah ini caranya yang betul?

ya
memang kita tahu semua jawapan kepada persoalan ini
tetapi kenapa masih bertindak seperti tidak tahu?
kerana kita lupa

ya
lupa,lalai,leka dan segala perkataan yang seerti dengannya
leka ini sebenarnya hanya akan membinasakan kita

dan tentang melengah-lengahkan solat itu pula
memanglah masih ada waktu
tetapi
cuba renung kembali
apakah tujuan kita diciptakan?
lainlah jika ada darurat dan tanggungjawab
itupun ada rukhsah-rukhsahnya

kemudian
yang ketiga ini
adalah realiti yang sering melanda satu golongan ini
golongan ini adalah golongan
yang sering menghadiri ceramah agama
yang berusrah
dan yang mendengar syarahan
bukan semua kita seperti ini
tetapi banyak dari kita sering leka
hatta yang memberi ceramah pun sama terleka

begini
semasa berceramah/mendengarnya/berusrah
kita punya insaf dan sebagainya
kita menangis
tetapi sebaik sahaja tamat segalanya itu
kita berborak gelak ketawa lucah di kedai mamak berjam-jam
kita mengumpat tikam belakang
kita memaki hamun kembali
kita menonton video klip nyanyian penyanyi wanita yang comel
kita stalk gambar wanita comel di Internet
padahal kita tahu itu semua bakal membawa dosa
tetapi masih lagi kita buat begitu
persoalannya
kenapa hanya di dalam ceramah/usrah kita insaf
kenapa tidak di luar
kenapa ilmu itu tidak pernah kita sentiasa dahagakan
kenapa tidak pernah dicari ilmu itu sendiri
kenapa ilmu itu perlu sentiasa disuapkan kepada kita
kenapa kita tidak pernah fokus dalam perubahan
kenapa?

ini semua kerana kita sering leka
ingatlah
kelekaan ini hanya akan membawa padah kepada diri kita sendiri

orang berkata satu gambar itu seribu maksud
cuba lihat gambar di bawah ini


daripada gambar di atas
tahulah kita bahawa
nikmat di dunia ini hanya sementara dan sedikit sahaja
jika mahu dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak

tetapi still
kita patuh pada godaan Syaitan
padahal kita tidak sedar
Syaitan itu hanya mahu meramaikan Gerombolan Ke Neraka sahaja

insaflah kita semua
penulisan ini sebenarnya satu monolog sahaja
ianya adalah penulisan ditujukan khas kepada yang menulis
bukan kepada orang lain
tetapi diharap
orang lain mendapat manfaat juga

sedarlah
dunia ini sebentar sahaja
Allah sudah berkali menyatakan di dalam Al-Quran tentang ini
tidak percaya?
di bawah ini ada beberapa ayat dari Kitab Suci Al-Quran
bacalah
jangan skipkan pembacaan anda
kerana Al-Quran ini adalah Firman Allah SWT kepada kita semua
ianya adalah kata-kata Maha Pencipta kita kepada kita
yang tahu kelemahan dan keperluan diri kita ini

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -

(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan ugamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, -

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[13:19-28]

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Sehingga kamu masuk kubur.

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
[102:1-8]

itulah dia beberapa ayat yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran
tetapi sayang
tahu kenapa?

....Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. [34:13]

tetapi persoalannya
adakah kita mahu menjadi majoriti yang leka itu
atau minoriti yang bersyukur itu?

berubahlah sekarang
jangan menyesal kelak
kerana di akhirat nanti
sesal kita itu tiada gunanya
dan ingatlah
hidup di zaman kini memang mencabar
banyak fitnah dan dugaan
tetapi sedarlah
ini memang hakikat akhir zaman

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) - Hadis Riwayat Muslim

pilihan di tangan kita
kita mampu mengubah diri kita
berdoalah
berusahalah
cubalah
dan teguhkan iman setiap hari dengan ilmu
bacalah Al-Quran dan Hadis
dan hadiri Majlis-Majlis Ilmu

tetapi yang paling penting
selepas adanya ilmu
amalkanlah ilmu itu
lawanlah nafsu kita
kerana ilmu tanpa amal
ibarat pena tiada dakwat
sedih bukan?

semoga mendapat manfaat dari penulisan ini
yang asalnya ditulis sebagai peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri
betulkan apa yang silap
dan ambil apa yang betul
sama-samalah kita bertegur dan menasihati
janganlah kita menjadi golongan yang lalai lagi
insya-Allah

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


3 comments:

  1. slm. thank you for sharing. a reminder definitely, for the writer and the reader, iA.
    *quoting a friend's YM status*: "kesedaran tanpa perubahan ibarat mimpi-mimpi semalam"

    all the best to you and all of us in working for our aims. keep on writing. ;)

    ReplyDelete
  2. TERBAIK.

    saya jujurnya tak baca ayat quran y admin tulis kalau panjang n berturut2 turut.saya lebih prefer selitkan 2 ke 3 ayat pd setiap selingan mesej admin.

    ReplyDelete