22.7.10

Siri Percutian Musim Panas 13 : Kenapa Saya Memadam Facebook?

Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa,saya ingin mengingatkan.Penulisan yang akan ditulis ini merupakan satu pendapat peribadi,berdasarkan pengalaman peribadi dalam blog peribadi.Jadi,saya memohon maaf jika pendapat yang bakal dikeluarkan saya adalah tidak selari dengan pendapat anda.Walau bagaimanapun,anda boleh menegur saya jika didapati penulisan saya mempunyai kesilapan.Dengan syarat berhikmah.Ini bagi memastikan hati saya tidak terguris.Haha.Tidaklah begitu,tetapi bukankah kita ini orang Islam,Melayu.Mestilah ada tatasusilanya dalam menegur orang.

Baiklah mari memulakan penulisan.

Saya dahulunya,sebagai seorang remaja biasa abad ke-21 memiliki Facebook.Yalah.Seperti orang lain.Tetapi,makin lama saya menggunakannya,makin saya merasakan Facebook ini seperti satu barah kepada minda dan diri saya.

Lantas,saya memadamnya.Di dalam penulisan ini,saya akan menceritakan kepada anda,mengapakah saya memadam akaun Facebook saya.Penulisan akan dilakukan dalam bentuk point diikuti dengan penerangan.

Selamat Membaca.

1) Takde kerja lain dah,bila bukak internet je,bukak Facebook.

Untuk pengetahuan anda semua,cara hidup saya di luar negara sana tidak sama dengan para pelajar di Malaysia.Jika di Malaysia,jika bosan,mereka sekurang-kurangnya boleh pergi bersiar-siar menaiki kereta/motosikal sekitar bandar tempatan.

Di sana ada beberapa kekangan menyebabkan kebanyakan masa dihabiskan di asrama.

Akibatnya,kebanyakan waktu dihabiskan di depan komputer.Jadi,bila sudah duduk di depan komputer ini,apa sangatlah yang boleh dibuat.

Jadi,apabila mempunyai Facebook,saya sering membuka Facebook.Lantas,sampai satu tahap ketika di mana sebenarnya tidak perlupun dibuka Facebook itu,tetapi tetap saya buka.

Seakan-akan satu ketagihan.Saya admit,benda itu memang ketagih bai.

Jadi,untuk mengelakkan masa saya dari dibuang begitu sahaja di depan Facebook,saya bertindak memadam akaun saya selama-lamanya.Untuk pengetahuan anda,sebelum ini saya sudah padam Facebook dan akaun saya yang terakhir ini merupakan akaun saya yang kedua.

Tetapi,atas dasar konon nak contact kawan,saya buat balik.

2) Konon buat Facebook sebab nak contact Kawan,tetapi akhirnya menjadikan saya seorang Stalker Cemerlang.

Itu memang merupakan alasan tipikal kebanyakan dari kita untuk membuat Facebook.Kita mengeadd kawan-kawan sekolah lama dan sebagainya.Hatta yang tidak pernah ditegur dalam dunia sebenarpun kita add.

Konon,kawan.Tetapi,realitinya setelah diadd tidak tegurpun.Kan?Jadi,saya tertanya-tanya kepada diri saya, "Adakah saya sudah menjadi orang yang mengikut trend?".Dan malangnya jawapan kepada persoalan itu adalah "Ya".

Facebook telah menyebabkan kita hidup dengan satu pemahaman "Perlu Berhubung Setiap Masa,Tiada Sempadan,Tiada Masa Privasi".

Pada saya,ini tidak betul.Mungkin ada di antara anda yang mengatakan saya ini jumud dan tidak urban.Ikutlah.Tetapi,mari saya beri satu contoh realiti supaya anda fikirkan.

Anda buka Facebook anda.Kemudian,tiada notification pun pada hari itu.Ternampak satu gambar menarik di Homepage.Buka di situ.Ternampak satu ulasan menarik dari seorang Anak Gadis/Jejaka.Anda bukalah profile mereka.Anda usha pula gambar-gambar mereka dan bla bla bla bla....

Cuba renung keadaan di atas.Tidakkah perbuatan kita itu sebenarnya amat keji?Mengintai kehidupan privasi orang lain tanpa kebenaran.Eh,wait.Mereka bagi actually untuk kita intai kehidupan mereka.Kalau tak,takkanlah mereka letak Public Profile.But,still.Ianya tidak bermoral.

Pada pandangan saya,ianya menjadikan saya seorang yang busybody melampau.Seriously tak suka dengan perkembangan ini.Lantas,saya memadam Facebook.

Mungkin bagi anda yang jarang menggunakan kemudahan internet,anda tidak terdedah dengan penyakit busybody-melampau-sweet-stalking ini.Tetapi,bagi orang seperti saya yang kebanyakan waktu dihabiskan di internet,saya amat tidak selesa menjadi orang seperti ini.

Saya beranggapan,kehidupan peribadi orang,tidak perlu kita tonton.Tetapi,Facebook telah mengubah semua ini.Oh no.

3) Ada Facebook pun bukan tegur pun.

Ahah.Ini lagi satu.Kita katakan kita buat Facebook untuk berhubung.Sebenarnya,tidakpun.

Cuba fikir logik.Dalam kehidupan realiti anda,I mean your real life,ada ke anda hendak bergelak ketawa berhubung 24 jam tanpa henti dengan orang lain?Ada ke anda hendak bercakap dengan orang 24 jam?

Tentulah tidak ada kan?Ianya adalah satu benda yang lame (Bahasa Inggeris) apabila di dalam Facebook berborak bukan main sakan,tetapi dalam dunia sebenar sepatah bicarapun tidak terkata.

Boring...

Pada saya,ini menyebabkan nilai perhubungan sesama manusia itu merosot dan komunikasi menjadi tidak bermutu dan tidak berguna lagi.Yalah.Kita berborak 24 jam.Bila masa hendak senyap.

Jika dinilai dari segi Islampun sama juga.Islam menuntut kita supaya hanya mengeluarkan kata-kata yang berfaedah.Jangan berkata perkara-perkara yang tidak bermanfaat.Jangan bergelak ketawa secara berlebihan tidak hengat dunia kerana ianya akan menyebabkan hati menjadi gelap.

Ada Hadis Nabi SAW yang berbunyi lebih kurang sebegini, "Jagalah lidahmu".Ya.Jagalah lidah dan percakapan kita.Kerana lidah ini boleh menjadi Kilang Dosa Kilat untuk kita.Walaupun di dalam Facebook,kita menaip,sama juga bukan?Kita tetap berbicara sebenarnya.

4) Menambahkan modal umpatan.

Begini.Katakan anda tidak menyukai seseorang.Namanya B.Kemudian,keluar di Homepage anda aktiviti yang dia baru lakukan.Anda merasa sangat annoying dengan perbuatannya dan terus mengutuk dan mengumpat perlakuannya itu bersama rakan anda yang turut tidak menyukainya.

Cuba renung.Saya rasa perbuatan di atas ini digelar mengumpat,bukan?

Ahah.Dan,apakah hukum mengumpat?Ahah lagi.Lantas,sayapun memadam Facebook.

Hati senang,tidak perlu melihat kelakuan aneh orang yang tidak disukai,lantas tidak mengumpat.Yalah.Ini kerana,sebenarnya,tidak semua orang kita perlu kenal dengan sebegitu rapat.Kerana,apabila dikenal seseorang itu dengan sebegitu rapat dalam keadaan minda kita yang tidak bersedia,kita akan membenci beliau lebih pantas dari kita menyukainya.

Haha.Jadi,tindakan saya memadam Facebook adalah tepat.Ya.Anda boleh menyuruh saya memadam Beliau dari Friend List.Tetapi,susah bai.Karang orang terasa la,apa la.Padahal simple matter je kan?Dia tak tahu kita padam atas kebaikan bersama gak.Tapi,itulah.So,saya padam Facebook.

5) Menambah dosa-dosa kecil.

Ini lagi satu.Betul.

Saya admit.Saya remaja biasa.Jadi,apabila melihat ada gambar Perempuan lain yang tidak memakai tudung dan sebagainya,mata saya pasti akan terlihat.

Kemudian,jika saya melihat Profile rakan saya,tiba-tiba Beliau letak Profile Picture gambar Beliau bersama dengan Awek Beliau yang Freehair.Pastilah saya tertengok gambar itu bukan?

Ini semua menambahkan dosa bagi saya.

Banyak lagi sebenarnya contoh.Tetapi ini sudah cukup.You all boleh fikir sendiri.

Jadi,saya pun memadam Facebook.

6) Mengelak daripada perasaan Riak

Ya.Kita tahu riak itu penghapus amalan,bukan?

Dan,di akhir-akhir riwayat akaun Facebook saya,saya menggunakannya sebagai medium berkongsi artikel Pena Maya sepenuhnya.Mean,saya tidak menggunakannya untuk tujuan yang lain (Yo yo je).

Ya.Ingat lagi Facebook Pena Maya?Hendak dijadikan cerita,saya ini manusia biasa.Jadi,ada ketika muncul Hasutan Syaitan yang menyuruh saya menjadi riak apabila melihat ramai Fan di Page Pena Maya.Haha.

Jadi,akibat bimbangkan penguasaan riak melanda diri,saya memadam Facebook.

Tentu anda tertanya-tanya,habis tu di blog ini?Blog lain.Betul.Blog lain.Ini kerana di blog memang tujuan menulis.Di Facebook itu entah mengapalah perasaan itu kadang-kadang menjadi semacam.Tetapi,tetap saya berdoa supaya dijauhkan dari perasaan riak ketika berblog.Kerana,jika saya riak,apalah guna amalan saya semua ini.

Itulah saya menyuruh anda menegur saya jika ada kesilapan dirasakan di dalam Penulisan saya.Jangan memuji saya melampau-lampau.Haha.Kerana saya ini manusia biasa juga.Bahaya tau.

Samalah juga dengan orang lain.Kita tidak boleh overratedkan (memuji melebih-lebih) seseorang manusia biasa itu berlebih-lebihan.Kerana,bimbang perasaan riak datang menguasai mereka.

Apa-apapun,kini saya sudah memadam Facebook.

Banyak lagi sebab saya memadam Facebook.Antaranya Isu Konspirasilah apa lah dan sebagainya.Yang itu saya sudah kerap menulis tentangnya sebelum ini.

Anda boleh baca di dalam Arkib Pena Maya.

Tetapi,itulah.Bagi saya (Nada Tegas),Facebook ini lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Ya.

Dan selepas memadam Facebook sekarang ini,tidak perlu lagi saya busybody pasal hal orang lain.Haha.Lega.Apabila tidak busybody,kuranglah saya sakit hati melihat gelagat sesetengah manusia yang annoying di dalam Facebook itu.Jadi,kuranglah mengumpat.Jadi,hati saya tenang.Haha.Nampak kronologi ini?

Dan ya.Selepas memadam Facebook,rakan-rakan saya yang betul-betul rakan saya (bukan sekadar 'rakan'),masih boleh berhubung dengan saya melalui Skype,YM atau MSN.

Dan,masa saya yang biasanya digunakan untuk membuka Facebook itu,boleh digantikan untuk saya menonton video bermanfaat di Youtube atau membaca blog-blog yang bagus.Bukan?

Jadi,terbuktilah slogan Berhubung Setiap Masa itu seakan-akan satu taktik perniagaan sahaja bagi saya.

Itu sahaja dari saya.Jika tidak puas hati,boleh beri ulasan di bawah.Tetapi,ingat.Ini pendapat peribadi saya.Mungkin ada betul silapnya.Okay?

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


18 comments:

  1. Salam...
    Tahniah...satu tindakan yang wajar dicontohi oleh lain2 anak muda... Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana delete account Facebook anda. Antara salah satu lagi ciptaan Yahudi bagi melarakan umat ini. Tahniah sekali lagi. Gunalah internet bagi mengorek khazanah ilmu dan penyebaran ilmu2 yg bermanafaat, bukan untuk berchatting tanpa arah tuju dlm Facebook. Semoga anak2 saya akan terbuka hati untuk mendelete account2 mereka juga.

    ReplyDelete
  3. @sot & fzi
    terima kasih atas komen dan kata2 semangat ini
    semoga kita semua dirahmati
    insya-Allah

    @sot
    saya doakan anak2 tuan terbuka hati.insya-Allah.ramai sahaja orang sedar .tetapi,mereka masih kabur tentang kelalaian itu.kita perlu sama2 ingat mengingati.

    dan memang susah hendak menjadi anak remaja zaman muda sekarang.saya faham tentang itu.saya juga begitu.insya-Allah saya doakan mereka faham.

    insya-Allah.Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH UMAR ZAKIR...

    kerna anda pandai membezakan yg mana satu intan dan yg mana satu kaca.

    apa2 pun ana berbangga dgn anta atas ketegasan anta mendidik diri menempuhi pancaroba hidup akhir zmn ini dari terus hanyut dlm prkara sia2.

    wassalam.

    ReplyDelete
  5. Salam...saya sependapat dengan saudara, dan amat bersetuju dengan pandangan dan apa yang saudara lakukan. Saya juga ada tulis muslim mesti hati-hati gunakan facebook, mesti berdasarkan aqidah dan syari'at Islam.Mudah-mudahan terbuka pintu makrifat saudara...amin.

    ReplyDelete
  6. salam...hurmm..sy tgh on da way nak cuba delete FB ni...tp..tiba2 bnyk plak mak sedara+pak sedara sy yg xle kontek ada Fb...cam na??..sy patut delete jugak tau kontek dgn depa..

    sbb xle nak kontek..duk oveC..nak tepon xmampu..takat tepon mak abh seminggu skali tu pn free skype..

    mohon nasihat...T_T

    ReplyDelete
  7. wsalam albanat.

    1st of all,saya ucapkan tahniah dan ucaplah syukur kerana Allah membukakan pintu hati cik untuk memadam FB dalam usaha mendekatkan diri kepada-Nya.

    saya faham keadaan cik.sebab saya pon duduk oversea.atau dalam ayat cik,oveC.haha.C besar gitu.

    ada kawan saya nak padam gak dulu,tapi dia cakap ada sedara,mak dia sume..

    pada pendapat saya,begini.

    facebook ni seperti alat yang lain.macam hp,laptop dan sebagainya..

    kalau guna kebaikan,baiklah.kalau buruk?buruklah.

    sama macam hp.boleh guna msg and col.

    tapi malangnya,kita manusia ni,terutamanya orang malaysia,bila dapat satu teknologi,kita guna lebih kepada keburukan dari kebaikan.

    hp?kita sms cintan cintun col awek manjang.col mak pon jarang2 sekali.itu kebanyakan laki la.

    itu sebagai contoh .tapi tak berapa best pulak contoh saya bagi.

    takpe.kiranya cik dapat dah maksud saya tu..

    dalam konteks FB,dia bagus.tapi macam saya,seriously cakap,banyak buruk dari baik.

    so,saya padam je trus.

    dalam kes cik ni,

    SOLUSI dia yang saya cadangkan...

    1) cik boleh padam dari friend list cik orang2 yang cik tak rapat,orang2 yang sekadar 'kawan' dalam FB ,orang2 yang slalu upload benda2 entah hape2 yang kalau cik tngok cik akan umpat dia ke,orang2 yang slalu upload gambar yang boleh tambahkan dosa cik and so on..

    2) dan tinggalkan dalam list tu sedara mara cik je kot.dan,dalam quran ada cakap,ayat berapa surah apa saya tak ingat tapi memang ada,bunyi lebey kurang gini,

    "wahai orang beriman,selamatkan dirimu dan family kau dari hellfire api neraka.sebab bahan bakar api neraka adalah dari manusia .."

    lebey kurang camtu bunyi dia..

    so,cik dah tau ayat tu camtu kan..ini maknanya ,kita bertanggungjawab sebarkan islam pada sedara mara kita...

    kiranya,bila dah tinggal dalam fb tu orang2 yang tak mengundang fitnah /dosa kat cik...

    cik gunalah fb tu sebagai medium dakwah!

    ha..nampak flow dia tak?

    kita gagal guna fb sebagai medium dakwah sebab dalam fb kita banyak sangat benda2 mungkar.

    ya la,kalau kita humban sume jenis manusia dalam tu,yang kenal /tak kenal,samalah ibarat kita bawak sume jenis orang dalam rumah kita.akibatnya,nak sembahyang pon susah sebab ada yang bawak masuk kasut dalam rumah...

    haha.tu metafora je..tapi memang berlaku..

    kira,kesimpulan dia,dalam kes cik ni,cik padam la orang2 yang takde kena mengena dgn cik tu...

    dan gambar2 kat fb tu padam la juga..sebab,saya bukan nak hasut cik ke ape,cik tau tak,gambar2 kat tenet ni,kalau kita upload,ianya akan kekal,walaupun kita dah padam..

    sebab google dah simpan dalam cache.then ada website2 spam lain simpan copy gak and so on.tu belum kira kalau ada orang save ke sume.saya nye gambar2 lame2 banyak lagi tak dipadam aldo saya dah padam ..tapi takpela..yang lame biarkan berlalu..

    Allah Maha Penerima Taubat...

    itu sahaja dari saya...

    cik faham apa perlu dilakukan?

    ape2 pon mohon doa la..

    kalau saya memang saya padam,sebab saya admit ,saya memang lemah sikit bab2 ni nak tahan godaan benda2 ngarut ni.haha..

    ape2pon slmt beramal.

    assalamualaikum dan smoga diredhai Allah usaha cik ni.

    ReplyDelete
  8. oh ya,cik..
    lagi satu..

    bila padam,kalau orang tanya cik,sebab apa padam,cik kalau malas nak cakap banyak,cik diam je.

    sebab bila cik cakap camni camtu,pasti orang akan bla bla bla.dan cik mungkin marah,bila marah cik pon gaduh.

    so,better diam.diam itu kan satu ibadat juga jika niat ikhlas cari redha Allah?

    kuatkan hati la kalau nak berubah ni..sebab orang nak berubah pasti banyak ujian..

    tapi kena ingat la,ini semua untuk kita jugak kat akhirat nanti.kan?

    btw,kalau kat orang2 rapat tu,kalau nak cakap sebab ape,cakap la.kiranya orang yang boleh terima cakap..bukan orang yang bodo sombong.sb orang bodo sombong,kita guna pendekatan lain..sb kalau kita cakap,silap2 kita gak yang bgaduh mulut dgn dia..

    tu pndpt saya la.ape2 pon slmt mencuba.

    ReplyDelete
  9. Asslamualaikum..

    tahniah.. baru sedikit jelas kenapa saya tutup FB..

    seblum ni tutup facebook sedap hati tak sedap..
    rasa tak keruan sahaja..
    kalo kawan tanya mesti jawap, "ntahlah, hati tak tenang". kalo junior2 tanya pun jawap macam tue.. tiada satu jawapan yang rigid.
    Alhamdullilah, dah tahu sedikit and ada juga buat perkongsian..

    thnks yea..
    teruskan perjuangan membangunkan Islam..
    insyaAllah..('_<)

    ReplyDelete
  10. >admin..umar zakir...


    panjang nasihat yg d beri..alhamdulillah wa syukur lillah sudah memeberi komitmen tuk jwb kekonfusan saya...

    sy paham flow yg d bawa kerana bhs yg santai...

    insha Allah..sy akn cuba...syukron...=)

    buat ms ni...sy hnya deactivate dlu..sy cuba alihkan tumpuan sy buat benda len..sibukan dri dgn bc buku n so on...sbb kes sy ni suka bkk FB pas abih klas petg...pas tu melalut smpai malam..

    apa2 pun...jazakallahakhair...moga ilmu2 d blog ni menjadi perkongsian tu orang ramai...moga bertambah redha Allah ke ats sedra...wassalam..=)

    ReplyDelete
  11. assalamu'alaikum wrt wbrt.

    itulah sebaik-baiknya, akhi; padamkan acc. FB jika ada. alhamdulillah kerna saya sendiri tidak pernah memilikinya hingga kini.

    syukran untuk pengisian bahan bacaan saya.

    assalamu'alaikum wrt. wbrt.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum semua
    ini ada link untuk padam facebook

    http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

    ReplyDelete
  13. dan ini http://www.facebook.com/group.php?gid=16929680703

    ini semua permanent padam

    ReplyDelete
  14. Hebat, semua yang ditulis tu betol. Terima kasih PenaMaya, smoga mampu mengikut perbuatan anda

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.semuanya datang dari Allah..

    ReplyDelete