26.7.10

Siri Percutian Musim Panas 15 : Solat Itu Wajib Dilakukan Bagi Seorang Islam Dalam Apa Jua Keadaan.

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini ringkas sahaja.Mengenai Solat.

Pertamanya,ingin mengongsikan beberapa ayat Al-Quran dan Hadis mengenai Solat.

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. [4:103]

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan shalat.” [Hadis Riwayat Muslim]

"Perjanjian yang berlaku di antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat,maka barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah kafir." [Hadis Riwayat Ahmad,Tirmizi,Nasa'i dan Ibnu Majah]

Menunaikan solat pada waktunya menunjukkan kepercayaan seorang hamba terhadap Tuhan dan memperbaharui pengakuannya terhadap keesaan Allah.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi,

"The difference between us and them (Kuffar/Non-Muslims) is that of salaah so whoever abandons salaah certainly commits kufr" yang di dalam bahasa pasar Melayunya jika diterjemahkan adalah "Barangsiapa yang tidak menunaikan solat itu,beliau keluar dari agama (kafir) kerana solat membezakan seorang muslim dengan yang bukan muslim"

Jadi,di sini jelaslah bahawa Solat itu merupakan kewajiban kepada kita semua yang Islam,Baligh,Berakal (Waras) dan Suci daripada haid dan nifas (bagi perempuan). (Link)

Mungkin juga boleh dikatakan sesiapa dalam kalangan kita umat Islam yang tidak bersolat itu gila.Ahah.Ini kalau nak buat lawak bodoh yang kejam la.Haha. (Link)

Di sini,saya ingin menyertakan juga satu e-mail yang dikirimkan oleh seorang pembaca Pena Maya.Semoga kita semua mendapat manfaat.

(Maaf kerana e-mail ini di dalam Bahasa Inggeris).

These are the employees working in one of the Oil Company in Saudi Arabia.Daily they have to work around 4-5 hours in water inside sea.

During that if there is time to pray "they pray in the water itself".

Why not?

Prophet Muhammad (PBUH) said,"Prayer is the main difference between Muslim and non-Muslim".

And also he said,"Biggest theft is theft of Prayer".

I hope this email has increased your iman spirit.




SubhanAllah.

Cuba kita renungkan e-mail ini bersama-sama.Sebarkanlah penulisan ini kepada rakan-rakan/keluarga anda yang tidak bersembahyang.Ini kerana,tiada berguna amalan kita jika kita tidak bersolat di dunia,tidak pernah menyembah Allah yang Maha Esa.

Renung-renungkanlah.Anda juga boleh membaca satu penulisan saya yang lama di sini bertajuk Solat Adalah Penentu Keimanan.Perlakuan Meninggalkan Solat Secara Sengaja Oleh Seseorang Yang Berakal Waras Boleh Menyebabkan Pelakunya Gugur Keimanan.

Iman yang tidak disertai dengan solat yang khusyuk tidak dikatakan iman.Sebab,di antara tanda-tanda kemunafikan adalah meninggalkan solat berjemaah.Ibnu Mas'ud berkata "Tidak seorangpun di antara kita yang meninggalkan solat berjemaah kecuali dia benar-benar orang munafik".

Cuba renungkan kata-kata ini,dan bandingkannya dengan kehidupan masyarakat kita (termasuk diri kita) pada hari ini.

Ada lagi satu juga kisah ingin dikongsikan dengan anda.

Al-A'masy,seorang ahli yang zuhud berkata kepada puterinya: "Demi Allah,aku tidak pernah ketinggalan takbiratul ihram selama empat puluh tahun".

Acam?Or dalam bahasa rasminya,apa macam?

Kita fikirkanlah bersama-sama,ya?

Oh,dah melebih-lebih.Tadi cakap ringkas sahaja.Sorry.Teruja.

Sekian dari saya.Sila betulkan jika ada salah silap.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. wah. smpai kt dasar laut. subhanallah :D

    ReplyDelete
  2. @anon
    alhamdulillah.saya pon same

    @cybernetic88
    itulah pasal.
    yang kita kat darat ni pulak masih tertinggal.usah cakap pasal solat sunat,yang wajib pon tak buat.sedar2lah kita semua yek.
    insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. di angkasa sekalipun kita diwajibkan bersolat...cuma carilah ilmu untuk memantapkan lagi pengetahuan kita dalam bersolat...

    ReplyDelete