27.7.10

Siri Percutian Musim Panas 16 : Ulasan Buku Pesanan Untuk Orang Berdosa

Assalamualaikum.

Di dalam Siri Percutian Musim Panas Ke-6,saya ada menyatakan bahawa saya ada pergi ke Bangi.

Di Bangi,saya berkesempatan berkunjung ke sebuah kedai buku,Pustaka Rakyat.Sempatlah saya belek-belek beberapa buah buku.

Setelah membelek-belek untuk beberapa ketika,saya terjumpa sebuah buku.

Buku itu bertajuk Pesanan Untuk Orang Berdosa.



Hanya dengan membaca bahagian maklumat di bahagian belakang buku sahaja,sudah cukup menarik minat saya untuk membeli buku ini.

Anda pasti fikir buku ini adalah semata-mata tentang seruan bertaubat sahaja,bukan?

Tidak,sebenarnya.

Buku ini pada saya bagus kerana beberapa faktor.

Mari saya tuliskannya di bawah ini :

1) Kandungannya yang bagus.

Buku ini banyak memetik Petikan Ayat Al-Quran serta Hadis-Hadis Sahih.Kemudian,pada setiap Hadis itu,diberi penjelasan mengenai Hadis itu.Dan kemudian,dikaitkan pula Hadis/Ayat Al-Quran itu dengan kehidupan seharian kita.

2) Padat isinya.

Kadang-kala,apabila kita membaca buku,pasti ada bahagian yang macam terlalu bosan untuk dibaca dan kita pun skip part itu.Tetapi,buku ini pengisiannya padat.Setiap mukasurat ada input menarik.

3) Pengarangnya berkaliber.

Dikarang oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni.Saya tidak kenal pun siapa Beliau.Tetapi,dari segi penulisannya,saya dapat membaca pemikiran Beliau ini macam-mana.Beliau memang serious menulis.Bukankah orang berkata,melalui penulisan,kita dapat membaca pemikiran seseorang?

4) Murah sahaja.

RM 20.Apa sangatlah RM 20 itu jika dibandingkan dengan duit yang kita habiskan untuk sekotak rokok,ais krim,KFC,RasaMas dan lain-lain perkara yang tidak bermanfaat malah membahayakan kesihatan.Baik simpan RM 20,kemudian beli buku seperti ini.Kurang-kurang kita mendapat pahala mencari ilmu.Kemudian,buku ini boleh diberi baca kepada orang lain.Kita akan mendapat manfaat juga kelak.Janji niat itu ikhlas untuk mencari rahmat Allah SWT.Jangan riak.

5) Teknik penulisan yang menarik.

Kadang-kadang ada buku ini,skema sangat dia tulis.Bosan juga hendak membaca.Buku ini untuk pengetahuan anda asalnya bukan ditulis dalam Bahasa Melayu.Sebaliknya,ia diterjemah ke dalam Bahasa Melayu Malaysia oleh dua orang anak muda tempatan kita.Dan,tahniah kepada mereka kerana menerjemahkan buku ini dengan baik.Mudah difahami.

6) Boleh dibaca seisi keluarga.

Ya.Semua orang boleh baca.Kerana buku ini bukan novel,yang mungkin hanya dibaca oleh sesetengah golongan,bukan juga komik,yang hanya dibaca oleh golongan yang lain.Sebaliknya,buku ini merupakan satu perkongsian ilmu yang menyeru kita semua kembali kepada jalan Allah dan memikirkan apakah silap kita dalam kehidupan seharian kita pada hari ini.

Banyak lagi sebenarnya.Tetapi,itu sahaja yang saya dapat fikir buat masa ini.

Tapi,percayalah.Berbaloi-baloilah jika anda membaca buku ini.Ahah.Seperti Salesman pula bunyinya.Just for the record,saya tidak ada kena mengena dengan Syarikat Penerbitan yang menerbitkan buku ini okay.

Semasa membaca buku ini,banyak yang saya dapat.Ada yang saya pernah sharekan dengan anda di sini.Berilah buku ini baca kepada anak-anak kita,isteri kita dan sebagainya.

Oh ya,lupa.Ada dua versi cover untuk buku ini.Satu warna ape entah,Pink rasanya,satu lagi warnanya seperti yang anda dapat lihat di atas.

Membaca ini juga menyedarkan saya betapa kurangnya bahan pembacaan yang bermutu di dalam Bahasa Melayu kita.Ada Bahan Bacaan.Tetapi,kurang Bahan Bacaan yang bermutu.

Bermutu ini maksudnya,sesuai dengan realiti zaman sekarang ini,dapat menarik semua golongan tidak kira muda dan tua,dan yang paling penting,dapat menarik minat golongan yang tidak berapa minat membaca bahan agama.

Mari saya ceritakan kepada anda.Remaja hari ini boleh dibahagikan kepada banyak bahagian.Tetapi,saya hendak sebut dua golongan sahaja.Satu,golongan yang dahulunya dari Sekolah Agama,belajar agama dan tahu istilah-istilah Arab dan sebagainya.

Bagi golongan ini,pastilah mereka cenderung untuk membaca buku-buku keagamaan dan mereka juga faham istilah-istilah Arab yang digunakan di dalam kebanyakan buku ini.

Satu lagi golongan adalah,Golongan yang tidak pernah bersekolah agama,hanya belajar Agama semasa di sekolah,tidak pernah memasuki Usrah,rakan-rakan di sekeliling mereka bukan Budak Sekolah Agama dan bla bla bla.

Maknanya,mereka bukan dari bidang Agama.Bukan kata mereka tidak berminat membaca buku ini.

Tetapi,macam mana hendak minat jika buku yang ditulis itu kadangkala terlalu banyak istilah Arabnya.Akibatnya,mereka menjadi tidak berminat hendak membaca buku agama.

Dan,amatlah menyedihkan,golongan yang kedua inilah yang banyak dalam masyarakat kita pada hari ini!

Dan,ya!Saya dahulunya merupakan golongan kedua ini.Tetapi,Alhamdulillah,Allah telah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada saya.Semoga dikekalkan petunjuk ini sehingga hari mati.Amin.

Sekadar mahu berkongsi.Begini.Bagaimana saya (dahulu) mahu berminat membaca ilmu-ilmu seperti ini jika saya tidak faham perkataan-perkataan itu semua?Kenapa tidak digunakan perkataan Bahasa Malaysia dalam penulisan?Diterjemahkan perkataan itu dalam bahasa yang santai dan sempoi.

Bukan salah yang menulis juga.Kerana yang menulis itu berniat baik sekadar mahu berkongsi ilmu.Dan bukan salah yang hendak membaca juga.Tetapi,keadaan ini berlaku kerana kekurangan bahan bacaan bermutu.

Islam itu Universal.Jadi,itulah tanggungjawab golongan muda yang berilmu pada hari ini untuk menggunakan kebolehan Bahasa Malaysia yang baik untuk menulis bahan Islamik berkualiti kepada Golongan Kedua ini.Faham tak?Tukarkan pendekatan penulisan anda.

Kadangkala,seperti saya dahululah,cakap betul,saya tidak selesa menggunakan perkataan "ana anta" di dalam menulis.Bukan saya tidak bersetuju.Tetapi,tidak selesa.Kerana saya dari persekitaran yang lain.

Jadi,anda faham tak maksud saya?Kita kena berdakwah ikut suasana.Kalau dengan orang macam ini,tidak bolehlah kita cakap begitu.Mestilah cakap dengan mereka "Aku,Engkau".Barulah mereka rasa selesa dengan kita.Barulah mesej sampai dengan sempurna.Barulah mereka tertarik dengan Islam.Tunjukkan contoh baik kepada mereka.Tetapi,jika mereka tidak mahu dengar juga selepas kita berusaha,kita tidak boleh buat apa-apalah.Sekadar boleh mendoakan mereka berubah sahaja.

Itulah yang kita kurang dalam penulisan pada hari ini.

Ahah.

Jika tidak faham apa saya cakap di atas,abaikan.

Apa-apapun,itulah dia review saya untuk buku ini.Overall,I give it 4 out of 5 stars.Good job,guys.

Oh ya.Satu lagi.Saya mahu bagi tips membaca kepada anda.Jika anda membaca,janganlah membaca sepintas lalu sahaja.Jangan speed reading,tetapi bacalah dengan berfikir.Itulah cara membaca yang paling betul.

Jika membaca tanpa berfikir,tiadalah guna kita membaca kerana ilmu itu sekejap sahaja melekat di kepala.Lepas habis baca,kebiasaannya pasti hilang.

Apa-apapun,sebagai umat Islam kita kena tahu,buku yang terbaik untuk kita adalah Kitab Suci Al-Quran.Al-Quran ini kita wajib baca dan memahaminya.Barulah boleh menjadi hamba Allah yang baik.

Ditambah dengan persekitaran mencabar pada hari ini,Al-Quran adalah perlu dibaca dan dirujuk setiap hari berserta tafsirnya sebagai peringatan untuk diri kita.

Ingat tu.

Okay.

Saya dah penat.

Sorry hari ini banyak perkataan pasar.Sebab,fyi,I'm in a hurry right now.Petang sikit saya nak keluar bersiar-siar.Ho yeah!

Lastly,Ingatlah Allah pada setiap ketika.

Rasulullah SAW bersabda,"Basahilah lidahmu dengan selalu berzikir kepada Allah".

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


3 comments:

  1. Budaya membaca ni masih belum mari lagi kot. Dgr nya org Jepun suka sungguh membaca, ada ruang je depa membaca, dlm LRT kita sibuk terlelap, depa sibuk membaca. Saya ni peminat buku, dan ada koleksi kurang lebih 300 bijik buku kat rumah, tapi anak2 tak baca pun. Depa baca komik & novel ada le. Di KKB ada public library. Buku2 nya masyaAllah melambak, buku2 baru keluaran terkini. Tapi yg pi library ni boleh bilang ngan jari. Kadang2 takleh bilang pun sebab takdak pengunjung. Pekerja2 kat library ni pulak minat berborak dari membaca. Ish Ish sayang sungguh. Saya kalau pi sekali pinjam buku 15 bijik, sebab ada 5 kad ahli tapi tak larat nak baca semua pun. Memang benarlah membaca menambah ilmu. Memang benarlah juga tak semua buku menarik untuk dibaca. Kalau terjumpa sekali sekala buku yg baik ni, memang rasa nak baca sampai habis. Itulah yg best. Masalahnya membaca ni pulak, mata mengantuk. But anyway I got what Pena Maya try to say in the above posting. Keep up the good work son & enjoy your summer break.

    ReplyDelete
  2. @sot
    terima kasih kerana support saya cik.

    saya setuju dengan orang jepun suka membaca tu.
    ada sorang kawan saya (sama belajar di moscow) pergi london itu hari,ada member dia cakap..

    "apa yang ada patutnya ada pada orang islam pada hari ini,ada pada orang yang bukan Islam.dan apa yang sepatutnya ada pada orang tidak beragama pada hari ini,ada pada orang Islam".

    cuba kita fikir ayat di atas ini.

    negara2 barat,semuanya bersih.negara2 islam,astaga.tandasnya mengalahkan tong sampah.

    apa yang saya dapat simpulkan camni,orang islam akan menjadi lebih teruk dari orang bukan islam jika dia mengabaikan islam itu.

    mungkin itulah balasan yang Allah bagi pada kita kerana abaikan perintah-Nya.kita berperibadi teruk,tidak cintakan ilmu dan lain-lain.

    anak buang banyak jangan cite lah.

    dan ya.orang russia juga suka membaca.mereka membaca bukan baca benda2 karut,tapi kebanyakan mereka baca benda yang berilmu.

    means mereka ada sikap cinta,hargai ilmu.

    kita?berhibur sakan.malah saya kesal bila ada dalam kalangan keliling kita sendiri bila ada orang nak baca isu berat,cuba berfikir isu berat,mereka seperti larang kita buat camtu.

    abis tu,nak biar was was sorang2 je.kita takde sifat cari ilmu tu.

    by the way,tak dinafikan memang ada golongan yang malas dalam kalangan rakyat negara maju.tapi nak compare dgn diorang ,susah ah.comparelah dengan orang yang cemerlang.

    and one more,adalah sangat memalukan bila kita yang mengaku islam,tidak suka membaca.

    ini kerana.wahyu pertama diturun kepada Nabi SAW adalah "BACALAH".

    yakni kita bila menjadi orang Islam mesti berilmu.tinggal budaya tidak berilmu.kerana budaya tidak sukakan ilmu itu = budaya jahiliah.

    apa2pon,tepuk dada tanya selera.

    thanks again tuan for the comment.
    sangat hargai

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. Hands up please...

    Belila buku Fatimah Syarha.
    Buku dia sangat bagus.

    Kalau dia sertakan istilah arab, ada glosari di belakang. Boleh juge tambah ilmu istilah bahasa arab yang mana lebih membuatkan kita faham bila dapat tahu sesuatu perkara lebih dari 1 bahasa.
    Saya dah jatuh cinta dengan penulisan Fatimah Syarha. Saya yang tidak suka membaca novel yang tebal sanggup menghabiskan novel yang dikarangnya.

    novel karyanya bukan sekadar novel.
    tapi mempunyai mesej dakwah.
    saya benar-benar jatuh cinta.

    ReplyDelete