31.7.10

Siri Percutian Musim Panas 17 : Kisah Lomography,Masjid Baru,Bubur Kacang,Ibu Bapa,Kembara Hidup,Bla Bla Bla... (Catatan Kelana Pahang 2010)

Assalamualaikum.

Dalam masa beberapa hari ini semenjak penulisan terakhir,saya telah berada di empat (mungkin lebih) buah daerah sekitar Pahang atas beberapa urusan.Dan,ya.Sememangnya Negeri Pahang itu indah.Diakui oleh Encik Pena Maya sendiri.

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan di sini.Kiranya,kita bolehlah gelarkan penulisan ini sebagai Catatan Kelana Pahang 2010.Amacam?Komersial bukan namanya?

Salah satu sebab kenapa saya menulis Catatan Kelana Pahang 2010 ini adalah dalam usaha memperkenalkan Pahang dan daerah-daerahnya kepada rakyat Malaysia dari negeri lain.Kerana Negeri Pahang ini seperti sangat low-profile kadang-kadang saya lihat.Haha.Masih banyak yang menjadi rahsia tidak diketahui orang ramai.

Jadi,sebagai seorang anak jati Pahang yang berkaliber,saya merasa bertanggungjawab menulis Catatan Kelana Pahang 2010 ini.

Pertamanya,kisah semasa saya di Kuantan.

Oh ya.Sebelum itu,saya ingin memberitahu kepada anda semua.Saya baru sahaja membeli sebuah kamera Lomography Fisheye One Woodgrain secara online.Ianya telah selamat tiba di rumah saya pada hari Khamis yang lepas.Alhamdulillah.Syukur.Wuhu seronoknya!

Saya sememangnya meminati bidang Lomography ini dari dahulu lagi.Kerana saya secara jujurnya menyukai perkara-perkara yang seni dan pelik-pelik ini.Seperti Pop Art,Lego dan sebagainya.

Dan,minat saya itu kerap saya kongsikan di blog ini melalui gambar-gambar hiasan yang ada di Pena Maya.Kebanyakan gambar yang ada itu biasanya saya tangkap sendiri.Jika suatu gambar itu bukan milik saya,biasanya saya letakkan di bawah gambar itu caption "Gambar Hiasan".Dan jika ianya milik saya (diambil,diedit dan ditangkap oleh saya),saya akan letakkan caption "Sumber : Tumblr Pena Maya" di bawah gambar itu.

Bukan lawa sangatpun gambar-gambar itu.Sekadar self-satisfaction sahaja Orang Putih kata.Dan,setiap gambar-gambar itu sebenarnya mengandungi mesej tersendiri yang boleh difikirkan bagi orang yang mahu berfikir.Cuma,persepsi yang dihasilkan mungkin berbeza bagi setiap orang.Yalah.Manusia itu bukankah diciptakan berbeza-beza.

Okay.Tamat kisah selingan Lomography kita.

Berbalik kepada Kelana Pahang.

Perjalanan bermula semasa saya pergi ke Kuantan.Seperti yang anda tahu,Kuantan merupakan Ibu Negeri Pahang.Itu semua orang tahu,bukan?

Saya pergi ke sana menaiki kereta.Di dalam perjalanan,sempat singgah sebentar di Maran.Tentu ada yang menyangka Maran itu adalah Marang.Tidak,tidak.Marang dan Maran adalah dua daerah berbeza.Cuba Google kalau tidak percaya.

Di Maran,saya berkesempatan makan di Restoran Aloha yang menyediakan menu utama Sup Ayam Kampung Panas berserta Ikan Bakar Bersambal.Maaf tiada gambar diambil semasa berada di Restoran.

Kenapa?Ini kerana santapannya lazat sungguh sehingga tidak hengat dunia memakannya.Haha.Tidaklah begitu.Itu buruk laku sangat namanya.Kamera saya letakkan di dalam kereta semasa makan.Itulah sebab tiada gambar.

Selepas makan,Tokey Kedai datang ke meja makan kami dan mempelawa kami menikmati Bubur Kacang Percuma Santapan Istimewa Hari Jumaat.Wah.Ini adalah bagus.Syukur Alhamdulillah.

Tamat Kisah di Maran,Pahang.Ada beberapa Pengajaran yang saya dapat semasa berada di Pahang.

1) Jangan kedekut untuk bersedekah.

Cuba lihat diri kita.Makan punya mewah.Sup Ayam Kampung Panas la ape la.Jadi,bila ada rezeki lebih,selalu-selalulah amalkan bersedekah kepada masjid,anak yatim dan sebagainya.Sedekah bukan sahaja menambah amal kita,sebaliknya ia juga boleh menghapuskan dosa kita jika dilakukan ikhlas niat kerana Allah SWT untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” [Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan selainnya]

2) Berniaga sambil beramal.

Perbuatan Tokey Kedai Restoran Aloha yang mempelawa pelanggan-pelanggannya makan bubur kacang percuma itu sebenarnya menampakkan ciri-ciri Islam sebenar.Ini pendapat sayalah.Jika silap sila betulkan.Kenapa saya cakap begitu?Kerana,kita Umat Islam,berniaga bukan sekadar berniaga mencari untung.Kita berniaga mencari rezeki halal dan mencari keredhaan Allah.Jadi,perbuatan berniaga sambil menderma bubur kacang adalah satu perbuatan yang boleh dicontohi.Cuma mungkin berbeza cara dan kaedahlah.

Selesai makan,perjalanan saya diteruskan ke Kuantan,Bandar Lestari.

Semasa lebih kurang 47 Kilometer lagi jarak ke Kuantan,saya berhenti dan mengambil gambar batu jarak ini.


Bersemangat bukan turun semata hendak mengambil gambar batu jarak itu?Ada sebab sebenarnya.

Begini.Cuba lihat Batu Jarak itu.Ditulis di situ jarak ke Kuantan adalah 47 Kilometer lagi bukan?

Itu jarak ke Kuantan.Perjalanan yang kita ketahui jaraknya.

Untuk pengetahuan anda,hidup kita ini juga satu perjalanan.Dan hidup kita ini juga mempunyai batu jaraknya yang tersendiri.Sama seperti perjalanan ke Kuantan ini.

Penamat hidup di dunia kita ini menghala ke arah mana?Tentulah kematian.Dan berapa kilometer lagikah kita untuk sampai ke penamat hidup di dunia ini?

Tiada siapa tahu melainkan Allah SWT,Tuhan yang Maha Pencipta.Dia telah menciptakan langit dan bumi.Hanya Dia tahu berapa lama lagikah tempoh kita berada di dunia ini.

Dan,kita semua akan kembali kepada-Nya.Persoalannya,bersediakah kita?Cuba ambil contoh Perjalanan Ke Kuantan ini.Sudah semestinya sebelum sampai ke Kuantan dan bertemu dengan temujanji anda itu,anda akan bersiap-siap dahulu bukan?

Cuba tanya diri kita,adakah kita sudah mempersiapkan diri hendak berjumpa Maha Pencipta kita?Atau adakah kita hidup leka meninggalkan perintah-Nya,dan melanggar larangan-Nya?

Fikir-fikirkan.Ini kerana mana tahu entah-entah di dalam Batu Jarak Hidup kita ini,hanya tinggal 1 Hari sahaja lagi untuk berjumpa dengan-Nya.

Banyakkanlah Istighfar dan Zikir.Kembalilah kita ke jalan-Nya.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat,jika kita meminta keampunan-Nya.

Tamat kisah di Kuantan.

Malam itu,saya bergerak menuju Kuala Lipis.Ada urusan lain pula.Di Kuala Lipis,ada satu kisah yang menyebabkan saya menjadi sayu.

Kisah itu tidak perlu diceritakan di sini.Saya ingin berkongsikan moral yang saya dapati daripadanya sahaja.

Apakah Moralnya?

Berbuat baiklah kepada Ibu Bapa.

Ini kerana,anda mungkin pernah merasakan Ibu Bapa anda tidak sayang,mengabaikan anda dan sebagainya.

Tetapi,ketahuilah,sebenarnya,mereka amat-amatlah sayang pada kita.Cuma,mereka juga manusia.Ada masa mereka penat dan sebagainya.

Dan,ketahuilah kita.Mereka bersungguh-sungguh mencari rezeki itu bukannya semata mengumpul harta.Sebaliknya,hampir semua dari Ibu Bapa yang ada di dunia ini mencari rezeki untuk menyara keluarga dan menggembirakan anak-anak mereka.

Betul.

Jadi,sayangilah mereka.

Doakanlah supaya mereka diberikan kesihatan yang baik,murah rezeki dan yang paling penting supaya Allah memberikan mereka Petunjuk Hidayah dan Keampunan kepada mereka.

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [17:24]

Tahukah anda Doa Anak Soleh itu merupakan satu daripada tiga perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak?

Jadi,berdoalah kepada Allah memohon kebaikan untuk Ibu Bapa kita.Saya hairan apabila ramai di antara kita boleh berbuat baik kepada kucing,tetapi menyaman Ibu Bapa mereka.

Ketahuilah anda,memaafkan itu lebih baik daripada berdendam. (Link)

Anda boleh baca dua artikel ini iaitu Doa Anak Soleh Terhadap Orang Tua dan Perlunya Memaafkan Kesalahan Orang Lain.Kedua-dua penulisan ini pasti menyayat hati kepada sesiapa yang membaca.

Oh ya.Di Kuala Lipis,sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,saya berkesempatan makan di bangunan yang dahulunya merupakan Kediaman Residen British Di Pahang.Di Restoran itu,ada sudut karaoke.

Astaga Melayu kita.Berkaraoke tengah malam buta.Dan lebih menyedihkan,inilah cara hidup sebahagian besar daripada kita (peringatan untuk diri saya juga).Waktu berhiburlah yang paling banyak mengisi jadual seharian kita.

Tamat di Kuala Lipis.Pergi ke Temerloh pula.Di Temerloh,sempat menangkap satu gambar.


Cuba perhatikan gambar di atas.Ada anak panah.

Sebenarnya,anak panah di atas boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang berfikir.

Begini.Allah telah menciptakan kita dengan pilihan.

Pilihan untuk berbuat baik atau jahat.Pilihan untuk patuh atau ingkar.

Dan,bagi sesiapa yang patuh kepada Allah dalam hidupnya,Syurgalah untuk mereka.Dan kepada yang ingkar,Nerakalah jawapannya.

Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.Kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin - Tiada Tuhan melainkan Engkau,Maha Suci Engkau,dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang zalim

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [3:185]

Apakah kaitan dengan Anak Panah di dalam gambar?

Cuba lihat anak panah itu.Ianya terletak di persimpangan.Ada dua anak panah sebenarnya jika anda perhatikan betul-betul di dalam gambar ini.Satu lagi anak panah akan membawa kita ke belah kiri.Ini bermakna,kita boleh memilih samada ke kiri atau kanan.Pilihan di tangan kita.

Sama jugalah dengan kehidupan.

Kerapkali di dalam kehidupan,kita diberi pilihan.Samada melakukan dosa atau meninggalkannya.Samada melakukan ibadat atau meninggalkannya.

Kerapkali juga di dalam kehidupan kita berada di persimpangan yang kerapkali menyaksikan kita tumpas dengan kehendak nafsu.

Sedarlah wahai kita semua.Allah memerhatikan setiap perbuatan kita.Dialah sahaja yang menguasai Hari Pembalasan.Hanya kepada-Nya sahajalah kita pohon rahmat.

Tetapi,bagaimana kita hendak mengharap rahmat jika kita tidak pernah mengikut perintah-Nya?Tidak memilih jalan-Nya?

Fikir-fikirkanlah.

Bak kata Orang Putih,'There's always a way to do good if we want,there's always an excuse if we don't want to do it'.

Janganlah kita menjadi orang yang menyesal di akhirat kelak.

Buatlah keputusan yang bijak di dalam hidup singkat ini.

Itu sahaja kisah di Temerloh.

Dengan berakhirnya kisah di Temerloh,tamatlah Catatan Kelana Pahang 2010 kita.

Semoga mendapat pengajaran.Penulisan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Jika silap sila betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/s : Masjid baru telah dibuka.Tidak sampai tiga hari dibuka,sudah timbul kisah Politik Tipikal Melayu di dalam Masjid.Duh.Apa ni kawan-kawan.Grow uplah.Bikin malu sahaja.Pergi Masjid untuk beribadat.Bukan bergaduh gila kuasa memaki-maki.


1 comment:

  1. Selamat berpuasa, kita sama sama ambil peluang menambah amal kita.

    Minggu lepas balik ke kuala lipis tengok Mak yang kurang sihat.
    Terasa bandar nya dah sunyi. Dulu berjalan dutangga batu, banyak kedai kiri kanan, sekarang banyak yang tutup.

    ReplyDelete