13.7.10

Siri Percutian Musim Panas 2 : Fenomena Cerita Hantu Di Malaysia Yang Melampau-Lampau Banyaknya Boleh Menjejaskan Akidah

Perhatian : Kepada anda yang pertama kali membaca Siri Percutian Musim Panas ini,dicadangkan kepada anda supaya anda membaca Bahagian Pertama bagi siri ini dahulu.Ini membolehkan anda menambahkan lagi pemahaman anda terhadap mesej yang ingin disampaikan.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Apa khabar semua?Harapannya sihat-sihat belakalah ya.

Bersyukurlah kita kerana masih dihidupkan pada hari ini,masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT kepada kita untuk menambah amal dan memohon ampun di atas kesilapan lama.Jadi,sebagai hamba-Nya,bersyukurlah kita.Berusahalah untuk meningkatkan amal,iman dan takwa kita dengan istiqamah,tekun,tekad dan tabah.

Berbalik kepada isu utama kita.

Sepanjang saya berada di Malaysia ini,saya perasan sesuatu yang dahulunya saya tidak perasan.Yalah,orang berkata jauh berjalan luas pemandangan.Itulah apa yang berlaku pada saya,Alhamdulillah.

Dan apa yang saya perasan ini,bukanlah perkara yang hanya terjadi kepada orang lain,ianya juga melanda saya sendiri.

Ianya adalah mengenai Fenomena Cerita Hantu di Malaysia.

Isu Hantu

Saya sebenarnya sudah lama tidak menonton Televisyen.Kerana di Televisyen bagi saya tiada apa sangat yang menarik bagi saya.Banyak yang mengarut daripada yang berfaedah.

Tetapi,sejak pulang ke Malaysia,ada juga membuka televisyen.Sambil bersantai di ruang tamu beramah mesra dengan keluarga tercinta.Ewah.

Saya perasan suatu fenomena yang melanda masyarakat kita.Fenomena itu adalah "Terlalu Banyak Filem Hantu".

Saya bukan hendak cakap apalah.Fenomena ini memanglah terlalu mengarut bagi saya.

Ada orang akan berkata, "Hiburan je lah bai.Chill ah".Tetapi,sebenarnya ia mempunyai keburukan yang amat banyak.Malah mampu menjejaskan akidah kita.Mari kita senaraikan keburukan yang akan berlaku apabila kita terlalu banyak sangat menonton/berbicara tentang Cerita Hantu.

Keburukan

1) Menjejaskan Akidah.

Nampak perkara ini mudah,tetapi tidak sebenarnya.Bagi kita yang ada sedikit ilmu ini,jika menontonnya,pastilah tidak terjejas kepercayaan atau apa.Tetapi,cuba bayangkan jika anak/adik/makcik/pakcik anda yang tiada ilmu dan lemah imannya.

Mereka menonton cerita hantu ini.Dan mereka menontonnya sehingga terbawa-bawa ketakutan mereka terhadap hantu ini di dalam dunia sebenar.Akibatnya,mereka takut hendak pergi ke tempat gelap dan sebagainya.

Mengaitkan isu ini dengan konspirasi (Menggunakan Media Untuk Menguasai Minda/Pemikiran Rakyat),kita akan dapat lihat sesuatu.

Ya.Mari kita beri contoh.Ini merupakan ulasan seorang pembaca saya yang bernama Laila tidak lama dahulu pada artikel Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam (Bagaimanakah Caranya Untuk Bangun Subuh?)

salam...
terima kasih untuk tips2 di atas...
saya ingin sangat berubah...
saya nak sangat bangun buat solat sunat sebelum solat subuh...
tapi masalah saya sekarang..
saya sangat takut untuk bangun sorang diri..
saya akan pikir macam2 benda yang menakutkan...
benda2 yang macam nie lah yang selalu menghalang saya untuk bangun awal pagi..
tambahan saya tinggal di asrama..
kalau tinggal di rumah saya tak rasa takut sangat..
macam mane nak brubah...huhuhu..
Saya nak rase sangat nikmat beribadat...

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan?Saya tidak menyalahkan pembaca (yang saya rasakan masih bersekolah) di atas ini.Beliau menjadi sebegini adalah kerana faktor persekitaran.

Yalah.Kita umat Melayu suka sangat berbicara tentang cerita hantu.Dari kecil,anak-anak kita sudah disogokkan kalau main sorok-sorok,kena sorok dengan Hantu Kopek (Namanya agak kelakar) dan sebagainya.

Memanglah kita sebagai umat Islam kena mempercayai perkara-perkara ghaib.Tetapi,mempercayai kewujudan mereka bukanlah bermaksud kita perlu takut kepada Hantu dan Jin melebih-lebih.

Saya percaya,ramai orang di luar sana,maaf cakaplah,lebih takut kepada hantu dari takut kepada Allah.Memang kasar bunyinya.Tetapi,perkara inilah yang melanda masyarakat kita hari ini.Isu yang nampak remeh,tetapi sebenarnya amat besar.

Saya cakap perkara di atas ini kerana saya semasa berada di Zaman Jahiliah dahulu pun,begitu juga.Bukan hendak membuka aib,tetapi hendak dijadikan pengajaran.

Dahulu,duduk di asrama,suka bercerita hantu.Kemudian,ada satu malam,tertinggal Solat Isyak.Tersedar pukul 3 pagi.Akibat terlalu takutkan hantu,tidak bangun Isyak.

Astaga.

Kita ini hidup kerana Allah atau kerana Hantu?

Nampak?Perkara ini memang nampak simple,tetapi ianya memang merupakan barah kepada umat Islam di Malaysia.

2) Menyebabkan Orang Lupa Kepada Tujuan Hidup Dan Konsep Ketuhanan Yang Sebenar

Ini lagi satu.Ramai dari kita sebenarnya pada hari ini sering lupa,malah ada yang tidak tahu apakah tujuan mereka hidup.Hatta Umat Islam sendiri.

Adalah sesuatu yang memalukan bagi kita apabila ditanyakan soalan "Apakah Tujuan Kita Hidup?" kepada seorang Islam,jawapannya adalah "Makan,tidur,kerja dan sebagainya".

Anda jangan fikir tentang diri kita atau Pensyarah-Pensyarah Universiti Al-Azhar.Ini saya cakap tentang orang lain yang masih lemas dengan ke-tidak-faham-an.Saya cakapkan perkara ini tentang remaja-remaja kita di luar sana yang tidak pernah bersekolah agama dan sebagainya.Ramai sebenarnya mereka seperti ini.

Dan saya percaya ramai orang yang masih tidak tahu hakikat ini.Kerana saya juga dahulunya seperti ini.Itulah sebab kenapa saya menulis blog sebegini.Untuk memberi kefahaman kepada orang yang masih tidak sedar.

Berbalik kepada cerita Hantu,sebenarnya cerita ini sedikit demi sedikit meracuni pemikiran dan akidah umat Islam yang akhirnya menyebabkan Hantulah yang menjadi tujuan kita hidup.

Hendak buat rumah,kena panggil Bomoh dahulu kaji tanah ada Hantu atau tidak.Hendak buat itu,panggil Bomoh dahulu.Hendak buat ini pun,Bomoh jugak!Dan sebagainya.Parah.

Kita takut kepada Hantu melebih-lebih.Kita lupa bahawa sebenarnya Hantu itu juga makhluk ciptaan Allah.Kita tidak perlu takutkannya melebih-lebih.Memanglah sebagai manusia,akan ada perasaan cuak.

Tetapi,kita berdoalah kepada Allah.Bukannya apabila diganggu Syaitan,kita lawan mereka dengan cara orang yang tidak beragama.Kita melawan gangguan Syaitan dengan bermohon kepada Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". [113:1-5]

Tetapi,itulah.Cerita Hantu berjaya meracun minda kita dengan pemahaman "Hantulah yang berkuasa di atas segala-galanya".

Bahaya,bahaya.

Saya kasihan sebenarnya apabila melihat anak-anak kecil yang berusia empat tahun sudah mengenal nama-nama Hantu lebih dari mengenal nama-nama Nabi.

Lebih takutkan hantu,daripada takutkan Allah.

Sepatutnya,anak-anak kecil ini diajarkan dengan ilmu agama.Tetapi,itulah.Salah siapa?

3) Subuh Dan Tahajud Hilang Entah Ke Mana

Akibat kononnya takutkan sangat kepada Hantu,ramai di antara kita tidak bangun bersolat Tahajud berseorangan di tengah malam.Bimbang disakat Hantu.

Tetapi,yang pelik tapi benarnya adalah,apabila hendak bermain futsal di tengah malam atau menonton XXX berseorangan di tengah malam,berani pula.

Aduh.Apa ke bijak sangat pemikiran ini.Haha.Walhal,kekuatan umat Islam itu di antaranya terletak pada ibadat malamnya.Musykil-musykil.

Saya ada kisah benar.Melanda diri saya.Begini.Saya belajar di Russia bukan?

Jadi,sepanjang saya duduk di luar negara,Alhamdulillah,saya tidak pun bimbang untuk berjalan-jalan di sekitar asrama pada pukul 3 pagi berseorangan atau berjaga pada pukul 4 pagi untuk belajar dan sebagainya.

Tetapi,balik ke Malaysia sahaja,akibat tertonton sedikit adegan cerita Hantu,hari semalam semasa hendak pergi sembahyang Subuh di Surau menaiki motor,perasaan cuak itu timbul sedikit.Bimbang terserempak dengan Pocong melompat.

Haha.Walau bagaimanapun,saya gagahkan diri sahajalah untuk pergi juga ke surau.Itu memang kewajiban kita bukan?Tetapi,itulah.Seriously timbul perasaan bukan-bukan.

Itu saya.Yang tertonton sedikit adegan cerita Hantu.Sudah muncul perasaan cuak kepada Hantu.

Cuba bayangkan orang yang hidupnya asyik menonton cerita Hantu.Bagaimana?

Lagi satu,apa ke bangga nak menonton cerita Hantu (Syaitan) sangat?

Kita lupa ke Iblis Dan Rakan-Rakan itulah musuh utama kita.Yang kita duduk leka membuat filem Hantu itu buat apa?Bangga sangat.

Kalau orang bukan Islam yang buat,saya masih faham.Tetapi,apabila orang yang namanya Islam berlumba-lumba buat,ini memang memusykilkan saya.

Mereka lupa ke kita diciptakan oleh Allah untuk apa?Bukan menyembah Hantu.Kita diciptakan oleh Allah supaya menyembah Allah.

Jika ditanya,mereka menjawab,hendak dijadikan pengajaran.Tetapi,cuba tanya kembali diri kita,kita dapat ke apa-apa pengajaran menonton cerita sebegitu?Dan perlu ke,kalau ya pun hendak dijadikan pengajaran tentang isu rogol,adegan rogol itu sendiri dilakonkan.Memaparkan aurat wanita dan sebagainya.

Tanya diri kita.Adakah ini caranya memaparkan pengajaran?Adakah ini yang diperintahkan Allah?

Aduh.Parah-parah.

Kemudian,banyak lagilah keburukan yang ada yang kita boleh ringkaskan seperti di bawah ini.

4) Kita lebih mengenal Hantu dari mengenal Allah.

Ini saya sudah jelaskan mengenainya di atas.

5) Apa pandangan orang bukan Islam agaknya apabila melihat kita orang Melayu (Islam) terlalu banyak sangat hantu?

Mereka pastilah berkata "Aiyoo,kalau masuk Islam kena kacau hantu wo".Siapa salah jika mereka salah faham tentang Islam?Siapa salah?

Ada satu ceramah saya pernah tonton,seorang India dahulunya beragama Hindu,tetapi kini Alhamdulillah memeluk Islam.

Beliau berkata,dahulunya beliau tidak masuk Islam kerana melihat rakan-rakannya yang beragama Islam lebih teruk dari beliau yang beragama Hindu.Rakan-rakannya meminum arak dan sebagainya.Sedangkan Beliau tidak.

Jadi,persoalannya,siapa salah?Tetapi,Alhamdulillah,Allah memang hendak memberikan Hidayah kepadanya,akhirnya Beliau memeluk Islam juga.

Ya.Islam itu memang benar.Tetapi,bagaimanakah kita hendak membuktikan kebenarannya kepada orang yang bukan Islam?Bagaimanakah kita hendak berdakwah kepada mereka?Tentulah melalui peribadi yang baik.Cara hidup yang baik.Akhlak yang baik.

Ini kalau kita asyik leka dengan hantu,buku tabloid kita asyik cakap tentang benda-benda tahyul,tentulah mereka tidak berminat dengan Islam.Sekali lagi,siapakah yang salah?Kitalah yang salah!

Kita kurang ilmu.Jadi melihat kepada perkara ini,tanya diri anda,adakah kita masih layak dengan kemenangan itu?

Itulah.

Kesimpulan Dan Pengajaran

Kesimpulan bagi artikel ini,jangan tonton cerita hantu.Dan jangan didik anak anda takut kepada Hantu.Ajarkan anak anda takut kepada Allah.Bagi kita yang dewasa pula,banyakkan ilmu agama.Baca tafsir Al-Quran untuk memahami hakikat hidup kita di dunia ini.Ke mana hala tuju kita selepas hidup di dunia ini dan sebagainya.

Sekian dari saya untuk Siri Percutian Musim Panas kali ini.Ini merupakan apa yang saya dapat dari pemerhatian saya sahaja sepanjang berada di Malaysia.Jika ada silap,tegurlah saya.Jika saya betul,terimalah teguran saya.Jangan emosi.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Patutlah Craig Nicholls berkata "Don't listen to the radio and Tv Show".Faham sudah.


1 comment:

  1. mantap!

    i like..

    same as my thought...

    buat ape tengok cite hantu..

    ilmu agama pun x ada lagi..

    dahla tak betul... hidup must be real..

    buat pe olok2..

    ReplyDelete