16.7.10

Siri Percutian Musim Panas 3 : Hakikat Manusia/Sedikit Peringatan

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini ringkas sahaja.Tiada kena mengena dengan sesiapa.Hanya sekadar penulisan biasa ditulis sekali lalu tanpa menyemak ejaan semula.Tiada maksud tersirat.

Banyak kali juga saya terfikir hendak berhenti menulis.Bukan apa.Hendak memperbaiki diri dahulu.Kadang-kadang,bimbang cakap tidak serupa bikin,kata orang.Tetapi,apabila saya tidak menulis,apabila diri tidak diingatkan,seringkali diri terlalai.

Kerana,diri sendirilah yang perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri.Orang lain itu kadang-kadang-kala sahaja peringatan dari mereka untuk kita.

Tidak mengapalah.Menulis sahajalah.

Kerana menulis ini semuanya peringatan untuk diri sendiri juga.Jika ada yang mendapat manfaat,Alhamdulillah.Jika salah,harap betulkan.

Saya juga manusia biasa,bisa melakukan kesilapan.Ada masa perasaan leka menguasai diri.Hanyut dengan dunia.Tetapi,entah mengapa.Tiap kali menulis,ibarat menasihat diri sendiri.Insaf.

Semoga Allah merahmati kita.Kita ini hidup di dunia tidak lama.Sementara masih bernyawa,beramallah.Kerana kelak,'pabila nyawa sudah tiada,menangis kita tiada gunanya lagi.

Berbalik kepada tajuk penulisan,sekadar ingin berkongsi beberapa petikan ayat Al-Quran dengan anda semua.

Selamat Membaca.

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
[14:1-3]

Kadang-kala tertanya,kita ini golongan yang mana? (Rujuk perkataan yang diboldkan di atas)

Seringkali 'pabila direnung akan jawapan bagi persoalan di atas ini,diri malu sendiri.

Hurm.Memang kita ini sering terleka.Itulah kenapa diturunkan Al-Quran itu kepada kita.

Kerana Allah SWT tahu kelemahan kita.Sering terlupa.Al-Quran itu sebagai panduan dan peringatan untuk kita.Supaya kita menjalani hidup di dunia yang sementara ini menurut apa yang diperintahkan-Nya,dan meninggalkan larangan-Nya.

Ingatlah.Semua perbuatan kita hari ini,akan dihitung kelak.Insaflah.Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. [2:37]

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. Salam..
    Kita semua ni mmg bukan maksum..selalu je tersilap..itulah tujuan Al-Quran diturunkan utk dijadikan panduan kpd semua umat Islam dan kekal sehingga hari kiamat..nasib kita di sana nanti mmg xdpt nak jangka sbb iman kita yg mudah naik turun..selagi kita masih berpegang kpd ajaran Islam dan mengekalkan iman yg dikurniakan..Allah akan sentiasa membantu..perubahan tak perlu secara drastik..biarlah perlahan2 tapi berterusan..insyaAllah..
    menulislah selagi ade peluang..org lain dpt manfaat, pahala pon dapat.. :)

    Wassalam...

    ReplyDelete