19.7.10

Siri Percutian Musim Panas 6 : Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah & Kisah Salman Al-Farisi

Assalamualaikum.

Ini merupakan Siri Keenam dalam Siri Percutian Musim Panas.Bagi anda yang tidak membaca entri-entri yang sebelum ini,anda boleh membacanya pada link-link di bawah ini.

Siri Percutian Musim Panas 1 : Pengenalan/Bersyukurlah Kita
Siri Percutian Musim Panas 2 : Fenomena Cerita Hantu Di Malaysia
Siri Percutian Musim Panas 3 : Hakikat Manusia/Sedikit Peringatan
Siri Percutian Musim Panas 4 : Perihal Syaitan Laknatullah
Siri Percutian Musim Panas 5 : Masjid Tempatan/Falsafah Daripada Peristiwa Isra' Mikraj

Seperti yang anda ketahui sebelum ini,saya sedang bercuti.Jadi,penulisan saya dalam Siri ini adalah berdasarkan apa yang saya dapati/lalui sepanjang cuti ini.

Tetapi,bukanlah perkara peribadi yang mahu ditulis.Sebaliknya,hanya sedikit pendapat tentang apa yang dilihat oleh saya melalui perspective seorang belia (??).

Baiklah.Untuk entri kali ini,saya akan memperkenalkan kepada anda dengan satu Pusat Rawatan Islam.Ianya mungkin sudah lama ditubuhkan.Tetapi,oleh kerana sebelum ini saya tidak pernah pergi ke sana,jadi saya tidak tahu akan kewujudannya.

Pemergian saya ke sana semalam memang menarik minat saya.

Baiklah.Kita cerita dari awal,okay?Tetapi,cerita ini mungkin ditambah beberapa adegan bagi menyedapkan jalan cerita.Boleh,kan?

Okay.

Semalam,saya telah pergi ke Bangi dan semasa berada di situ,salah seorang keluarga saya sakit.Jadi,kami pun mencari hospital/klinik.

Kebanyakannya masih tidak beroperasi memandangkan waktu pada ketika itu masih awal.Pusing punya pusing,Alhamdulillah,kami menjumpai sebuah Pusat Rawatan 24 Jam.

Dipendekkan cerita,ahli keluarga saya itupun masuk ke dalam bilik rawatan untuk berjumpa dengan Doktor.Sejam kemudian,rawatan selesai dilakukan.Alhamdulillah.Keadaan Beliau menjadi stabil semula.

Tamat cerita tentang ahli keluarga saya yang sakit itu,kerana itu bukan main point di sini.Tetapi,mungkin anda boleh mendapat satu dua pengajaran dari cerita di atas.Apakah ia?

1) Sihat sebelum sakit.
2) Bersyukurlah kita semasa masih sihat.Banyakkan ibadat semasa sihat.

Baiklah.Berbalik kepada isu utama kita.Begini.Nama Pusat Rawatan yang saya pergi itu adalah Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

Saya admit.Saya memang perok/teruja habis semasa berada di situ.Kerana Pusat Rawatan ini berjaya dalam menunjukkan contoh Perniagaan berlandaskan Islam kepada saya.

Apakah yang saya terujakan itu?

Mari kita listkan perkara-perkara itu di bawah ini.

1) Nama

Ya.Mereka menggunakan perkataan Islam dalam nama mereka.Dan ya,mereka memang layak menggunakannya pada pendapat saya.Kenapa?Tidak perlu pergi jauh.Kita ambil contoh mudah sahaja.Semua pekerja wanitanya bertudung.Bagus bukan?Yalah.Kadang-kadang,ada syarikat menggunakan nama Islam,tetapi tidak ada satupun ciri-ciri Islam itu dipaparkan.

2) Perniagaan Umat Islam

Saya sempat melihat Carta Organisasi di situ.Haha.Busybody sungguh.Dan saya bangga.Bangga melihat banyak nama umat Islam terpampang di situ.Hampir kesemuanya kot.

3) Sudut Palestin

Haa.Inilah tujuan sebenar saya menulis artikel ini.Perkara inilah yang menarik perhatian saya sebenarnya.Tahu kenapa?

Begini.Di dalam hospital itu,ada satu sudut diletakkan.Di sudut itu diletakkan maklumat tentang kekejaman Israel dan Perjuangan Palestin.Seriously dapat membuka mata umat Islam.

Pada saya ini suatu yang bagus.Yalah.Sementara menunggu pesakit,ahli keluarga bolehlah membaca Sudut itu.Dan perkara ini akan menimbulkan kesedaran kepada mereka (jika mereka berfikir).Kan?

Tetapi,apa yang menarik di sini adalah konsep itu.Konsep berdakwah sambil bekerja/belajar/berniaga!

Cuba lihat.

Pusat Rawatan ini bukannya satu perniagaan kecil-kecilan.Besar.Banyak cawangannya.Tetapi,dalam menjadi perniagaan yang maju,mereka tidak meninggalkan kewajiban berdakwah itu.

Yalah.Bukankah ada di antara kita ini malu apabila mengaitkan perkara-perkara seperti ini dalam hidup mereka?

Kan?

Begini ayat kasarnya, "Mana ada kelas kalau bangunan besar-besar,then nak tampal pasal isu Middle East,isu Dakwah Islam".

Pernah jumpa kan orang macam ini?Baru kaya sedikit,maju sedikit sudah berfikiran sebegini.

Tetapi,tidak dengan Pusat Rawatan ini.Bukan sahaja memperkenalkan konsep rawatan Islam,malah mereka juga meletakkan sudut bacaan khas tentang isu semasa umat Islam sedunia.

Perkara ini amat-amatlah perlu dicontohi.Kerana ia membuktikan Islam itu cara hidup.Bukannya sekadar agama.Saya rasa anda faham apa yang ingin disampaikan saya.

Yalah.Sekarang ini ramai orang yang suka memisahkan Islam dari aktiviti dunia.Padahal itu bukan cara yang sepatutnya.Islam itu cara hidup.

Apa-apapun,saya puji langkah Pusat Rawatan ini.

Kemudian,di Sudut Palestin itu,ada juga diletakkan satu tabung besar.Di sisi Tabung itu,ditulis (jika tidak salah saya) "Tabung Untuk Membina Klinik Amal Gaza".

Wah.

Ini juga menarik minat saya.Dalam berniaga,mereka juga melakukan aktiviti amal.

Di dalam hati kecil saya bermonolog, "Inilah apa yang perlu dilakukan oleh kita umat Islam sebenarnya.Bantu membantu.Bukan bersikap pentingkan diri dan kedekut".

Sebenarnya,ramai lagi orang di luar sana yang berbuat seperti apa yang dilakukan Pusat Rawatan ini.

Tetapi,saya mengambil Pusat Rawatan ini sebagai contoh.Kerana dalam ramai-ramai orang yang melakukan amal seperti ini,ramai lagi orang yang masih bersikap kedekut.

Kan?

Jadi,apa yang saya boleh dapat sebagai kesimpulan untuk diri saya di sini adalah,Generasi Muda Umat Islam yang belajar dalam pelbagai bidang pada hari ini,sepatutnya apabila mereka habis belajar nanti,perlu melakukan perkara yang dilakukan oleh Pusat Rawatan ini.

Bekerja sambil Berdakwah.Berniaga sambil Beramal.Membantu menyebarkan maklumat kepada orang awam.Dan sebagainya.Kita mesti menggunakan akal dikurniakan Allah (Alhamdulillah) ke arah kebaikan dan berlandaskan syariat.

Nampak?

Kita tidak boleh hanya menyasarkan apabila bekerja nanti ingin memiliki banglo dan sebagainya.Memang boleh.Tetapi,adakah itu sahaja sasaran kita?

Rezeki yang dikurniakan Allah ini,ada tanggungjawab di situ yang perlu kita laksanakan.

Saya berdoa dan berharap agar saya dapat melakukan perkara seperti ini.Dan saya juga berdoa agar saya mampu membuka perniagaan berlandaskan Islam seperti ini.Amin.

Kerana,bukankah 9/10 dari pintu rezeki adalah perniagaan?

Itulah dia yang mahu saya ceritakan dengan anda.

Ingatlah.Salah satu perkara yang menyebabkan umat Islam itu kuat sebenarnya adalah kerana umat Islam tidak terlalu tunduk kepada hawa nafsu hidup mewah di dunia ini.

Ya.Jika kita benar-benar mengamalkan Islam,kita pasti tidak terlalu tunduk kepada nafsu dunia.Seperti hidup bermewah-mewah dan sebagainya.Itulah salah satu kekuatan umat Islam.

Mari saya ceritakan kisah Salman al-Farisi.Pendek sahaja kisahnya.Tetapi,banyak pengajaran.

Salman menjadi Gabenor Kufah dan mendapatkan gaji dari Umar bin Khattab.Dia membahagi gaji tersebut menjadi tiga bahagian,sepertiga untuk dirinya,sepertiga untuk hadiah,dan sepertiga untuk sedekah

Yang bermakna 2/3 dari gaji Beliau digunakan untuk diberi kepada orang lain dan beramal!

Adakah kita seperti ini?Sebenarnya banyak lagi kisah Tokoh Islam seperti ini.

Dan jika direnung,inilah kekuatan Umat Islam zaman dahulu yang tidak ada lagi pada kita Umat Islam hari ini.

Anda boleh baca tentang perkara ini di sini.

Fikir-fikirkanlah tentang perkara ini.

Akhir sekali dari saya,menjadi umat Islam itu sebenarnya adalah penyerahan secara total kepada Allah dan mengikuti Rasulullah SAW.Segala apa yang kita buat hendaklah niatnya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.Inilah yang dinamakan hidup beribadat.

Anda faham bukan apa yang saya hendak sampaikan?

Itu sahaja dari saya.Tempat telah tersedia untuk kita.Marilah berubah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/s : Maaf kerana tidak menyertakan sebarang gambar di Pusat Rawatan itu.Tidak sesuai pula rasanya hendak menangkap-nangkap gambar ketika orang sedang sakit.


No comments:

Post a Comment