19.7.10

Siri Percutian Musim Panas 7 : Kisah Nabi Musa Dan Iblis (Syaitan Itu Musuh Utama Kita)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja membaca satu helaian kertas yang saya ambil di Masjid sebentar tadi.Di kesempatan ini,saya ingin mengongsikan beberapa ilmu yang ada di dalam kertas itu dengan anda.

Ambil makluman,maklumat ini saya dapati dari kertas itu.Jika ada kesilapan atau kesalahan,sila betulkan/maklumkan kepada saya.

Niat saya hanya sekadar mahu berkongsi ilmu.

Selamat Membaca.

Kisah Nabi Musa Dan Iblis

Satu ketika,Nabi Musa AS sedang duduk-duduk di suatu tempat duduknya,Iblis datang sambil memakai burnusnya (Suatu ungkapan tentang kain yang diletakkan di atas kepala atau kening,yang biasa dipakai di Maghribi),diletakkan lalu menemui Nabi Musa seraya berkata :

"Kesejahteraan atas dirimu wahai Musa."

Musa AS berkata; "Siapa kamu?"

"Aku Iblis," jawabnya.

Musa berkata; "Allah tidak mahu mengucapkan salam kepadamu.Apa yang membuatmu ke mari?"

Ia menjawab; "Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu kerana kedudukanmu di sisi Allah dan kedudukanmu di hadapan-Nya."

Musa bertanya; "Apa yang sedang kulihat pada dirimu itu?"

Iblis menjawab; "Dengannya (burnus) aku akan menyambar hati bani Adam."

Musa bertanya; "Bagaimanakah dilakukan terhadap manusia bila kamu dapat menguasainya?"

Iblis menjawab: "Andaikata ia merasa takjub,memperbanyak pelaksanaannya dan melalaikan dosa-dosanya;aku memperingatkanmu tentang tiga hal:-

1) Janganlah sekali-kali kamu bergaul dengan wanita yang tidak halal bagimu.Sebab tidaklah seseorang bergaul dengan wanita yang tidak halal untuknya kecuali aku menjadi sahabatnya tanpa disertai sahabat-sahabatku yang lain,sehingga dapat mengujinya kerana keadaannya itu.

2) Janganlah kamu mengikat janji atas nama Allah kecuali kamu menepatinya.Sebab tidaklah seseorang mengikat janji atas nama Allah lalu tidak menepatinya,kecuali aku menjadi sahabatnya tanpa sahabat-sahabatku yang lain,hingga aku berada di antara dirinya dan pemenuhan janjinya.

3) Janganlah kamu berniat mengeluarkan sedekah kecuali kamu melaksanakannya.Sebab seseorang tiada mengeluarkan sedekah lalu tidak melaksanakannya kecuali aku menjadi sahabatnya tanpa sahabat-sahabatku yang lain,sehingga aku berada di antara dirinya dan pengeluarannya.
"

Kemudian Iblis berpaling seraya berkata, "Sungguh celaka (tiga kali).Musa sudah mengetahui apa yang seharusnya diwaspadai oleh Bani Adam."

Itulah dia Kisah Nabi Musa dan Iblis.Sekarang anda sudah tahu bukan kisah ini?Patutlah selalu sahaja melanda diri ini,apabila sedang berniat untuk menderma,pasti tiba-tiba tidak jadi.Padahal,boleh sahaja didermakan wang itu.

Astaghfirullahalazim.Berhati-hatilah kita.

Cuba renung ayat Al-Quran di bawah ini.

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". [8:48]

Insaflah kita.

Jika anda masih tidak faham tentang kisah ini,anda boleh membaca penulisan orang lain tentang kisah ini.Yalah.Bimbang anda tidak faham Bahasa yang digunakan oleh Penulis di atas ini.

Kisah Nabi Musa & Iblis
Kisah Iblis Dengan Nabi Musa

Seterusnya,di dalam kertas itu ditulis tentang Senjata Mukmin Menghadapi Syaitan dan Pintu Masuk Syaitan Ke Dalam Hati Manusia.

Selamat Membaca!

Senjata Mukmin Menghadapi Syaitan

1. Membaca Bismillah setiap kali memulai sesuatu.

2. Memperbanyak zikir dan Istighfar.

3. Banyak mengucapkan : Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin

4. Selalu mengucapkan doa di waktu pagi dan petang.

5. Mendirikan solat berjemaah.

6. Wuduk sebelum tidur,membaca Ayat Kursi,Surah Al-Falaq dan An-Nas.

7. Tidak mendengar Muzik dan lagu-lagu yang tidak senonoh.

8. Memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menggunakan minyak wangi bagi Muslimah.

9. Banyak berta'awwuz (A’uzubillahi minassyaitani-rajim) dan membaca Al-Quran.

10. Berta'awwuz setiap kali masuk bilik mandi.

11. Membekali diri dengan ilmu.

12. Menjaga kebersihan hati dan badan.

13. Taubat dari dosa dan banyak istighfar,dan sebagainya.

Pintu Masuk Syaitan Ke Dalam Hati Manusia

1. Kebodohan.

2. Amarah.Kerana amarah merupakan bara dari api neraka,dan ini merupakan kesempatan bagi Syaitan untuk mengganggu.

3. Cinta keduniaan,sebab ia merupakan pangkal segala kesalahan.

4. Angan-angan yang manis,sebab ia merupakan gambaran kekerasan hati,tipuan terhadap harga diri,dan sasarannya tentu kesenangan duniawi.

5. Bercita-cita besar (gelojoh),kerana ia melahirkan perasaan tamak dan menimbulkan kerakusan.

6. Kikir/Kedekut/Bakhil - Kerana ianya merupakan pintu kerosakan.

7. Kibr (Takbur) - Kerana di dalamnya terdapat kesombongan terhadap nikmat Allah.

8. Suka dipuji,kerana ia merupakan pintu tipu daya.

9. Riak,kerana ia adalah watak asli kemunafikan.

10. Ujub dan kesombongan.

11. Mengeluh dan tidak sabar,yang bererti merupakan kelemahan iman.

12. Mengikuti hawa nafsu,kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat dan tunduk kepadanya.

13. Bersangka buruk,kerana ia dapat menimbulkan keretakan hubungan dan segala sesuatu hanya didasarkan kepada prasangka belaka.

14. Meremehkan orang lain,kerana ia merupakan kebun kedengkian dan pintu kebencian.

15. Menganggap enteng dosa,kerana ia menimbulkan sikap acuh tak acuh terhadap dosa itu,meremehkan dosa kecil dan akhirnya menyeretnya kepada dosa besar.

16. Merasa aman dari ancaman Allah.

17. Putus asa dari rahmat Allah.Ini merupakan bencana paling besar yang mendorongnya terus-menerus berbuat derhaka kepada Allah dan menganggap sempit dunia yang luas terbentang ini.

Itulah dia perkongsian dari saya pada hari ini.

Bahaya bukan?

Kesimpulannya,ingatlah kita bahawa Syaitan itu merupakan Musuh Utama kita.Dan,kita diciptakan Allah SWT supaya beribadat kepada Allah SWT.Itulah tujuan utama hidup kita.Jangan biarkan godaan Syaitan menguasai diri kita.

Sama-samalah kita renungkannya dan mengubah diri kita.

Semoga usaha kita ini dirahmati Allah,Insya-Allah.Amin.

Sekian dari saya,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/s : Sudah lama tidak menulis artikel penulisan sendiri kerana kesuntukan masa.


No comments:

Post a Comment