20.7.10

Siri Percutian Musim Panas 9 : Doa Nabi Ibrahim Dalam Surah Ibrahim/Kepentingan Memahami Maksud Ayat-Ayat Al-Quran

Assalamualaikum.

Sebentar tadi,saya berkesempatan (Alhamdulillah) membaca Al-Quran berserta tafsirnya.Jadi,seperti biasa,saya ingin mengongsikannya di sini.Supaya boleh dijadikan peringatan untuk diri sendiri dan orang lain di masa hadapan kelak.

Di dalam Tafsir di bawah ini mengandungi Doa Nabi Ibrahim kepada Allah SWT,dan juga sedikit gambaran terhadap Hari Kiamat kelak.

Selamat Membaca.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!

"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.

Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.

(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
[14:35-52]

Ambillah pengajaran dari ayat ini.Sesungguhnya kita ini hidup sementara sahaja.Cuba renung ayat di atas.Allah SWT telah memberitahu kita awal-awal lagi tentang balasan kepada orang yang derhaka.Ambillah pengajaran dari ayat ini.

Sama-samalah kita berdoa supaya hidup dan dimatikan kelak dalam keadaan beriman.

Doa Nabi Ibrahim itu,boleh juga kita amalkan selepas Sembahyang.

Anda boleh baca Teks Bahasa Arabnya di dalam Al-Quran,Surah Ibrahim.Bermula ayat 35.Carilah.Dan amalkanlah.

Sebenarnya,kita perlu membaca Al-Quran berserta tafsir ini selalu.Kerana,ia adalah peringatan dan panduan untuk diri kita juga.Yang diturunkan oleh Allah SWT,dan disampaikan kepada manusia oleh Rasulullah SAW.

Kita kena tahu seluruh maksud Al-Quran itu.Bukan hanya sedikit-sedikit.Jadi,jika mahu tahu kesemua tafsir Al-Quran itu,kenalah ada usaha.Kita mestilah bermula dari sekarang.Jangan bertangguh lagi.Kesemuanya itu untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat kelak juga.

Orang berkata,ilmu itu lebih kita hargai jika kita carinya sendiri.Jadi,jika anda berusaha membaca Tafsir ini,insya-Allah anda pasti akan lebih menghargai ilmu itu dan mengingatinya berbanding apabila disampaikan oleh orang lain.

Dan,sampaikanlah kepada Ibu Bapa anda dan Ahli Keluarga anda apabila anda mengetahui sesuatu ilmu.Ya,saya tahu.Susah kadang-kala untuk menyampaikan ilmu-ilmu seperti ini kepada Ahli Keluarga kita.

Pelik tapi benar,bukan?Yalah.Patutnya,menyampaikan ilmu seperti ini kepada Ahli Keluargalah yang paling senang,kerana mereka ini rapat dengan kita.Tetapi,realitinya berbeza.

Tidak mengapa.Kita berusaha,insya-Allah boleh.

Merujuk kepada Tafsir di atas lagi,cuba ambil perhatian kepada ayat-ayat yang saya boldkan di atas.Sama-sama kita renungkan.

Dan,di sini,ingin saya kongsikan dengan anda sekali lagi,link untuk Tafsir Al-Quran.Anda boleh klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda,adalah lebih khusyuk jika kita baca Tafsir Al-Quran ini dalam bentuk buku,bukan digital.Jadi,jika ada rezeki lebih,keluarkanlah sedikit duit untuk digunakan untuk membeli Tafsir Al-Quran.

Lagi mahal lagi bagus.Kerana lagi mahal bermaksud terjemahannya lebih mudah difahami.Untuk kebaikan diri kita juga bukan?

Saya mencadangkan anda membeli Tafsir Al-Quran keluaran Yayasan Restu.Bahasanya mudah difahami,tulisannya jelas dan susunan muka suratnya kemas.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya ingin berkongsi satu lagi Petikan Tafsir Al-Quran bersama anda.

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.

Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).

Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.

Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.

Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".

"Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.

Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).

Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):

Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
[15:1-15]

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


8 comments:

  1. astaghfirullahalazim...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Boleh saya bertanya berapa 1 harga kitab ini? kerana saya ingin menghadiahkannya kepada seseorang yang sangat dikasihi iaitu adik saya. saya lebih menggemari untuk membaca tafsir di dalam digital furqan di dalam komputer kerana ia beserta dengan bacaan al-Quran. tajwid tidak beberapa betul lagi.

    ReplyDelete
  3. @anon pertama

    sama-samalah kita renung

    @anon kedua

    walaikumsalam.

    tafsir al-quran yayasan restu tu ea?
    harganya lebih kurang 70
    tapi ada kedai jual 80
    tapi kalau minta kurang boleh dapat lagi
    agak susah juga nak cari sekarang
    sebab paling baru edisi 2009
    and dia jual sikit2 je
    tapi kat bandar besar ada kot
    try la cari

    kalau tak yang ni pon
    yang tafsir laen pon ada
    dalam 30 rm boleh dapat dah

    insya-Allah

    tapi digital pon bagus juga.sebab dia ada orang ngaji sekali.

    ikut individu.sebab ada orang dia tak boleh tngok komputer lame2.dia pening.kan orang tua2 camtu.

    apa2 pon,selamat beramal.

    ReplyDelete
  4. x leh. kena cari yang ni jugak. nak yang perfect..

    orang yang paling kita mahu selamat dari api neraka sudah tentulah ahli keluarga kita kan? walau sesusah manapun, kerana kita sangat menyayangi darah daging sendiri.

    nabi start berdakwah pun dengan ahli keluarga dia jugakkan?

    dan ada terjemahan al-Quran yang bermaksud pelihara lah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.

    bayangkan adik, abang, kakak atau ibu bapa kita.. x sangupku. tanpa disedari air mata pun boleh mengalir

    ReplyDelete
  5. Salam...
    mungkin boleh masuk link ni: http://yrpublications.blogspot.com/2009/09/al-quran-mushaf-malaysia-terjemahan.html

    sy pon cari randomly...terjumpa blog ni..InsyaAllah kalau dpt beli online..

    ReplyDelete
  6. wsalam.
    betul2
    thanks share kan link ni
    by the way,
    ni link rasmi yayasan ni

    http://www.restu-art.com/

    ni online store diorang
    http://mybizpoint.com/restuart/catalog/product/2125/index.html

    ReplyDelete
  7. ni link untuk tafsir ni

    http://mybizpoint.com/restuart/catalog/product/2125/index.html?page=4

    soft cover 65 ringgit
    hard cover 80 ringgit

    ReplyDelete
  8. er... ok2. thanks. nak usha harga dulu. then baru kumpul duit.

    ReplyDelete